Bercadang mahu memiliki kereta 4WD? Pilih Isuzu D-max 1.9, pasti puas hati.
Nama saya Esen Norz. Orang Sabah, asal dari Telupid dan berkerja di Kota Kinabalu.
Terima kasih pada InfoSantai kerana memberi saya peluang mengongsikan pendapat untuk bacaan kawan-kawan di luar sana.
Jika anda bercadang mahu membeli kereta 4×4 @ 4 Wheel Drive, jangan tengok yang lain.
Abaikan Ford, lupakan Mitsubishi, jauh sekali Nissan.
Pilihlah keluaran kereta terbaru daripada Isuzu D-Max.
Kereta pickup 4×4 offroad terbaik untuk suasana jalanraya dan bentuk muka bumi di Sabah. Confirm puas hati.
Sebelum pergi lebih dalam, saya ringkaskan kenapa Isuzu D-Max 1.9 adalah kereta 4×4 terbaik:
- Power boleh tahan dan boleh dipercayai untuk jalan-jalan di Sabah.
- Kereta 4×4 yang paling jimat minyak.
- Dalaman yang diperbuat untuk tahan lasak dan tahan lama.
Ya, 3 sebab point diatas sudah cukup untuk menjelaskan kenapa kereta 4×4 Isuzu D-Max adalah yang terbaik di Sabah.
Mari kita lihat lebih lanjut.
Ringkasan Model Isuzu D-max 2020
Terdapat beberapa variasi model kereta 4×4 D-Max yang boleh anda pilih untuk tahun 2020:
(Harganya cuma anggaran sahaja ya..ikut penjual)
Isuzu D-Max Stealth (Limited Edition)
- 1.9 4×4 AT – Harga OTR RM138K (9 tahun RM1,385 bulanan)
Isuzu D-Max Double Cabin 1.9L Ddi Blue Power
- 1.9 4×4 MT-B – Harga OTR RM105K (9 tahun RM1,036 bulanan)
- 1.9 4×4 MT-P – Harga OTR RM113K (9 tahun RM1,104 bulanan)
- 1.9 4×4 AT-B – Harga OTR RM113K (9 tahun RM1,104 bulanan)
- 1.9 4×4 AT-P – Harga OTR RM123K (9 tahun RM1,216 bulanan)
Isuzu D-Max Double Cabin 3.0L Facelift
- 3.0 4×4 MT-B – Harga OTR RM114K (9 tahun RM1,126 bulanan)
- 3.0 4×4 AT-P – Harga OTR RM127K (9 tahun RM1,239 bulanan)
Ini contoh katalog yang saya simpan masa beli dahulu:
Tapi untuk review ini kita mahu cerita pasal Isuzu D-Max 1.9 sahaja.
Sebelum tu, boleh tengok juga video dari Isuzu:
Keadaan Luaran Isuzu D-Max 1.9
Kalau ikut spesifikasi asal, tiada modified atau ganti tayar dimensi asal adalah seperti berikut:
- Panjang – 5.295 meter
- Lebar – 1.86 meter
- Tinggi – 1.795 meter
- Clearance (Badan bawah ke tanah) – 23.5 cm
Kelihatan tegap dan dan kuat, tapi masih handsome untuk berjalan di bandar.
Dengan clearance 23.5cm (agak tinggi berbanding kereta 4×4 yang lain), anda akan lebih yakin merempuhi pelbagai jenis jalan yang ada di Sabah.
Senang balik kampung, senang lawat kebun, banjir kecil tiada masalah, rentas sungai dan jalan tidak berturap @ garabol juga tiada masalah.
Keadaan Dalaman Isuzu D-Max 1.9
Jika dibandingkan dengan jenis kereta 4×4 yang lain, keadaan dalam Isuzu D-Max 1.9 ini kelihatan lebih tahan lasak.
Tahan jemur, tahan hentak dan tidak cepat kelihatan lusuh. Ini disebabkan kebanyakkan material dalaman kereta 4×4 ini diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi.
Jika anda beli model yang premium, terdapat tambahan rekabentuk untuk menjadikan ia kelihatan lebih cantik.
Model baru Isuzu D-Max ini juga dilengkapi dengan 8 inci touchscreen dan 8 speaker dalam untuk kegunaan anda.
Terdapat juga tambahan USB port pada bahagian belakang untuk kemudahan penumpang.
Driving performance dan kawalan steering Isuzu D-Max 1.9
Bergantung kepada cara pemanduan kita, mungkin ada yang cakap Isuzu D-max 1.9 tidak sepantas kereta 4×4 yang lain.
Tapi bagi saya ia tiada masalah.
Isuzu D-Max 1.9 masih boleh mencapai kelajuan 100Km/h dalam lebih kurang 12 saat.
Lagi satu, kelajuan bukan faktor utama untuk kita beli kereta pacuan 4 roda.
(Kalau mahu yang laju kita beli kereta sport)
Untuk kawalan steering pula, Isuzu D-Max 1.9 adalah standard.
Tidak terlalu keras dan terlalu lembut, sesuai untuk pemanduan semua keadaan jalan.
Selain ini model baru D-Max ini pada pertama kalinya dilengkapi dengan Hill Descent Control (HDC).
HDC menjadikan pemanduan off road anda lebih selamat ketika menuruni cerunan yang licin.
Keselesaan dalaman Isuzu D-Max 1.9
Model terbaru Isuzu D-Max 1.9 ini dilengkapi dengan rekabentuk kerusi terbaru.
Ruangan kali penumpang bahagian belakang juga luas.
Suspension @ spring kereta adalah lebih lembut dan berupaya menyerap hentakan keadaan jalanraya di Sabah ini.
Dari dalam juga bunyi agak senyap.
Dalam keadaan kereta memecut 100km/hr saya masih boleh bercerita dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.
(Selama saya menggunakan kereta ini, belum ada komen negatif daripada penumpang. Semuanya ok.)
Penjimatan minyak Isuzu D-Max 1.9 yang terbaik!
Saya dengan bangganya menyatakan bahawa Isuzu D-max 1.9 ini adalah kereta 4×4 yang paling jimat minyak.
Selepas memandu lebih kurang 250km dalam semua keadaan jalan – Jalan bertar, jalan kampung, jalan bukit. Kereta ini memberikan pengiraan penjimatan seperti berikut:
8 liter untuk 100km.
Tidak ada kereta 4×4 lain yang boleh menandingi penjimatan ini.
Sebab itulah kenapa Isuzu D-max 1.9 ini sesuai untuk pemakaian di Sabah.
Dengan keadaan jalannya, dengan jaraknya…
Kota kinabalu – Telupid = 207KM. Saya cuma perlukan lebih kurang 20 liter sahaja.
Penjimatan ini datang daripada enjin 1.9 liter Ddi Bluepower. Enjin yang lebih ringan tapi lebih berkuasa (jika dibandingkan dengan enjin terdahulu model ini).
Enjin Ddi ini juga adalah enjin pertama di Malaysia yang menerima sijil EEV (Energy Efficient Vehicle).
Kesimpulan
Jika anda menetap di Sabah, Isuzu D-Max 1.9 adalah pilihan yang terbaik.
Kelasakkannya dan juga penjimatan minyaknya cukup untuk memberikan anda sebab kukuh kenapa perlu pilih kereta ini.
Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut berkenaan Isuzu D-MAX 1.9 ini, boleh klik untuk WhatsApp dibawah:
*Gunakan rujukan INFOSANTAI untuk mendapat kelebihan.
Seorang pemuda berkaliber. Anda menghubungi beliau melalui Facebook: Esen Elj.
Hello Boss,, sya Berminat dgn kereta D-MAX 1.9..