Senarai perfume lelaki terbaik dan paling popular terkini!
Mahu beli minyak wangi untuk kesayangan anda?
Untuk kawan lelaki anda?
Ayah, abang, adik dan mungkin BOSS anda?
Atau mungkin anda mahu beli minyak wangi yang terbaik untuk diri sendiri?
Sini kami kongsikan perfume khas untuk lelaki yang paling popular setakat ini.
Senarai ini terhasil daripada kajian terperinci terhadap minyak wangi lelaki yang ada di pasaran.
Berikut merupakan ringkasan senarainya:
Teruskan membaca untuk info lebih lanjut.
Panduan Mengenal Jenis Minyak wangi
Berikut beberapa info ringkas agar kita lebih arif dalam pemilihan minyak wangi ini.
(boleh baca jika berminat, atau skip ke bahagian senarai)
Rujuk gambar diatas. Setiap kali memilih minyak wangi jangan lupa baca label kepekatannya.
- Parfum. Kepekatan 20% – 30%, tahan 6-8 jam.
- Eau de Parfum, EDP. Kepekatan 15% – 20%, tahan 4-5 jam.
- Eau de Toilette, EDT. Kepekatan 5% – 15%, tahan 2-3 jam.
- Eau de Colone, EDC. Kepekatan 2% – 4%, tahan sehingga 2 jam.
- Eau Fraiche. Kepekatan 1% – 3%, tahan sehingga 2 jam.
Top, Middle dan Base notes
Kebanyakkan minyak wangi pada masa kini diperbuat daripada campuran 3 kategori wangian yang iaitu:
- Top notes yang juga dikenali sebagai head
- Middle notes yang juga dikenali sebagai heart
- Base notes
Apakah maksud atau perbezaan 3 kategori ini?
Top, middle dan base note adalah klasifikasi berapa cepat aroma wangi itu meruap, bertahan dan kemudian menghilang.
Apabila kita menggunakan minyak wangi, Top notes adalah wangian yang paling cepat keluar dan hanya bertahan selama 5 hingga 15 minit.
Wangian top notes ini selalunya memberikan kita impresi awal dan tanggapan terhadap sesuatu minyak wangi.
Selepas top notes hilang, ia akan digantikan dengan middle notes. Aroma middle note ini akan bertahan selama 20 – 60 minit.
Dan ahkir sekali barulah base notes akan muncul dan aroma ini akan bertahan sehingga 6 jam.
Apabila kita sedang memilih atau membaca tentang sesuatu jenis minyak wangi, selain daripada mengetahui sama ada minyak wangi tersebut jenis parfum, EDP, EDC dan sebagainya, pengetahuan tentang top, middle dan base note juga boleh memberikan kita gambaran awal tentang wangian minyak wangi tersebut.
Roda Haruman
Untuk pengetahuan bersama juga, minyak wangi diberikan kumpulan, kategori atau keluarga berpandukan persamaanya.
Dan Roda haruman adalah carta yang digunakan untuk memberikan gambaran setiap keluarga tersebut.
Dalam roda haruman, terdapat 4 keluarga besar iaitu bunga, oriental, kayu dan segar dan dalam setiap keluarga tersebut boleh dipecahkan lagi kepada beberapa pecahan anak keluarga.
Selanjutnya, mari kita lihat senarai minyak wangi paling popular pada masa kini.
Senarai Minyak Wangi Lelaki Popular Terkini
Semoga senarai ini dapat membantu anda membuat pilihan terbaik.
1 Gentleman Eau de Parfum Givenchy
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Minyak wangi ini memberikan haruman yang kuat dan menawan untuk lelaki. Harumannya bermula dengan wangian lada hitam yang segar dan pedas, dicampur dengan kelembutan lavender. Kemudiannya ia menjadi hangat dengan bauan balsam peru, mencipta suasana yang selesa. Bauan iris tampil memberi keseimbangan kemudian diakhiri dengan haruman patchouli dan vanila memberikan kesan berpanjangan, menggoda dan oriental.
Minyak wangi ini mengambarkan keanggunan dan kelainan pada lelaki moden. Wangiannya melekat pada kulit membuatkan anda berasa yakin sepanjang hari. Pendek kata ia adalah wangian yang segar, hangat, halus dan ‘dalam’ pada masa yang sama.
Ciri-ciri wangian:
- Roda wangian/haruman: Oriental
- Top Notes: Black pepper
- Heart Notes: Lavender, iris, floral notes
- Base Notes: Patchouli, tolu balsam, vanilla
2 Tom Ford Noir
Semak harga dalam pilihan dibawah:
LIHAT DI SHOPEE
Tom Ford Noir adalah wangian yang menimbulkan sensualiti maskulin pada lelaki. Memberikan aura misteri dan kehebatan. Ia bermula dengan bauan pedas dari lada hitam, dilembutkan oleh bunga violet. Apabila haruman mula berkembang, akan terasa aroma hangat dan selesa daripada vanila dan gaharu, memberikan kesan kayu yang dalam.
