Dewasa kini, kaedah perbankan semakin bertambah maju. Kini hampir setiap bank menyediakan perkhidmatan perbankan online.
Salah satu platform perbankan yang menyediakan pelbagai kemudahan dalam talian atau online dan yang paling popular di Malaysia ialah Malayan Banking (MAYBANK).
Maybank menyediakan sistem perbankan online yang dinamakan maybank2u.
Mengapa perbankan online semakin popular ?
Dengan menggunakan kaedah ini anda akan menjimatkan masa anda untuk pelbagai transaksi seperti pembayaran bil-bil, hutang sewa beli kereta perumahan atau sebagainya, pengiriman wang dalam dan luar negeri dan banyak lagi.
Tips: Jika anda bercadang menggunakan kad debit maybank (VISA) untuk transaksi luar negara ataupun transaksi online dengan syarikat luar negara, anda perlu aktifkan debit kad maybank anda terlebih dahulu.
Anda hanya perlukan komputer riba, telefon pintar dan seterusnya sambungan internet.
Untuk perbankan dalam talian Maybank, anda hanya perlu ke mb2u login, masukkan kata pengguna atau username dan kata laluan (password) anda dan terus melakukan pelbagai transaksi.
Yang pasti, transaksi perbankan secara dalam talian boleh dilakukan pada bila-bila sahaja dan dimana sahaja tidak kira siang atau malam.
Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang ingin mendaftar maybank2u online tetapi tidak tahu akan cara untuk mengaktifkan akaun maybank2u ?
Disini saya ingin memberikan panduan atau tutorial akan cara membuat akaun maybank2u dalam talian dengan langkah demi langkah.
Daftar Nombor Telefon untuk TAC Maybank2u
Sebelum anda membuka laman web maybank2u.com.my bagi tujuan pendaftaran online.
Terlebih dahulu anda mestilah mendaftarkan nombor telefon bimbit anda pada mesin ATM Maybank yang berdekatan.
Dalam proses pendaftaran menggunakan laman web Maybank nanti, nombor TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda.
Cara mendaftar telefon bimbit adalah seperti berikut:
Langkah 1
Pergi ke mana-mana cawangan maybank yang berdekatan. Pastikan bank tersebut menyediakan perkhidmatan penggunaan mesin ATM. Kemudian, masukkan kad ATM Maybank anda. Pilih bahasa (Bahasa Malaysia).
Langkah 2
Masukkan nombor pin 6 digit ATM Maybank anda.
Langkah 3
Apabila paparan “Menu Utama” ditayangkan, sila pilih “Maybank2u/Phone Banking/ATM Sms Alerts”.
Langkah 4
Pilih menu “Kemaskini Tel. Bimbit M2u Tac.
Langkah 5
Masukkan nombor telefon anda.
Pastikan nombor telefon yang didaftarkan disemak dan betul.
Jika anda pasti, maka tekan tombol “YA”.
Kini, urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda sudah selesai.
Cara buat Akaun Maybank2u Secara Dalam Talian
Langkah 1
Untuk mengaktifkan atau membuat akaun maybank2u onlinanda perlu ke website maybank2u.com.my terlebih dahulu.
- Sila klik sini untuk ke website maybank2u online.
- Sila rujuk gambar dibawah untuk penerangan atau paparan yang lebih jelas.
- Sila ke menu “Register Now”seperti dalam bulatan.
Langkah 2
Seterusnya anda akan dibawa ke paparan berikut:
Langkah 3
Pada tahap ini anda perlu:
- Masukkan nombor kad atm/debit anda. Kad ini mempunyai 16 nombor. Masukkan 16 angka tadi secara berterusan (sila rujuk paparan dibawah).
- Masukkan nombor pin 6 angka (nombor pin adalah sama dengan nombor pin kad ATM/Debit anda ).
Langkah 4
Kemudian anda akan dibawa ke paparan seperti berikut. Dalam paparan ini, anda diminta untuk memasukkan:
- Username: (Nama Pengguna) Contoh – gagakhitam88
- Password: Perlu mempuyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, Nombor dan simbol. Contoh: Abu143@!0 (sekurang-kurangnya 8 aksara)
- Confirm Password: Masukkan sekali lagi password yang sama ( Contoh: Abu142@!0 )
- E-Mail: (Email anda) Contoh: [email protected]
- TAC: Nombor Tac
Penting: Sila klik “Request For TAC”. Selepas itu nombor TAC akan dikirim ke mesej telefon bimbit anda. Masukkan nombor TAC 6 digit tersebut ke ruangan “TAC”.
