Pilihan tepat! Kelebihan CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard lebih dari apa yang anda sangkakan.
Post ini untuk membantu anda agar lebih yakin untuk membuat pilihan.
Mungkin selain daripada Kad kredit CIMB Cash Rebate ada beberapa lagi jenis kad kredit lain dalam senarai pilihan anda.
Dan anda berhak untuk tahu apakah kelebihannya sebelum membuat pilihan akhir.
Dalam post ini kita akan lihat:
- Kelebihan Kad kredit CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard
- Cara mudah untuk apply online tanpa perlu hadir ke bank
Teruskan membaca!
Kelebihan CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard
Berikut merupakan rupabentuk kad kredit CIMB Cash Rebate:
(Jika mereka tak ubah designnya)
Anda boleh lihat info ringkasnya sini: Info ringkas kad Kredit CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard.
Kad kredit ini dibuat khas untuk memberikan penjimatan kepada pengguna yang banyak melakukan pembelian @ perbelanjaan melalui rebat tunai.
Jika anda dalam kategori ini, CIMB Cash Rebate Platinum adalah pilihan terbaik untuk anda.
Anda boleh lihat juga terma dan syarat kad ini dekat sini: CIMB Cash Rebate Platinum T&C
Tetapi semuanya suda kami ringkas dan mudahkan dalam post ini.
Mari kita lihat satu persatu apakah kelebihan yang ditawarkan oleh kad kredit ini:
1 Rebat tunai sehingga 5%
Ini merupakan kelebihan utama CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard.
Rebat tunai.
CIMB menyatakan bahawa kita boleh dapat balik sehingga 5% daripada jumlah kita belanjakan.
Besar tak 5% ini?
CUKUP BESAR.
Ia lebih besar daripada:
- Bunga daripada simpanan Fix Deposit (1% – 1.9% [pelbagai bank])
- Bunga simpanan peribadi kita (0% – 2.5% [pelbagai bank])
- Keuntungan tahunan stock investor (kebanyakkan)
- Hampir sama dengan bunga KWSP (5.45% – 6.9% [2014-2019]
- Hampir sama dengan bunga EPF (4.5% – 6.9% [2008-2019])
Kita lihat jadual penuh plan cash rebate ini:
Apa yang dikatakannya adalah:
Jika baki kad kredit bawah RM3,000 anda akan dapat 2% rebat tunai, atas RM3,000 dapat 5% rebat tunai.
2% & 5% ini sah untuk beli tiket wayang, minyak kereta dan barangan runcit terpilih.
Untuk barangan runcit anda boleh lihat senarai sini: Rebate barangan runcit CIMB.
(Kita akan bincang perkara ini dengan lebih lanjut nanti)
Contohnya baki kad kredit saya RM3,100.
Bulan ini saya pergi tengok wayang RM50, isi minyak kereta RM300 dan beli barang body shop untuk isteri RM100.
Semuanya dalam RM450. Dengan cash rebate 5%, saya dapat balik RM22.5.
Tapi had untuk kategori 2% dan 5% ni RM30 saja setiap bulan.
Tak sedikit RM30 tu ya. RM30 x 12 bulan = RM360.
Untuk yang 0.2% cash rebate pula adalah tanpa limit. Tidak kira berapa baki, berapa banyak belanja tetap akan dapat 0.2%.
Tak kira beli online atau offline, asalkan anda guna kad kredit ini untuk bayar.
Contohnya anda beli dekat shopee botol susu ini:
(Tak sangka ada juga botol susu harga RM40K jual dekat Shopee..)
Boleh la dapat balik RM80…
Dibandingkan jika kita bayar guna cash?
Tak dapat apa-apa…
2 Boleh Dapat Tawaran Jimat dari CIMB
Dekat atas tadi kita cerita pasal Rebate Barangan runcit CIMB
Jika anda ambil Kad Kredit CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard, anda dengan automatiknya layak untuk mendapatkan rebate @ tawaran tersebut.