Wangian ini seperti irama yang teratur, dengan setiap nota memainkan peranan mecipta aroma yang harmoni.
Ia adalah wangian yang elegan dan sensual yang memberikan anda rasa yakin dan menarik.
Ciri-ciri wangian:
- Roda wangian/haruman: Oriental Spicy
- Top Notes: Bergamot, verbena, caraway, pink pepper, violet
- Heart Notes: Black pepper, nutmeg, Tuscan iris, geranium, Bulgarian rose, clary sage
- Base Notes: Opoponax, amber, Indonesian patchouli leaf, vetiver, civet, vanilla
3 Azzaro Wanted by Night
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Azzaro Wanted by Night memberi gambaran seperti pengembaraan pada waktu malam yang mengasyikkan. Ia bermula dengan campuran aromatik hangat kayu manis dan oren mandarin, mencipta kombinasi manis pedas yang menarik. Kemudian, wangian dari jintan putih, kemenyan dan cedar masuk, menjadikan aroma lebih dalam dan kompleks. Suasana menjadi kering bila nota asas daripada kayu cedar, tembakau dan cypress mula masuk. Campuran ini memberikan aspek kayu, memperkayakan aroma, sedikit manis dan berasap yang kemudiannya diseimbangkan dengan kelembutan cypress dengan kesegaran hijau sedikit pedas.
Secara keseluruhannya, minyak wangi ini adalah hangat, manis, pedas dan kayu berserta dengan esen buah-buahan dan sintetik menjadikan pemakaian yang sesuai pada waktu lewat petang, malam dan musim sejuk.
Ciri-ciri wangian:
- Roda wangian/haruman: Woody Oriental
- Top Notes: Cinnamon, mandarin orange, lavender, lemon
- Heart Notes: Fruity notes, incense, red cedar, cumin
- Base Notes: Tobacco, vanilla, cedar, leather, benzoin, Iso E Super, cypress, patchouli
4 Acqua di Parma Colonia Essenza
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Acqua di Parma Colonia Essenza adalah wangian yang melambangkan keanggunan dan kehalusan Itali. Ia bermula dengan letusan aroma sitrus seperti lemon, bergamot, limau gedang dan oren mandarin, mencipta aroma semangat dan menghidupkan suasana. Ia kemudiannya disempurnakan oleh wangian petitgrain yang sedikit manis dan masam. Apabila wangian mula berkembang, unsur aromatik dan bunga masuk – Rosemary yang segar herba, cengkih memberikan kehangatan rempah lembut. Jasmine, lily dan rose memberikan wangian kompleks bunga lembut. Nota asasnya, white musk, patchouli dan amber memberikan rasa bersih, selesa, hangat, kayu dan sedikit berasap.
Secara keseluruhannya, minyak wangi ini adalah wangian lelaki yang segar dan disokong oleh wangian asas yang selesa dan beraroma tanah. Seperti angin di Itali yang menyegarkan dan mengangkat semangat anda, meninggalkan kesan yang berpanjangan.
Ciri-ciri wangian:
- Roda wangian/haruman: Citrus Aromatic
- Top Notes: Lemon, orange, bergamot, grapefruit, mandarin, petitgrain
- Heart Notes: Rosemary, rose, jasmine, lily of the valley, clove
- Base Notes: Patchouli, white musk, amber
5 Bvlgari Aqva Pour Homme Atlantiqve
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Bvlgari Aqva Pour Homme Atlantiqve digambarkan sebagai terjunan ke laut biru yang menyegarkan. Ia bermula dengan letusan aroma air segar, disempurnakan oleh aroma semangat daripada bergamot calabria dan lemon sicily. Ini mecipta pusingan sitrus yang masam dan segar, seperti mebawa anda ke tepi lautan. Dengan wangian yang sudah mula menetap pada kulit, aroma ambergris yang halus dan sedikit manis tampil, memberi rasa hangat, seperti lautan dalam. Ia memberikan gambaran ombak yang disinari cahaya matahari menghempas pantai. Apabila mula kering, 3 aroma bumi muncul – aroma krim dan kayu oleh kayu sandal, sedikit bauan balmy dari benzoin, dan aroma berasap, manis, daripada patchouli. Aroma asas ini manjadikan wangian menjadi bulat dan sempurna.
Pada asasnya, minyak wangi ini menggambarkan intipati lautan yang indah – Segar, luas dan maskulin lelaki yang tidak dapat disangkal.
