Mb2u Login: Tutorial Cara Buat Maybank2u Secara Online 2019

Dewasa kini, kaedah perbankan semakin bertambah maju. Kini hampir setiap bank menyediakan perkhidmatan perbankan online. Salah satu platform perbankan yang menyediakan pelbagai kemudahan dalam talian atau online dan yang paling popular di Malaysia ialah Malayan Banking (MAYBANK). Maybank menyediakan sistem perbankan online yang dinamakan maybank2u.

Mengapa perbankan online semakin popular ?

Dengan menggunakan kaedah ini anda akan menjimatkan masa anda untuk pelbagai transaksi seperti pembayaran bil-bil, hutang sewa beli kereta perumahan atau sebagainya, pengiriman wang dalam dan luar negeri dan banyak lagi.

Tips: Jika anda bercadang menggunakan kad debit maybank (VISA) untuk transaksi luar negara ataupun transaksi online dengan syarikat luar negara, anda perlu aktifkan debit kad maybank anda terlebih dahulu.

Anda hanya perlukan komputer riba, telefon pintar dan seterusnya sambungan internet. Untuk perbankan dalam talian Maybank, anda hanya perlu ke mb2u login, masukkan kata pengguna atau username dan kata laluan (password) anda dan terus melakukan pelbagai transaksi.

Yang pasti, transaksi perbankan secara dalam talian boleh dilakukan pada bila-bila sahaja dan dimana sahaja tidak kira siang atau malam.

Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang ingin mendaftar maybank2u online tetapi tidak tahu akan cara untuk mengaktifkan akaun maybank2u ?

Disini saya ingin memberikan panduan atau tutorial akan cara membuat akaun maybank2u dalam talian dengan langkah demi langkah.

Daftar Nombor Telefon untuk TAC Maybank2u

Sebelum anda membuka laman web maybank2u.com.my bagi tujuan pendaftaran online. Terlebih dahulu anda mestilah mendaftarkan nombor telefon bimbit anda pada mesin ATM Maybank yang berdekatan. Dalam proses pendaftaran menggunakan laman web Maybank nanti, nombor TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda.

Cara mendaftar telefon bimbit adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke mana-mana cawangan maybank yang berdekatan. Pastikan bank tersebut menyediakan perkhidmatan penggunaan mesin ATM. Kemudian, masukkan kad ATM Maybank anda. Pilih bahasa (Bahasa Malaysia).

  1. Masukkan nombor pin 6 digit ATM Maybank anda.

  1. Apabila paparan “Menu Utama” ditayangkan, sila pilih “Maybank2u/Phone Banking/ATM Sms Alerts”.

  1. Pilih menu “Kemaskini Tel. Bimbit M2u Tac.

  1. Masukkan nombor telefon anda. Pastikan nombor telefon yang didaftarkan disemak dan betul. Jika anda pasti, maka tekan tombol “YA”. Maka, urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda sudah selesai.

Cara buat Akaun Maybank2u Secara Dalam Talian

  1. Untuk mengaktifkan atau membuat akaun maybank2u online, anda perlu ke website maybank2u.com.my terlebih dahulu. Sila klik sini untuk ke website maybank2u online. Sila rujuk gambar dibawah untuk penerangan atau paparan yang lebih jelas. Sila ke menu Register Now”seperti dalam bulatan.

  1. Seterusnya anda akan dibawa ke paparan berikut (Sila rujuk gambar dibawah).

  1. Masukkan nombor kad atm/debit anda. Kad ini mempunyai 12 nombor. Masukkan 12 angka tadi secara berterusan (sila rujuk paparan dibawah). Kemudian masukkan nombor pin 6 angka (nombor pin adalah sama dengan nombor pin kad ATM/Debit anda ). Pastikan anda telah memasukkan nombor kad dan pin dengan betul.