Jika kita tengok dalam halaman CIMB Deals ini:
Yang mana ia tidak dinyatakan dalam Terma dan Syarat kad kredit CIMB.
Yang ini kita kena tahu sendiri.
Banyak tawaran-tawaran yang hebat dan menjimatkan ada dekat sini.
Syaratnya, kena ada kredit kad CIMB.
Kita cuba tengok salah satu contohnya:
Guna Kredit kad CIMB di Lazada setiap selasa untuk dapatkan 20% Cashback.
Terbaik.
Selain itu ada banyak lagi kategori lain yang mungkin berpatutan dengan penggunaan anda.
Anda boleh lihat sendiri dekat sini: CIMB Deals
Lawati selalu laman tersebut agar tidak ketinggalan tawaran terkini mereka.
3 Anda untung duit minyak (petrol)
Boleh tak untung duit minyak?
Tidak kira stesen minyak mana anda pergi asalkan guna kad ini pasti dapat rebat tunai.
Kalau baki kad kredit atas RM3k anda dapat 5%.
Kurang dari itu 2%.
(Kalau beli minyak dalam botol tepi jalan tu tak dapat lah…)
Berapa belanja minyak anda sebulan?
Contohnya tiap minggu saya isi RM100 untuk minyak kereta.
Sebulan RM400.
Kalau dapat rebate 5% boleh dapat balik RM20.
Bulan seterusnya dapat lagi cash rebate RM20.
Kalau kita gunakan kad ni untuk bayar minyak selama 20 bulan?
RM20 x 20 bulan = RM400?
CIMB tolong bayarkan minyak kita…
Lebih dari 20 bulan?
Bulan-bulan anda dapat RM20 dari kad ini…
Boleh tak ini macam?
Boleh diterima tak kelebihan CIMB cash rebate platinum mastercard ini?
4 0% bunga dengan CIMB easy plan
Untuk info bersama, CIMB ada menawarkan servis kad kredit 0% bunga yang mereka panggil sebagai 0% EASY PAY.
Ya, 0% tak ada bunga .
Jika anda pilih kad kredit Cash Rebate Platinum Mastercard ini, anda layak untuk menggunakan plan tersebut.
Bagaimana ia berfungsi?
Bila anda nak beli barangan yang harganya besar, anda boleh pilih untuk bayar secara ansuran setiap bulan tanpa dikenakan bunga kad kredit langsung!
Tempoh minimum untuk ansuran adalah 3 bulan.
Tempoh maksimum pula adalah 36 bulan.
(Tempoh ini mungkin berbeza mengikut tempat pembelian anda)
Dengan syarat setiap bulan kena bayar minimum RM50 atau 5% daripada jumlah baki penyata kad kredit anda.
Untuk lebih jelas mari kita lihat contoh berikut:
Katakanlah saya nak beli peti sejuk besar 2 pintu ini dekat Best Point:
Harga barang ini RM2,809.
Saya pilih untuk bayar guna kad kredit Cash Rebate Platinum DAN ambil pelan 0% easy pay.
Saya pilih untuk bayar secara ansuran selama 12 bulan.
Bermakna setiap bulan saya kena bayar RM2,809 / 12 bulan = RM235.
Oleh kerana saya ambil pelan 0% easy pay, jumlah RM2,809 tadi tidak akan dikenakan bunga langsung.
Dengan syarat saya kena bayar tepat-tepat (atau sebelum) tarikh pembayaran setiap bulan.
So, anda nak beli handphone baru?
Bolehlah gunakan kelebihan ini.
Perihal tentang 0% easy plan ini ada disebut dekat laman CIMB sendiri: Easy Plan at 0%.
Terdapat lebih seribu peniaga yang menyertai program ini.
Anda boleh lihat senarainya dekat sini: Senarai peniaga menyertai pelan 0% interest CIMB.