Ciri-ciri wangian:
- Roda wangian/haruman: Aquatic Woody
- Top Notes: Calabrian bergamot, Sicilian lemon, water notes
- Heart Notes: Sea amber, apple, vetiver
- Base Notes: Sandalwood, patchouli, benzoin, vetiver, sea notes, ambergris
6 Christian Dior Eau Sauvage Extreme
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Christian Dior Eau Sauvage Extreme adalah wangian yang mengambarkan perjalanan ke alam yang penuh kesegaran. Ia bermula dengan aroma lavender dan rosemary mencipta bauan segar herba. Dan bila wangian mula berkembang,nota genista, tumbuhan dengan bau manis seperti jerami, menambah sentuhan unik pada wangian. Nota asas yang mana terdiri daripada kayu cedar dan cistus, memberikan nada hangat dan kayu.
Secara keseluruhan, minyak wangi ini membawakan aroma kesegaran yang diperkayakan dengan bauan kayu untuk watak kontemporari yang berani dan maskulin. Wangian yang segar, kuat dan dalam.
Ciri-ciri wangian:
- Roda wangian/haruman: Citrus Aromatic
- Top Notes: Lavender, rosemary
- Heart Notes: Genista
- Base Notes: Cedarwood, cistus
7 Guelain Eau de Cologne Imperiale
Guelain Eau de Cologne Imperiale adalah wangian klasik yang berasal dari pertengahan abad ke-19 yang tidak pernah luput kepopularannya. Ia jenis universal, tetapi lebih menarik pada golongan lelaki. Ia membawa aroma segar, bersemangat yang mana di dominasi oleh aroma sitrus dan kehijauan. Harumannya dimulakan dengan letusan sitrus yang masam, lemon, bergamot dan neroli, mencipta suasana segar dan bersemangat. Wangiannya kemudian disempurnakan dengan bauan segar hijau yang menyenangkan.
Secara keseluruhannya, wangian ini ringan dan tiada persembunyian. Seperti angin yang sejuk pada hari yang panas, membuatkan anda berasa segar dan bersemangat. Segar, sitrus dan hijau pada masa yang sama.
Ciri-ciri wangian:
- Roda wangian/haruman: Citrus Aromatic
- Top Notes: Lemon, bergamot, neroli, orange
- eart Notes: Verbena, lavender, cedar, tonka bean
8 Thierry Mugler Cologne Come Together
Thierry Mugler Cologne Come Together adalah wangian yang digambarkan sebagai hembusan udara segar. Ia bermula dengan bauan hijau yang rangup daripada petitgrain, mencipta kombinasi segar dan herba. Ia kemudian disempurnakan dengan bauan musk putih yang lembut dan bersih, memberikan wangian sensual. Kombinasi dua nota ini mencipta aroma yang intim dan tidak dapat dilupakan. Seperti angin sejuk pada hari yang panas membuatkan anda berasa segar dan teruja.
Secara keseluruhannya, minyak wangi ini membawakan wangian segar, hijau dan aroma musk pada masa yang sama.
Ciri-ciri wangian:
- Roda wangian/haruman: Citrus Aromatic
- Top Notes: Petitgrain
- Heart Notes: White musk
9 Hermès Terre D’Hermès
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Hermès Terre D’Hermès menceritakan hubungan antara manusia dengan muka bumi dengan dialognya yang ‘down to earth’, yang harmoni dengan alam semulajadi dan unsur-unsurnya. Ia membawakan wangian buah pedas kekayuan, yang menampilkan nota atas buah-buahan seperti oren dan limau gedang, nota tengah lada menambah pedas kepada wangian dan nota bawah kayu seperti cedar, patchouli dan vetiver memberikan nada hangat dan tanah.
Ia seperti anda berjalan melalui hutan dengan aroma sitrus segar dari pokok buah-buahan, aroma pedas dari tumbuh-tumbuhan dan aroma kayu yang dalam daripada pokok-pokok besar.
Ciri-ciri wangian:
- Roda wangian/haruman: Woody Spicy
- Top Notes: Orange, grapefruit
- Heart Notes: Pepper, pelargonium
- Base Notes: Vetiver, cedar, patchouli, benzoin
10 Prada L’Homme Water Splash
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Prada L’Homme Water Splash adalah wangian hidup dan elegan yang dicipta khas untuk lelaki. Ia dikeluarkan pada tahun 2019, membawa aura segar dan berdebu dengan sedikit sitrus, menjadikan ia pilihan yang sempurna untuk keadaan cuaca yang panas. Wangiannya bermula dengan aroma mandarin yang penuh semangat. Kemudian bauan neroli hadir dengan samar-samar membawa aroma bunga dengan halus. Begitu juga dengan nota halia yang tampil dengan tidak ketahuan, melengkapkan wangian dengan sedikit rasa pedas. Nota sitrus yang bertenaga dan bunga yang lembut kemudian ditenangkan oleh aroma krim dan debu. Nota asas iaitu kayu sandal dan kayu cedar, walaupun tidak begitu kuat, memberi sentuhan kayu yang tajam dan sedikit manis, memberi keseimbangan secara keseluruhan.