Selesai mengisi maklumat diatas, sila klik butang “Next”.
Langkah 5
Dalam paparan ini, anda diminta untuk:
- Image: Memasukkan gambar bagi tujuan keselamatan.
- Security phrase: Perkataan bagi tujuan keselamatan-Apa sahaja perkataan contoh: Saya Hensem.
- Memorable Question: Kemudian anda perlu memilih 3 soalan dan menjawab soalan tersebut. Pastikan anda menjawab kesemua soalan dan simpan butir-butir jawapan anda untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.
Langkah 6
Setelah pemilihan gambar,security phrase dan menjawab kesemua soalan, sila klik butang “Done”.
Langkah 7
Kemudian, anda akan di bawa ke paparan seperti berikut. “Successful” bermaksud anda telah berjaya membuat akaun maybank2u.
Langkah 8
Sekarang anda boleh login ke akaun maybank2u anda dengan menggunakan “Username” dan “Password” yang telah anda masukkan dalam langkah 4 diatas.
Cara login Ke Akaun Maybank2u
Setelah selesai proses membuat akaun maybank2u anda. Anda perlulah “pandu uji” akaun anda.
Langkah 1
Sila ke laman web maybank2u.com.my.
Langkah 2
Kemudian klik menu “Login”.
Langkah 3
Masukkan “Username” anda.
Langkah 4
Apabila anda dibawa ke paparan berikut, pastikan gambar yang terpapar serta “phrase” adalah betul (gambar dan “phrase” yang dipaparkan adalah sama seperti yang telah anda pilih semasa proses pendaftaran maybank2u tadi).
Langkah 5
Apabila akan dibawa ke paparan berikut, anda kini telah berjaya masuk ke dalam akaun maybank2u. Kini anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.
Penting: Anda haruslah menyimpan atau merekodkan semua maklumat seperti kata pengguna, kata laluan, gambar, nombor dan soalan keselamatan serta email yang anda gunakan semasa proses pendaftaran untuk rujukan pada masa akan datang.
Anda dinasihatkan supaya tidak mendedahkan segala maklumat ini kepada pihak luar bagi mengelakkan daripada akaun maybank2u anda dicerobohi.
Jika anda menghadapi masalah semasa dalam proses mendaftar akaun maybank2u, langkah terakhir adalah dengan menghubungi maybank careline pada talian berikut: Customer Care Hotline: 1-300 88 6688 (Malaysia)+603-7844 3696 (Overseas) dan ajukan masalah anda.
Mereka pasti berusaha untuk membantu mengatasi masalah anda.
Bacaan tambahan: Aktifkan Debit Kad Maybank anda untuk transaksi luar negara ataupun transaksi online. Penting bagi anda yang merancang untuk melancong ke luar negara agar kad anda boleh digunakan disana.
Hello.. Saya buat tidak dapat register baru ya tapi card/Access Number and pin itu macam mana?
salam bro..nak tanya no debit 12 angka tu yang mana..kad debit saya ada 16 angka..tolong jawab ye..saya naif..terima kasih
Maaf tuan, sepatutnya nombor kad debit tu ada 16 angka. Saya dah buat pembetulan. Terima kasih atas pertanyaan tuan!
tengah buatkan m2u ayah saya, tapi one time password sent dekat nombor yang salah. padahal baru je update nombor phone dia. pening la
Saya nak tanya, akaun maybank saya dh lama x aktif, masih boleh ke utk buat maybnk2U ni.. Atau pun sayakena aktifkan dylu akaun saya tu… Adalah dlm setahun dh x aktif…
Anda perlu pastikan bank maybank anda masih aktif atau tidak. Atau anda boleh cuba login dahulu.
Kad bank sy hilang bersama no tel yg tlh sy daftarkn d mb2u..bolehkah sy menukar no tel TAC sy secara online menggunakan telefon bimbit sy..dan forgot password Maybank2u sy
Kena tukar no telefon kat atm maybank sahaja.
terima kasih kerana mengemaskini tutorial ini
Umur berape bole buat Maybank2u..ank sy masih belajar lg
18 tahun dan keatas…terima kasih
Nak tanya.. macam mana nak tukar email baru untuk maybank2u ni ye.. boleh buat online ke atau pergi ke mesin atm. Terima kasih
Anda boleh menukarnya secara dalam talian@ online sahaja, login di akaun maybank2u anda.
Hello..mcm mna nak buat balik tue ya yang masukkan gambar,Security phrase,memorable question semua tue,sbp hari tue sy tak sempat nak buat smpi tue sbp line tiba2 ganggu dan tak selesai proses
Anda kena mulai proses pendaftaran dari awal, pastikan line ok terlebih dahulu..tq
Salam, nak tanya kenape lepas saya update nombor baru dekat atm keluar nombor hp saya tidak sah? Saya dah masok kan nombor yg betol
Sorry nak tanya, bila dah daftar semua kat atm tu ada dikenakan bayaran ke?
Tiada bayaran tuan. Terima Kasih
Saya dah login ke maybank2u,tapi kenapa saya xboleh nak transfer duit dekat akaun lain
Dekat mana sangkut?
Nk tanya.. adekah kad kena aktifkan dulu di bank untuk digunakan secara online.. contoh untuk tempah tiket flight atau hotel, atau just kene register no fon di atm sahaja then terus log in m2u? Tq
Untuk kad (kad debit) kalau nak guna untuk tujuan transaksi online dengan syarikat dalam Malaysia boleh guna terus – seperti guna kad kredit. Kalau nak guna maybank2u untuk tujuan transaksi (transfer dari akaun) kena daftar dahulu no fon, supaya boleh terima no TAC.
Tac num memang kene daftr kat mesin atm shj ke cik?xblh on call la ye
Memang kena ambil daripada mesin atm…
Salam. Macam mana nak daftar ye sebab saya baru je tukar nombor telefon dan email?
kena daftar no telefon kat atm maybank berdekatan terlebih dahuu
setau saya pada step No.4 sebelum Kemaskini Tel. Bimbit M2u Tac, kene buat dulu PIN LALUAN MAYBANK2U.. kalo tak Kemaskini Tel Bimbit takleh buat..
Tq… dengan Tutorial ni berjaya juga sy daftar maybank2u online untuk suami.
Boleh tak tukar no telefon melalui online je
Setakat yang admin tahu, kena tukar ke atm Maybank berdekatan.
Macam mana nk membuat kad bank yg kena curi, and bagaimana untuk memohon yg bawah umur?
Untuk pertanyaan ini, ada baiknya anda dapatkan penjelasan ke cawangan maybank yang berdekatan
salam tuan, sy nk tnye skit, sy bru frst time nk buat mybank2u nie, tp bila sy nk update no fone sy di atm je kenapa x blh,.? sy dah ikut contoh yg di beri 2, bila sy masuk kan no fone sy, dia suruh sy pergicwangan berdekatan, knapa sy tak blh update kt atm je.?? blh tuan trngkan masalah yg sy alami nie.? terimaksih….
Cadangan saya, anda boleh menghubungi customer servis maybank untuk selesaikan masalah tuan. Anda boleh hubungi pihak maybank di talian ini: 03-7844 3696 atau terus ke atm berdekatan. Mungkin ada masalah kad atm anda atau lain-lain.
Nak daftar Kene pegi kaunder ke it atm je?
dekat atm saja untuk dapatkan pin no. tq
Salam sejahtera, boleh saya tanya kalau nak buat akaun maybank2u tu dia minta no kad atm/debit kad kan. No kad atm/debit kad tu yg mana satu ye ? No akaun bank atau no yg terdapat pada kad debit ?
nombor 16 digit yang terdapat pada atm tu.
Macam mana nak daftar no telefon utk TAC utk first time?
kene daftar kat cawangan ke boleh guna atm je?
kena pergi ke atm maybank sahaja. tak perlu ke cawangan.
Salam..nk tya..kad bank hilg bersama2 ic..xdpt buat kad bank slgi ic xsiap..boleh dftar maybank2u x sblom dpt kad bank? Tq
tak dapat tuan…kena ada kad bank dahulu, sebab nombor kad bank akan diminta.
Saya dh register m2u semua dah settle, tapi saya hanya boleh check balance account je. Tak boleh transfer knp ea??
cuba tuan ke bahagian Account & Banking->Transfer-> kemudian pilih jenis transfer di sana..
awak umur berapa sbb saya pun ad masalah yg sama
Bagus informasi ini
Saya dah register then TAC NO send kat no lama macam mana ye ? No lama saya tak guna lagi
kalu tak silap saya, boleh buat dua benda:
Mcm mna no fon dah lma tak guna
kena pergi ke cawangan bang berdekatan untuk kemas kini nombor terbaru
Sy dah cuba buat tpi x blh jgk kemaskini tpn 2.. Dye suruh g cayang mybank yg tdkt
Biasanya kena kemaskini di atm maybank yang terdekat. Kalau tak boleh juga, boleh pergi mana-mana cawangan maybank terdekat, kemudian minta bantuan staff bank untuk kemaskini nombor telefon anda.
Klau kad bank ATM hilang bagaimana hendak menukar no TAC d mesin ATM Maybank..dan no tel pun telah d tukar..xsme dgn no tel yg sy daftarkn d Maybank2u dlu
anda boleh sahaja menukar no telefon anda kat atm. Masukkan kad, kemudian lihat menu untuk memasukkan no telefon baru.
Mcm mane ye nk login sy bru register maybank2u tp bile nk login dh x ingat id password bile sy wt blik smula dh x mau juge..knp ehh fenin dh
Dah cuba tekan icon “forgot password” ke ?
Ahh.. Sya pon sma dh register maybank2u..bila nk login xbley..knpe iyee
Boleh tuan terangkan secara terperinci apa yang tak boleh? di mana masalah tu? step mana? Bagaimana jika anda menghubungi khidmat pelanggan maybank2u ? mungkin mereka boleh guide anda melalui talian telefon.
ada apa2 caj tak sekiranya kita lakukan dalam online untuk register.sbb saya ada dengar kalau buat di bank akan di caj
Tak ada caj dikenakan tuan..Maybank2u tu untuk memudahkan anda untuk apa-apa trasaksi online seperti pembelian, pidahan wang dan sebagainya. Namun, syarat untuk mendaftar maybank2u, anda perlu ada Akaun Maybank terlebih dahulu. Terima kasih.
sekarang blh ke nk tukar no fon kat mesin atm
Boleh saja..tak ada masalah, memang kena tukar no telefon dekat atm jika kita telah menggunakan nombor telefon yang baru.
Selamat petang nak tanya kalau kita ada buku sahaja boleh ke kita buat m2u???
boleh tuan, asalkan ada akaun maybank.
saya register dulu, belum pergi ke mesin atm. that’s why saya tak boleh transfer duit menggunakan online banking ke?
Kena register dan daftar no telefon juga, sebab nombor telefon digunakan untuk anda menerima tac no dari maybank. tac no digunakan sebagai pengesahan untuk membuat apa-apa transaksi maybank online.
ya, kena daftar no telefon dekat atm maybank juga. No telefon perlu didaftarkan untuk dapatkan tac no. Jika anda buat pemindahan atau transaksi melalui maybank online, tac no 6 digit akan dihantar ke telefon bimbit dan nombor tu anda gunakan untuk dimasukkan ke ruangan tac no dalam akaun maybank2u anda sebagai pengesahan terakhir sebelum membuat apa-apa transaksi.
salam, boleh ke daftar no telefon utk TAC di atm sahaja tanpa pergi cawangan?
hanya pergi kat mesin atm maybank untuk daftarkan no telefon…
saya pun register dulu tak pegi ke atm then disebabkan ni lah saya tak boleh buat online banking. tp saya dah daftar no phone kat atm then try login still tak boleh. so macam mana ye?
Saya cadangkan saudari pergi sahaja ke cawangan dan minta mereka tolong uruskan. Mungkin disebabkan oleh lama tak update.
Awak umur berapa sbb sy pun mengalami masalah yg sama
ini saya tak pasti pula..mungkin anda perlu menghubungi talian careline maybank dan cuba ajukan masalah tentang perkara ini. maybank careline: 1-800 38 8833
Salam mcmana nk aktifkan blk maybank2u sbb da lama xpkai da xingat pasword
Kalau tak ingat, cara paling senang buat akaun maybank2u baru. lepas tu pastikan anda rekod segala id login, password, 3 soalan tu dan jawapannya bagi mengelakkan masalah sama pada masa akan datang.
Assalamualaikum. Kalau Kita ada current akaun mcm mn nk buat maybank2u. Saya punye current xde kad debit
Kes macam ini saya tak pasti pula…tapi untuk kepastian, anda boleh bertanya pihak bank melalui talian ini 1-300 88 6688 (Malaysia) +603-7844 3696 (Overseas) Email: [email protected]. Terima kasih.
Assalamualaikum ? Macam mna kalau kita tukar kad baru ? Ada jejas apa2 tak ? Sebab masa awal register tu kita kena masukkan nombor yg ada dekat kad ( nombor 12 digit ) & setiap kad mesti berlainan nombornya .
Tidak ada jejas apa-apa tuan, walaupun tuan tukar kad baru. Maybank2u online saya dah buka sejak tahun 2008, sampai sekarang dah beberapa kali tukar kad.
No dekat kad bukan 16digit..?