Atau anda boleh juga tengok mana-mana kedai yang mempunyai logo 0% easy pay, seperti berikut:
Jika ada, anda hanya perlu bagi tahu dekat cashier anda nak bayar guna plan tersebut.
5 Boleh kurangkan bunga kad kredit lain
Yang ini dalam bahasa banknya dipanggil ‘Pemindahan Baki’ atau ‘Balance transfer’.
Jika sebelum ini anda memang suda memiliki kad kredit, anda boleh pindahkan baki yang perlu dibayar dalam kad tersebut ke dalam kad kredit CIMB ini.
Kadar bunga yang ditawarkan adalah 5.99% bunga tahunan jika anda pilih tempoh 6 bulan.
dan 7.99% bunga tahunan jika anda pilih 12 bulan.
Dan minimum jumlah pemindahan adalah RM1,000.
Untuk pengetahuan bersama kebanyakkan kad kredit meletakkan bunga tahunan sekitar 15% – 18%.
15% – 7.99% = anda jimat 7.01%.
Mari kita lihat contoh ini:
Saya apply dan berjaya dapat kad kredit cimb cash rebate platinum mastercard.
Sebelum ini saya mempunyai kredit kad dengan Bank Abu Dabi (bukan nama sebenar).
Kad kredit tersebut bunga tahunannya adalah 15%.
(Kita ambil % bunga paling rendah)
Baki belum terbayar dalam ada lebih kurang RM3,000.
Saya memohon untuk pindahkan semua baki tersebut ke dalam kad kredit CIMB Cash Rebate saya.
Permohonan saya diluluskan, cerita hutang dengan Bank Abu Dabi selesai. CIMB tolong bayarkan.
Sekarang ini, saya kena bayar RM3,000 tersebut dalam tempoh 12 bulan dengan bunga tahunan 7.99%.
Yang mana bunga 7.01% kurang daripada bunga sebelumnya.
Jika saya tak pindahkan baki kredit tersebut ke kredit kad cimb, saya kena bayar 15% x RM3,000 = RM450 untuk bunga.
Bila saya pindahkan baki kredit tersebut, saya hanya perlu bayar sebanyak 7.99% x RM3,000 = RM239.
Hampir 50% penjimatan dapat saya lakukan.
Anda boleh lihat juga info di laman CIMB: CIMB Balance Transfer.
6 RM0 – Tiada yuran tahunan
Yang ini cukup jelas dan tidak perlu dihuraikan.
Kredit Kad CIMB Cash Rebate Platinum tidak ada yuran tahunan.
Jika anda dapat kad kredit pada tahun 2020 dan tarik luput kad tersebut adalah pada tahun 2025, tiada cas tahunan akan dikenakan pada kad tersebut.
Cuma bila nak renew pada tahun 2025 kena bayar RM25.
Itu sahaja.
7 Boleh pinjam cash
CIMB menawarkan program yang dikenali sebagai ‘CashLite‘.
Yang mana hanya diberikan jika anda mempunyai kad kredit CIMB.
Ada kalanya kita memerlukan tunai.
Dan tunai yang ada dalam tangan kita tidak mencukupi.
Meminjam daripada CIMB adalah lebih baik daripada meminjam daripada institusi peminjam wang tidak berdaftar @ along.
Dalam program ini anda boleh memohon untuk menukarkan kredit yang tidak terpakai dalam kad kredit anda kepada tunai:
- Dengan bunga serendah 9.88% setahun
- Tidak perlu penjamin, tak perlu dokumen.
- Tempoh pembayaran balik dari 12 ke 48 bulan.
- Bayaran tetap setiap bulan.
Berikut merupakan jadual contoh pembayaran balik melalui program ini:
Dalam program ini, bunga yang dikenakan adalah jauh lebih rendah daripada bunga cash advance.
Hampir 50%.
Untuk pinjam cash melalui program ini anda hanya perlu memiliki kad kredit CIMB.
(dalam kes ini Kad Kredit CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard).