Secara keseluruhan, wangian ini adalah wangian sitrus yang segar, sedikit berdebu dan hangat dengan nada kayu.
Ciri-ciri wangian:
- Roda wangian/haruman: Woody Spicy
- Top Notes: Mandarin orange leaf, neroli
- Heart Notes: Ginger
- Base Notes: Sandalwood, cedarwood
11 Armaf Club De Nuit Sillage
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Armaf Club De Nuit Sillage sebenarnya adalah minyak wangi jenis universal tetapi diminati oleh banyak lelaki. Wangiannya seperti anda berjalan melalui kebun yang penuh dengan pokok limau yang berbuah ranum pada waktu pagi. Wangiannya bermula dengan letusan nota sitrus yang kuat, dengan bergamot dan lemon sebagai watak utama. Bau yang cerah dan bersemangat ini disempurnakan oleh aroma blackcurrant dan limau manis, menambah sentuhan buah-buahan dalam profil wangiannya. Kemudian, sedikit halia tampil menambah pedas dan hangat pada nota atas. Aroma daun violet juga tampil memberikan nada bawah hijau dan berbau tanah halus.
Apabila wangian mula berkembang, jambangan bunga masuk. Aroma jasmine dan rose, dengan kombinasi yang harmoni, mencipta kelembutan dan keromantikan. Kehadiran iris memberikan sentuhan berdebu yang elegan pada jambangan bunga tersebut, menjadikan wangian lebih halus dan klasik.
Dan akhirnya, asas kepada minyak wangi ini masuk, musk dan cedar. Menjadikan wangian lebih kaya dan selesa. Nota asas ini memberikan kehangatan dan menstabilkan wangian. Suntikan ambroxan ditambah untuk menyeimbangkan komposisi dengan bau masin dan akuatik. Tidak lupa juga bisikan kayu sandal, menambah lagi kedalaman dan kematangan kayu dan krim pada wangian.
Secara keseluruhan, minyak wangi ini memberikan wangian segar, sitrus, bunga pedas dan kayu pada masa yang sama.
Ciri-ciri wangian:
- Roda wangian/haruman: Citrusy-Fresh
- Top Notes: Bergamot, black currant, lemon, violet leaf, lime, ginger
- Heart Notes: Rose, iris, jasmine
- Base Notes: Ambroxan, musk, sandalwood, cedar
12 Jimmy Choo Man
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Jimmy Choo Man adalah wangian yang melambangkan semangat lelaki moden yang penuh dengan keyakinan. Ia bermula dengan semburan menyegarkan daripada lavender dan mandarin yang dilembutkan dengan nota buah-buahan seperti tembikai susu. Ia mencipta aroma yang cerah, bersemangat, menarik dan menyegarkan. Apabila wangian mula berkembang, kombinasi lada, geranium dan daun nenas memberikan ‘twist’ bunga dan pedas. Dan akhirnya, nota asas masuk. Patchouli, sueded, kayu amber memberikan kehangatan, menambah sentuhan kehalusan dan menstabilkan wangian.
Secara keseluruhan, wangian ini adalah wangian segar, buah-buahan, kayu dengan sedikit rempah. Wangian yang berani dan penuh keyakinan.
Ciri-ciri wangian:
- Roda wangian/haruman: Earthy & Woody
- Top Notes: Lavender, mandarin
- Heart Notes: Pink pepper, geranium, pineapple leaf
- Base Notes: Patchouli, suede, ambery woods
Minyak wangi kegemaran anda tidak ada dalam senarai? Nyatakan dalam ruangan komen dibawah.
Kongsikan pada rakan anda yang ingin membeli minyak wangi atau ingin membeli hadiah minyak wangi.
Bacaan berkaitan:
Saya mencari minyak wangi jenis Polo Club yg lama, sgt sukar mencari minyak tersebut kerana dah byk minyak wangi Polo Club yg terbaru.. Nama je sama, tp jenis & bau sgt berbeza.. Ianya mengingatkan saya pada zaman hujung 90-an..
Bau ori memey padu…harga x tahan…tp bau sejibik dgn bau Dua Beradik Perfume yg terhangat skrg ni. Murah pon murah..jimat sikit..lg tahan bau dr ori…
Baru tau minyak wangi pun ada banyak jenis
Acqua di Gio Profumo tu memang tahan lama. Boleh kata jejak sampai 8 jam kalau disembur pada kulit.
tahan lama x?? dan sedap tak bau dia??