Kredit kad untuk petrol menawarkan diskaun, cashback reward point daripada pembelian petrol.
DAN melindungi dompet anda daripada harga minyak yang sering naik dan turun.
Adalah satu kerugian besar jika anda mempunyai kereta jenis enjin petrol tapi tidak memiliki kad kredit ini.
Apatah lagi jika anda yang jenis jalan jauh tiap hari…
Duit minyak dekat RM100 atau lebih sehari…
Tetapi orang tua kata, baik lagi lambat daripada tak pernah cuba untuk memiliki.
Dalam post ini kami senaraikan kad kredit terbaik untuk petrol.
Mungkin boleh membantu anda untuk meninjau segala kebaikan yang ditawarkan oleh kad kredit untuk minyak ini.
Cara untuk apply kad kredit secara online
Untuk info ringkas:
Jika anda bercadang untuk apply kad kredit selepas baca post ini, anda boleh memohon secara online.
Tak perlu nak susahkan diri untuk hadir ke bank pilihan.
Tak perlu nak ambil risiko dimusim pandemik ini.
Anda boleh apply secara online melalui servis: Apply Kredit Kad Online
Ia adalah laman rasmi yang membantu mempermudahkan segala urusan permohonan kad kredit secara online.
Caranya amat mudah, seperti berikut:
- Lawati halaman RinggitPlus Credit Card.
- Klik pada butang pilihan ‘CREDIT CARDS‘:
- Taipkan jenis kad kredit yang anda mahu dalam ruangan search yang disediakan.
- Klik pada kad kredit pilihan anda kemudian klik pada butang ‘Apply’.
- Isikan maklumat anda seterusnya klik pada butang ‘Continue’.
- Seterusnya anda akan berhubungan dengan agen sah sehinggalah anda dapat kad kredit anda.
OK, kita ke topik utama:
Senarai Kad Kredit Terbaik untuk Petrol
Senarai ini dibuat berdasarkan maklumat terbaru yang kami perolehi daripada bank-bank yang terlibat.
Akan tetapi pihak bank berhak untuk mengubah tawaran-tawaran tersebut tanpa notis.
Anda boleh pilih daripada syarat gaji minimum RM2000 sebulan dan ke atas.
Berikut definisi ringkas terma yang digunakan untuk panduan:
- Cashback – Anda dapatkan semula sebahagian daripada jumlah perbelanjaan.
- Diskaun – Pengurangan harga.
- Rewards point / TreatPoints – Boleh ditukarkan kepada jenis barangan, potongan harga.
- p.a – Per annum atau tahunan (digunakan untutk interest).
- Easy Payment Plan – Pelan bayaran ansuran guna kad kredit.
- Balance transfer – Transfer baki perlu dibayar dari satu kad ke kad lain.
- 20 hari interest free – Tiada interest dikenakan jika dalam tempoh 20 hari selepas perbelanjaan dibuat ATAU sebelum due date untuk pembayaran.
Diharap senarai senarai Kad kredit terbaik untuk petrol ini bermanfaat pada anda.
1 Public Bank Petron Visa Gold
Kelebihan
Sehingga 5% Cashback minyak di stesen Petron.
Sehingga 5% untuk apa-apa pembelian di Petron.
Syarat Memohon
Umur minimum 21tahun
Minimum gaji RM2000/bulan
Lain-lain
Yuran tahunan percuma
Kadar interest 15% p.a.
Balance transfer dari 0% p.a.
Easy Payment Plan dari 0% p.a.
20 hari interest free
Kad kredit khas untuk apa-apa pembelian di Stesen minyak Petron. Cashback maksimum sebulan adalah RM50.
Jadual cashback di stesen Petron adalah seperti berikut:
- 0.5% untuk penggunaan kad RM1-RM100 sebulan
- 1% untuk penggunaan kad RM101-RM200 sebulan
- 2% untuk penggunaan kad RM201-RM500 sebulan
- 3% untuk penggunaan kad RM501-RM800 sebulan
- 5% untuk penggunaan kad RM801 ke atas sebulan
Selain daripada stesen petron apa-apa penggunan lain cashback adalah 0.1% tanpa limit.
2 CIMB Petronas Platinum MasterCard
Kelebihan
Sehingga 5% cashback di stesen Petronas.
Syarat Memohon
Umur minimum 21tahun
Minimum gaji RM2000/bulan
Lain-lain
Yuran tahunan percuma
Kadar interest 15% p.a.
Balance transfer dari 5.99% p.a.
Easy Payment Plan dari 0% p.a.
20 hari interest free
Maksimum untuk cashback adalah RM30 sebulan.
Untuk dapatkan 10% cashback bagi apa-apa transaksi di stesen petronas, penggunaan bulanan kad mestilah melebihi RM1,500.
Kurang itu kadar cashback adalah 3%.
Selain itu anda juga boleh mendapatkan 0.2% cashback tanpa limit untuk apa-apa transaksi lain.
