Iklan Google Adsense kini dibenarkan diletakkan dalam blog atau website Bahasa Malaysia ? Ya, kini para blogger atau pembangun website boleh meletakkan iklan Google dalam blog Bahasa Malaysia. Anda boleh rujuk dalam pautan ini bagi maklumat lebih lanjut. Berita berita baik ini baru diumumkan pada awal bulan Mac 2015 yang lalu. Sememangnya perkara ini amat ditunggu-tunggu oleh kebanyakan para blogger bagi mendapatkan sedikit ‘pulangan’ yang dibayar daripada hasil ‘klik’ iklan adsense pada blog mereka.
Walaubagaimanapun, untuk memaparkan iklan Google Adsense ini, anda perlu mempunyai akaun Adsense yang telah mempunyai taraf “kelulusan penuh” atau “fully approved“. Tetapi, kepada bagi para blogger yang menggunakan domain dot blogspot.com pula, anda tidak perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak Google.
Kebebasan Berkarya ?
Sebenarnya infosantai tidak begitu arif tentang perkara ini. Apa yang pihak infosantai sedia maklum, pihak google adsense meletakkan syarat yang agak ketat bilamana anda memaparkan iklan adsense di bolg atau website anda. antara syarat-syarat tersebut ialah:
- Tidak ada unsur hasutan dalam karya.
- Elakkan plagiat (gambar atau artikel)
- Elakkan gambar-gambar yang menjolok mata atau lucah.
- Elakkan kata-kata atau perkataan lucah.
- Jauhi artikel yang bersifat promosi
- Jangan ‘klik’ iklan pada blog atau website anda sendiri.
- Artikel mestilah unik, dengan kata lain, artikel yang dihasiklan oleh anda sendiri berdasarkan pembacaan pada mana-mana blog atau penulisan.
- Elakkan menggunakan bahasa pasar, ingat, Google membenarkan iklan mereka dipaparkan dalam blog Bahasa Malaysia dan bukannya bahasa pasar.
- Nyatakan maklumat sebenar tentang diri anda dalam blog atau karya anda.
Mungkin banyak perkara lagi yang tidak dinyatakan oleh infosantai berkaitan dengan kebebasan berkarya dalam konteks Google Adsense dalam entri pertama ini. Hanya itulah yang terlintas dalam fikiran penulis berdasarkan pembacaan serta pengalaman penulis sendiri. Dalam menangani kenaikan harga barang pada masa kini, ada baik kita cuba pula ‘berkarya’ melalui blog dan mungkin pada masa akan datang, kita akan mendapat sedikit pulangan hasil daripada beriklan dengan “Google Adsense“.