Kemudian buat panggilan pada CIMB, nyatakan amount yang dikehendaki dan pilihan tempoh bayaran balik.
8 Syarat Gaji Minima Rendah – RM2,000
Yang ini juga tak perlu dihuraikan.
Syarat gaji minimum untuk memohon kad kredit CIMB Cash Rebate ini hanya RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun.
Dikira agak rendah jika dibandingkan dengan purata keperluan gaji minimum untuk memohon kad kredit lain – RM3,000.
Jika gaji anda sekitar atau lebih dari ini, anda boleh memohon dan dapatkan semua kelebihan yang ditawarkan untuk kad kredit ini.
9 Peluang sertai promosi CIMB
Untuk infomasi bersama, CIMB sentiasa membuat tawaran / promosi sebagai servis tambahan buat pengguna kad kredinya.
Cuma kita perlu sentiasa peka terhadapa tawaran semasa.
Jika anda memiliki kad kredit Cash Rebate CIMB, bolehlah kunjungi laman berikut untuk tawaran terkini: CIMB Latest Promotion.
Berikut merupakan contoh tawaran khas untuk pengguna kad kredit CIMB:
(Harap-harap lepas ni giliran saya pula…)
Setelah baca kelebihan cimb cash rebate platinum mastercard diatas, apa pendapat anda?
Jika anda rasakan kad kredit CIMB Cash Rebate ini sangat sesuai dengan gaya hidup anda jangan buang masa, teruskan untuk memohon.
Lagi cepat pohon, lagi cepat dapat kelebihannya.
Lagi satu, anda boleh memohon secara online.
Senang, tak perlu risau pandemik, tak perlu langgar perintah berkurung.
Tak perlu sesak-sesak, trafik jem, buang masa dan sebagainya.
Cara mudah untuk apply online tanpa perlu hadir ke bank
Untuk bahagian ini saya nak kongsikan cara paling mudah untuk apply kad kredit CIMB Cash Rebate secara online.
Cuma perlukan sambungan internet sahaja dan sedikit pengerakan jari jemari.
Sebelum itu kita lihat sepintas lalu syarat permohonan untuk kad kredit CIMB Cash Rebate Platinum ini:
- Gaji bulanan minima RM2,000 (tahunan RM24,000)
- Umur minimum 21 tahun
- Umur maksimum 65 tahun
- Warganegara Malaysia
Jika semuanya ok untuk anda boleh teruskan untuk apply.
Cara untuk memohon adalah seperti berikut:
#1. Lawati halaman RinggitPlus Credit Card
RinggitPlus adalah laman rasmi yang memudahkan permohonan kad kredit bank-bank di Malaysia.
Dengan adanya servis mereka lebih mudah untuk memohon kad kredit secara online.
Lawati halaman ini: RinggitPlus Credit Card Malaysia
Kemudian, dalam laman mereka klik pada butang pilihan ‘CREDIT CARDS’:
#2. Search untuk “CIMB cash rebate platinum mastercard”
Paparan ruangan kredit kad adalah seperti berikut:
Pada bahagian atas halaman terdapat ruangan yang disediakan untuk fungsi search.
Taipkan ‘cimb cash rebate platinum mastercard’ dalam ruangan tersebut dan enter:
Pilihan CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard akan keluar:
Klik pada pilihan tersebut.
#3. Klik pada butang apply
Apabila paparan berikut keluar teruskan untuk klik pada butang ‘Apply’.
#4. Isikan maklumat anda dan ‘Continue’
Paparan seperti diatas akan muncul.
Isikan nama dan nombor telefon anda (yang mempunyai WhatsApp) dan klik pada butang ‘Continue’.
Selanjutnya pihak RinggitPlus akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya.
Jika semuanya tak ada masalah, saya pasti anda boleh dapatkan kad kredit anda dengan mudah.
Adakah post ini bermanfaat pada anda?
Kongsikan pada rakan-rakan kita yang memerlukannya!