Kad ini mempunyai insuran melancong sehingga RM1juta. Insuran melanocng sehingga RM1,000 juga diberikan untuk kes seperti flight delay, tertinggal kapal terbang, bag hilang dan bag lambat.
Jika anda mengunjungi kedai ZON Duty Free anda boleh dapatkan 10% diskaun.
Anda juga berpeluang untuk mendapatkan diskaun untuk peralatan kereta yang dijual oleh syarikat seperti CARS International and RAYTECH CS.
3 AmBank CARz Gold Visa
Kelebihan
Sehingga 3% cashback untuk petrol.
1 CARz point untuk setiap RM1(dalam negeri).
2 CARz point untuk setiap RM1 (luar negara).
Syarat Memohon
Umur minimum 21tahun
Minimum gaji RM2000/bulan
Lain-lain
Yuran tahunan percuma
Kadar interest 15% p.a.
Easy Payment Plan dari 0% p.a.
20 hari interest free
Selain cashback kredit kad ini menggunakan sistem point yang dikenali sebagai CARz point.
Setiap RM1 yang anda belanjakan dalam negara akan dikira sebagai 1 CARz point. Manakala untul perbelanjaan luar negara pula RM1 bersamaan dengan 3 CARz point (kecuali pembelian atas talian).
Anda juga berhak mendapatkan insuran perlancongan sehingga RM500,000 dan diskaun 10% di kedai duty free terpilih.
Insuran perlancongan lain juga diberikan seperti berikut:
- Flight delay RM600
- Tertinggal kapal terbang RM600
- Beg hilang RM1,300
- Beg lambat RM600
Sebagai tambahan anda boleh dapatkan diskaun RM30 (https://bit.ly/ambsunday) hujung minggu (Ahad) di Shopee dengan minimum pembelian RM200.
4 UOB One Visa Classic
Kelebihan
Sehingga 5% cashback petrol.
Syarat Memohon
Umur minimum 21tahun
Minimum gaji RM2000/bulan
Lain-lain
Yuran tahunan percuma
Kadar interest 15% p.a.
Balance transfer dari 0% p.a.
Easy Payment Plan dari 0% p.a.
20 hari interest free
Cashback 5% untuk petrol pada hujung minggu dan 1% pada hari-hari yang lain.
Cashback 5% untuk barangan runcit pada hujung minggu dan 0.2% pada hari-hari yang lain. Outlet yang terlibat adalah esco, AEON, AEON Big, Jaya Grocer, Village Grocer & Bens Independent Grocer.
Cashback 2% untuk hujung minggu 0.2% pada hari biasa untuk syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Digi dan Celcom.
Untuk semua kategori diatas, jumlah yang boleh di cashback kan maksimum adalah RM200 sebulan.
Untuk lain-lain traksaksi menggunkan kad kredit ini, kadar cashback adalah 0.2% tanpa limit.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan sehingga 15% diskaun daripada 150 food outlet di Malaysia.
5 Petronas Maybank Visa Gold
Kelebihan
8x TreatPoints minyak Petronas hujung minggu
5x TreatPoints minyak Petronas hari biasa
1x TreatPoints selain stesen Petronas
Syarat Memohon
Umur minimum 21tahun
Minimum gaji RM2500/bulan
Lain-lain
Yuran tahunan percuma
Kadar interest 15% p.a.
Balance transfer dari 0% p.a.
Easy Payment Plan dari 0% p.a.
20 hari interest free
Selain itu TreatPoint juga diberikan 8x untuk barangan di AEON, Giant and Tesco, 1x untuk institusi pendidikan, Insuran, Bil-bil.
TreatPoints anda boleh ditukarkan kepada jenis barangan seperti Platstation, CCTV, LED TV dan juga boleh ditukarkan kepada Air Miles, service tax redemption dan yuran tahunan kad jika ada.
Anda boleh lihat senarai penuh dan cara untuk menukarkan TreatPoints di sini: Maybank TreatPoints.
6 Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i
Kelebihan
Sehingga 8% cashback untuk petrol Petronas.
Sehingga 8% cashback pembelian di stesen Petronas.
1x TreatPoints untuk setiap RM1.
Percuma Maybankard Touch ‘n Go Zing Card.
Syarat Memohon
Umur minimum 21tahun
Minimum gaji RM2500/bulan
Lain-lain
Yuran tahunan percuma
Kadar interest 15% p.a.
Balance transfer dari 0% p.a.
Easy Payment Plan dari 0% p.a.
20 hari interest free
8% Cashback pada hujung minggu dan 1% pada hari biasa untuk setiap pembelian petrol daripada stesen minyak Petronas. Maksimum cashback bulanan adalah RM50.
Selain itu anda juga mendapat 1x TreatPoints untuk setiap RM1 yang dibelanjakan menggunakan kad ini.
Untuk memudahkan pengurusan kewangan anda, Maybankard Touch ‘n Go Zing Card percuma dibekalkan bersama kad ini.
Untuk lain-lain perbelanjaan setiap RM1 anda ditukarkan kepada 1x TreatPoints.
