Tahukah anda bahawa monyet ini merupakan yang terkecil di dunia ? Monyet sebesar tapak tangan manusia ini dinamakan Tarsier. Monyet kerdil ini mempunyai sepasang mata yang besar, lebih besar daripada otaknya. Monyet ini mempunyai ekor yang panjang serta telinga yang hampir tidak berbulu.
Binatang karnivor ini menjadikan serangga sebagai makan utamanya. Ia boleh menggerakkan cuping telinganya untuk mengesan musuh di sekelilingnya. Lebih menarik lagi, monyet ini boleh memusingkan kepalanya sehingga 180 darjah. Ia tidak boleh berjalan, oleh itu monyet ini hanya melompat apabila berada di atas tanah. Ia juga menandakan jalannya dengan kencingnya.