Apakah rahsia disebalik kecantikan wanita Korea khususnya wanita Korea Selatan? Adakah kecantikan mereka ini semula jadi? Berikut merupakan fakta terkumpul disebalik kecantikan wanita korea ini.
Didikan kecantikan bermula sejak kanak-kanak
Bagi wanita Korea, kecantikan adalah aset utama mereka. Wajah yang cantik menjanjikan masa depan yang cerah. Wanita yang cantik lebih mudah untuk mendapat pekerjaan.
Ibu bapa merasakan kecantikan anak mereka adalah salah sebahagian daripada tanggungjawab mereka. Siapa ibu bapa yang tidak mahu melihat masa depan anak mereka cerah? Wanita Korea diberi didikan kecantikan sejak kanak-kanak. Rejim kecantikan adalah lebih kepada cara hidup bagi mereka. Kesimpulannya, jangan mengharap keajaiban berlaku dalam sekelip mata.
Rejim kecantikan yang melampau
Sebagai panduan, rejim bermaksud cara untuk melaksanakan sesuatu. Soalan untuk para wanita: Apakah amalan penjagaan kecantikan harian anda? Berapa minit anda luangkan untuk amalan tersebut? Mandi, cuci muka, pelembap, losyen, dan toner?
Bagi wanita Korea mereka mengamalkan sekurang-kurangnya 10 langkah dalam satu sesi. Berikut merupakan 10 langkah yang asas dalam rejim kecantikan bagi wanita korea.
- Oil cleanser untuk membuang make-up atau lain-lain kotoran berminyak.
- Foam Cleanser untuk kotoran-kotoran yang lain.
- Exfoliator untuk membersikan pori tersumbat dan membuang sel kulit mati
- Toner untuk melembabkan semula kulit selepas cucian di atas
- Essence. Penggunaan Essence adalah langkah terpenting bagi wanita korea. Essence bertindak seperti toner, serum, booster ataupun ampoules.
- Rawatan Serum, Booster atau Ampoule. Untuk mengelakkan atau menghilangkan pigmentation atau tompok gelap.
- Mask.
- Eye cream.
- Face cream.
- SPF.
Konsisten setiap pagi, setiap petang, setiap hari sepanjang hayat
Mungkin bukanlah sepanjang hayat tetapi untuk mengamalkan rejim kecantikan ini secara konsisten memerlukan disiplin yang amat tinggi. Bagaimana mereka dapat melakukannya?
Penjagaan Kecantikan dua hala: dari luar dan dalam badan
Berbalik kepada didikan kecantikan dikalangan para wanita Korea, pendekatan mereka kepada falsafah kecantikan adalah secara holistik. Kecantikan kulit bukan setakan daripada rawatan lapisan luar tetapi juga daripada dalam.
Selain daripada penjagaan permukaan kulit mereka juga mengambil berat kesihatan mereka, menjaga makan dan keadaan persekitaran mereka barulah mendapat hasil yang memuaskan.
Penggunaan produk semulajadi
Mereka menggunakan produk semulajadi. Sejak turun temurun, masyarakat korea lebih percaya kepada bahan semulajadi daripada produk buatan. Menurut pendapat mereka produk yang bukan berunsurkan bahan semulajadi mengandungi banyak bahan berbahaya yang boleh merosakkan kulit. Jadi,gunakanla produk semulajadi.
Penggunaan product eksotik
Kepercayaan mereka terhadap keberkesanan produk semulajadi melebihi segala-galanya. Produk eksotik tidak terkecuali. Contoh? Bisa ular, bisa lebah, tembuni biri-biri, kulit katak dan lendir siput. Benarkah bahan-bahan ini bermanfaat terhadap kecantikan?
Kita ambil contoh lendir siput. Menurut pemahaman mereka siput menghasilkan lendir untuk melindungi bahagian bawahnya daripada luka, bakteria, dan sinaran UV. Jadi ia baik untuk kulit? Ya, menurut mereka.
Nota: Terdapat orang yang menggunakan siput hidup atas muka mereka.
Pembedahan Plastik
Pembedahan plastik menjadi satu perkara biasa di Korea.Statistik menunjukkan Korea merupakan negara dalam tangga teratas paling atas dalam carta pembedahan plastik oelh penduduk. Mengapa? Kerana persaingan. Semua orang mahu kelihatan cantik. Kecantikan menambahkan peluang dalam bidang kerjaya.
Jika anda kumpulkan gambar-gambar wanita cantik daripada Korea terdapat persamaan pada wajah mereka terutama pada bahagian mata.
Ibubapa memberikan hadiah pembedahan plastik ketika harijadi ke-17 anak mereka. Dalam pertandingan ratu cantik pembedahan plastik menandakan para peserta mengambil serius tentang pertandingan tersebut. Perbualan seperti ” Mungkin kamu tambah menarik jika kamu buat pembedahan plastik pada bahagian ini…” sudah menjadi biasa di Korea.
Antara jenis pembedahan plastik yang biasa dilakukan adalah pada bahagian mata, hidung, dahi, pembuangan lemak, bahagian dada hinggalah pembedahan ekstrim seperti pembentukan semula tulang rahang yang mana mengubah hampir 100% rupa bentuk wajah seseorang.
Itulah sebabnya mengapa rata-rata wanita Korea khususnya Korea Selatan cantik-cantik. Kongsikan artikel ini sekiranya ia menambah pengetahuan anda.