TreatPoint ini tidak ada tarikh luput. Anda boleh kumpul sebanyak ana anda mahu dan bila sampai masanya anda boleh tukarkan kepada jenis barangan seperti Platstation, CCTV, LED TV dan juga boleh ditukarkan kepada Air Miles, service tax redemption dan yuran tahunan kad jika ada.
Anda boleh lihat senarai penuh dan cara untuk menukarkan TreatPoints di sini: Maybank TreatPoints.
7 Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard
Kelebihan
Sehingga 15% Cashback pembelian minyak.
Sehingga 15% Cashback untuk pembelian online.
Syarat Memohon
Umur minimum 21tahun
Umur maksimum 65tahun
Minimum gaji RM3000/bulan
Lain-lain
Yuran tahunan percuma
Kadar interest 15% p.a.
Balance transfer dari 5.99% p.a.
Easy Payment Plan dari 9.88% p.a.
20 hari interest free
Jumlah maksimum cashback bulanan adalah RM60 untuk minyak.
Untuk pembelian online maksimum cashback adalah RM30.
Untuk dapatkan cashback 15% penggunaan kad kredit mestilah melebihi RM2,500 sebulan. Kadar cashback akan berkurang jika penggunaan kurang.
Kelebihan lain dengan kad kredit ini adalah anda boleh memperolehi harga tiket wayang hanya RM10 setiap hari selepas jam 1 petang (kecuali Rabu).
8 HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i
Kelebihan
Sehingga 8% Cashback pembelian petrol.
Syarat Memohon
Umur minimum 21tahun
Minimum gaji RM3000/bulan
Lain-lain
Yuran tahunan percuma bersyarat
Kadar interest 15% p.a.
Balance transfer dari 0% p.a.
Easy Payment Plan dari 0% p.a.
20 hari interest free
Maksimum RM15 cashback untuk setiap kategori: Petrol, barangan runcit dan eWallet. Sehingga RM45 cashback bulanan.
Untuk dapatkan kadar cashback 8%, penggunaan bulanan mestilah RM2,000 ke atas.
Penggunaan kurang daripada itu kadar cashback pada 1%.
Lain-lain penggunaan kadar cashback adalah 0.2% tanpa limit.
Selain itu anda boleh mendapatkan sehingga 50% diskaun untuk outlet terpilih diluar negara ketika sedang melancong.
9 Petronas Maybank Visa Platinum
Kelebihan
8x TreatPoints minyak Petronas hujung minggu
5x TreatPoints minyak Petronas hari biasa
1x TreatPoints selain stesen Petronas
Syarat Memohon
Umur minimum 21tahun
Minimum gaji RM5000/bulan
Lain-lain
Yuran tahunan percuma
Kadar interest 15% p.a.
Balance transfer dari 0% p.a.
Easy Payment Plan dari 0% p.a.
20 hari interest free
Selain itu TreatPoint juga diberikan 8x untuk barangan di AEON, Giant and Tesco, 1x untuk institusi pendidikan, Insuran, Bil-bil.
TreatPoints anda boleh ditukarkan kepada jenis barangan seperti Platstation, CCTV, LED TV dan sebagainya.
Selain itu ia juga boleh ditukarkan kepada Air Miles, service tax redemption dan yuran tahunan kad jika ada.
Anda boleh lihat senarai penuh dan cara untuk menukarkan TreatPoints di sini: Maybank TreatPoints.
10 Citi Cash Back Platinum Mastercard
Kelebihan
Sehingga 10% Cashback untuk petrol.
0.2% cashback petrol lain-lain.
Syarat Memohon
Umur minimum 21tahun
Minimum gaji RM5000/bulan
Lain-lain
3 tahun yuran percuma
Kadar interest 15% p.a.
Balance transfer dari 5.32% p.a.
Easy Payment Plan dari 0% p.a.
20 hari interest free
Untuk cashback maksimum adalah RM15 setiap jenis.
Jenisnya adalah termasuk petrol, barangan runcit, grab, makan malam dengan total maksimum RM60. Dengan syarat penggunaan minimum kad RM1500.
Kurang daripada RM1500 kadar cashback adalah 0.2%.
11 Hong Leong Wise Platinum
Kelebihan
8% Cashback petrol hujung minggu.
Cashback disemua stesen minyak Malaysia.
Syarat Memohon
Umur minimum 21tahun
Minimum gaji RM5000/bulan
Lain-lain
3 tahun yuran RM98
Kadar interest 15% p.a.
Balance transfer dari 6.99% p.a.
Easy Payment Plan dari 0% p.a.
20 hari interest free
Penggunaan minimum kad sebanyak RM500 sebulan diperlukan untuk mendapatkan cashback 8% hujung minggu untuk setiap kategori seperti:
- Petrol
- Barangan runcit
- Makanan
Pada hari-hari biasa kadar cashback adalah 1%.
Maksimum cashback untuk setiap kategori sebulan adalah RM18.
Lain-lain penggunaan adalah 0.2% cashback.
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda!