Mana-mana wanita yang menghampiri hari perkahwinan pasti inginkan majlis perkahwinan berjalan lancar.
Sudah pasti juga bakal pengantin mahu terlihat cantik, anggun dan menawan.
Solekan pada hari bahagia yang sempurna akan menjadi kenangan terindah selama-lamanya.
Apakah tips makeup pengantin simple untuk kelihatan cantik berseri, sehingga tetamu yang datang pun merasai aura seri pengantin?
1. Persediaan sebelum majlis
Bakal pengantin seharusnya bersedia untuk 2 minggu sebelum majlis, bagi penjagaan kulit muka yang rapi supaya hasil solekan nanti tampak lebih berkesan dan menonjol.
Lakukan rawatan facial pengantin 2 minggu sebelum majlis untuk elak breakout yang tak dijangka.
Rutin biasa di rumah juga jangan ditinggalkan.
Kulit perlukan hidrasi yang tinggi bagi membantu wajah menjadi lembab, lembut, dan bermaya.
Jadi minumlah air selalu dan kurangkan pengambilan minuman berkafein dan bergula.
Agak mencabar untuk penggemar kopi, tapi jika anda mahukan kulit yang segar dengan solekan terbaik, berhenti seketika atau kurangkan pengambilan separuh dari biasa.
2. Mekap asas/Foundation
Untuk mekap pengantin di hari majlis tersebut, gunakan primer sebagai asas solekan.
Ia menyediakan lapisan halus untuk meratakan warna kulit, bertindak sebagai filter untuk menutup parut dan cela wajah.
Paling utama ia berfungsi supaya solekan tahan lebih lama.
Bedak asas atau foundation hendaklah dipilih mengikut warna yang paling dekat dengan tona warna kulit anda.
Barulah nampak natural.
Foundation biasanya digunakan setelah primer dan concealer dipakai.
Kombinasi ini akan menutup parut, jerawat dan jeragat muka dan jangan bimbang pengantin masih tampil dengan wajah persis semula jadi.
Solekan contouring, highlighting dan shading di bahagian muka seperti tulang pipi, batang hidung dan dagu juga penting untuk menonjolkan feature wajah seperti menaikkan bayangan tulang pipi dan hidung mancung.
Raut muka juga boleh kelihatan runcing.
3. Solekan Mata
Untuk perapian kening, ia boleh dibentuk 5-7 hari lebih awal bagi mengelak kesan kemerahan di kening anda.
Jadi ada tempoh untuk pulih seperti sedia kala dan bulu kening kelihatan kemas di hari majlis.
Hanya perlu memakai solekan ringan di kening dengan pensil alis, ratakan dengan baik terutama di bahagian bulu kening yang nipis.
Sedikit pembayang mata gelap mampu menonjolkan tarikan mata anda.
Cuba elak mengenakan glitters terlalu banyak, kerana kita tak mahu gambar yang diambil kelihatan muka pengantin berminyak.
Solekan kawasan mata juga boleh gunakan konsep nude, warna lembut dan warna natural.
Untuk menjadikan mata anda kelihatan lebih besar, boleh gunakan pensil mata putih yang digariskan di bahagian bawah kelopak mata.
Sapukan sedikit concealer di bawah mata dengan berus, supaya dapat sembunyikan lingkaran hitam mata atau mata kepenatan.
Di hari bahagia begini, pengantin selalunya menitiskan air mata kerana rasa bersyukur dan gembira.
Oleh itu, gunakan maskara kalis air jika anda jenis hati tisu.
Rugi dan sayang kalau gambar kenangan bersama pasangan dan keluarga nampak solekan mata comot dan rosak.
Kombinasi mekap pada alis, kelopak dan bulu mata yang berkonsepkan nude dan warna natural tampak sederhana tetapi berkesan untuk tonjolkan kekemasan solekan mata.
Warna mata anda juga akan terserlah dan boleh dinaikkan lagi dengan kanta lekap yang sesuai.
4. Gincu Bibir
Beralih kepada mekap di bahagian bibir pula, jika mahu fokus kepada pesona bibir, warna merah boleh disesuaikan untuk warna yang lebih berani dengan mengurangkan mekap di bahagian mata.
Jika mahu menaikkan solekan mata, maka dinasihatkan gincu bibir berwarna pastel atau warna lembut sepeti merah jambu supaya keseluruhan solekan tidak nampak garang atau keterlaluan.
Sudah semestinya anda tidak mahu bibir kering atau mengelupas di hari majlis, jadi pilihlah gincu yang memelihara bibir dengan kandungan seperti shea butter, marula oil, vitamin E dan tiada paraben.
Boleh kenakan last touch up sebelum berjalan di lantai majlis.
Anda boleh memakai sedikit powder atas gincu yang telah dipakai, dan kemudian lapiskan sekali lagi dengan gincu.
Cara ini akan buatkan solekan bibir tahan lama sepanjang majlis berlangsung.
Tip lain yang penting, jika majlis di luar, jangan pula lupa memakai sunscreen.
Manakala, penggunaan water based foundation akan membuatkan wajah anda kelihatan natural di dalam gambar.
Selain dari mekap yang sempurna, jurukamera juga penting untuk menangkap momen-momen indah dalam perkahwinan anda nanti.
Seharusnya dapatkan jurukamera berpengalaman supaya majlis perkahwinan anda dapat disemadikan dengan indah dan bermakna.
Itulah perkongsian tip mekap pengantin untuk tampil cantik tetapi simple dan natural.
Jangan lupa pastikan mekap pengantin bersesuaian dengan busana pengantin kerana kombinasi ini akan mempamerkan lagi kejelitaan dan keanggunan pengantin.
Ghostwriter, traveler & Volunteer. Boleh dihubungi melalui Facebook: Aziha Aziz.