  1. Kemudian anda akan dibawa ke paparan seperti berikut. Dalam paparan ini, anda diminta untuk memasukkan:
    1. Username (Nama Pengguna)
    2. Password (Kata Laluan)
    3. Confirm Password (Pengesahan Kata Laluan)- Kata laluan yang sama dimasukkan sekali lagi.
    4. E-Mail (Email anda) Contoh: [email protected]
    5. TAC (Nombor Tac)

Nota penting: Pastikan anda klik “Request For TAC”. Selepas itu nombor TAC akan dikirim ke telefon bimbit anda. Masukkan nombor TAC 6 digit tersebut ke ruangan “TAC”.

Selesai mengisi maklumat 1 hingga 5, sila klik butang “Next”.

  1. Dalam paparan ini, anda diminta untuk memasukkan gambar bagi tujuan keselamatan. Kemudian anda perlu menjawab 3 soalan. Pastikan anda menjawab kesemua soalan dan simpan butir-butir jawapan anda untuk tujuan rujukan pada masa akan datang. Setelah pemilihan gambar dan menjawab kesemua soalan, sila klik butang “Done”.

  1. Kemudian, anda akan di bawa ke paparan seperti berikut. “Successful” bermaksud anda telah berjaya membuat akaun maybank2u. Sekarang anda boleh login ke akaun maybank2u anda dengan menggunakan “Username” dan “Password” yang telah anda masukkan dalam langkah 4 diatas.

Cara login Ke Akaun Maybank2u

Setelah selesai proses membuat akaun maybank2u anda. Anda perlulah “pandu uji” akaun anda terlebih dahulu.

  1. Untuk masuk ke akaun maybank2u, anda perlu ke laman web maybank2u.com.my terlebih dahulu. Kemudian klik menu “Login”.

2. Masukkan “Username” anda.

  1. Apabila anda dibawa ke paparan berikut, pastikan gambar yang terpapar serta “phrase” adalah betul (gambar dan “phrase” yang dipaparkan adalah sama seperti yang telah anda pilih semasa proses pendaftaran maybank2u tadi).

  1. Apabila akan dibawa ke paparan berikut, anda kini telah berjaya masuk ke dalam akaun maybank2u. Kini anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.

Sebagai peringatan penting. Anda haruslah menyimpan atau merekodkan semua maklumat seperti kata pengguna, kata laluan, gambar, nombor dan soalan keselamatan serta email yang anda gunakan semasa proses pendaftaran. Ini bagi memudahkan anda membuat rujukan kemungkinan anda terlupa segala maklumat mengenai perbankan online anda pada masa akan datang. Anda dinasihatkan supaya tidak mendedahkan segala maklumat ini kepada pihak luar bagi mengelakkan daripada akaun maybank2u anda dicerobohi.

Jika anda menghadapi masalah semasa dalam proses mendaftar akaun maybank2u. Langkah terakhir adalah dengan menghubungi maybank careline pada talian berikut: Customer Care Hotline: 1-300 88 6688 (Malaysia)+603-7844 3696 (Overseas) dan ajukan masalah anda. Mereka pasti berusaha untuk membantu mengatasi masalah anda.

Bacaan tambahan: Aktifkan Debit Kad Maybank anda untuk transaksi luar negara ataupun transaksi online. Penting bagi anda yang merancang untuk melancong ke luar negara agar kad anda boleh digunakan disana.

60 thoughts on “Mb2u Login: Tutorial Cara Buat Maybank2u Secara Online 2019”

  1. Assalamualaikum ? Macam mna kalau kita tukar kad baru ? Ada jejas apa2 tak ? Sebab masa awal register tu kita kena masukkan nombor yg ada dekat kad ( nombor 12 digit ) & setiap kad mesti berlainan nombornya .

    1. Tidak ada jejas apa-apa tuan, walaupun tuan tukar kad baru. Maybank2u online saya dah buka sejak tahun 2008, sampai sekarang dah beberapa kali tukar kad.

    1. Kes macam ini saya tak pasti pula…tapi untuk kepastian, anda boleh bertanya pihak bank melalui talian ini 1-300 88 6688 (Malaysia) +603-7844 3696 (Overseas) Email: [email protected]. Terima kasih.

