Bukan mudah untuk menjadi pakar dalam sesuatu perkara. Latihan seawal usia tanpa mengenal erti putus merupakan kunci kejayaan untuk menjadi seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang yang diceburi. Sebagai contoh, untuk menjadi seorang penyanyi selain bakat, usaha, latihan diawal usia juga sangat penting selain minat yang tinggi dalam bidang ini. Kepakaran bukannya datang secara tiba-tiba melainkan ianya adalah daripada minat dan juga latihan.
Dorongan daripada orang terdekat seperti ibubapa juga penting untuk menjadi seorang yang pakar. Begitulah yang terjadi kepada budak yang hanya berumur 3 tahun dalam video dibawah. Budak seawal 3 tahun ini bukan sahaja mahir mengimbangkan badan dalam bermain Skateboard malahan mampu menunjukkan “Teknik” pertama bermain papan luncur. Sila ikuti video dibawah yang dikongsi oleh Andrew Schrock dalam akaun Youtube beliau.
Sila klik butang kongsi jika anda suka akan artikel ini.