    1. Kalau tak ingat, cara paling senang buat akaun maybank2u baru. lepas tu pastikan anda rekod segala id login, password, 3 soalan tu dan jawapannya bagi mengelakkan masalah sama pada masa akan datang.

  2. saya register dulu, belum pergi ke mesin atm. that’s why saya tak boleh transfer duit menggunakan online banking ke?

    1. Kena register dan daftar no telefon juga, sebab nombor telefon digunakan untuk anda menerima tac no dari maybank. tac no digunakan sebagai pengesahan untuk membuat apa-apa transaksi maybank online.

    2. ya, kena daftar no telefon dekat atm maybank juga. No telefon perlu didaftarkan untuk dapatkan tac no. Jika anda buat pemindahan atau transaksi melalui maybank online, tac no 6 digit akan dihantar ke telefon bimbit dan nombor tu anda gunakan untuk dimasukkan ke ruangan tac no dalam akaun maybank2u anda sebagai pengesahan terakhir sebelum membuat apa-apa transaksi.

      1. saya pun register dulu tak pegi ke atm then disebabkan ni lah saya tak boleh buat online banking. tp saya dah daftar no phone kat atm then try login still tak boleh. so macam mana ye?

        1. Saya cadangkan saudari pergi sahaja ke cawangan dan minta mereka tolong uruskan. Mungkin disebabkan oleh lama tak update.

      1. ini saya tak pasti pula..mungkin anda perlu menghubungi talian careline maybank dan cuba ajukan masalah tentang perkara ini. maybank careline: 1-800 38 8833

  3. Mcm mane ye nk login sy bru register maybank2u tp bile nk login dh x ingat id password bile sy wt blik smula dh x mau juge..knp ehh fenin dh

      1. Boleh tuan terangkan secara terperinci apa yang tak boleh? di mana masalah tu? step mana? Bagaimana jika anda menghubungi khidmat pelanggan maybank2u ? mungkin mereka boleh guide anda melalui talian telefon.

    1. Biasanya kena kemaskini di atm maybank yang terdekat. Kalau tak boleh juga, boleh pergi mana-mana cawangan maybank terdekat, kemudian minta bantuan staff bank untuk kemaskini nombor telefon anda.

    1. kalu tak silap saya, boleh buat dua benda:

    2. Pergi dekat bank dan update, atau;
    3. Pergi dekat atam, guna kad bank dan pilih option untuk update no telefon
  4. Salam sejahtera, boleh saya tanya kalau nak buat akaun maybank2u tu dia minta no kad atm/debit kad kan. No kad atm/debit kad tu yg mana satu ye ? No akaun bank atau no yg terdapat pada kad debit ?

  5. salam tuan, sy nk tnye skit, sy bru frst time nk buat mybank2u nie, tp bila sy nk update no fone sy di atm je kenapa x blh,.? sy dah ikut contoh yg di beri 2, bila sy masuk kan no fone sy, dia suruh sy pergicwangan berdekatan, knapa sy tak blh update kt atm je.?? blh tuan trngkan masalah yg sy alami nie.? terimaksih….

    1. Cadangan saya, anda boleh menghubungi customer servis maybank untuk selesaikan masalah tuan. Anda boleh hubungi pihak maybank di talian ini: 03-7844 3696 atau terus ke atm berdekatan. Mungkin ada masalah kad atm anda atau lain-lain.

  6. Nk tanya.. adekah kad kena aktifkan dulu di bank untuk digunakan secara online.. contoh untuk tempah tiket flight atau hotel, atau just kene register no fon di atm sahaja then terus log in m2u? Tq

    1. Untuk kad (kad debit) kalau nak guna untuk tujuan transaksi online dengan syarikat dalam Malaysia boleh guna terus - seperti guna kad kredit. Kalau nak guna maybank2u untuk tujuan transaksi (transfer dari akaun) kena daftar dahulu no fon, supaya boleh terima no TAC.

Leave a Reply