Kulit wajah bersih, menawan, tanpa minyak dengan 15 senarai pencuci muka untuk kulit berminyak terbaru Jun 2020!
Mencari pencuci muka khas untuk kulit muka yang berminyak?
Perlu diketahui, pemilihan pencuci muka sangatlah penting. Jika tersilap memilih, kulit muka anda mungkin lebih berminyak!
Tahukah anda, kulit muka yang terlalu berminyak akan menyebabkan liang roma tersumbat dan akhirnya menyebabkan masalah jerawat!
Oleh itu, adalah penting untuk memilih pencuci muka yang betul dan bukan terpersona dengan tawaran produk tertentu sahaja.
Dan kami cuba untuk berkongsi produk pencuci muka khas untuk kulit berminyak bagi memudahkan panduan anda.
Pencuci muka yang sememangnya telah terbukti dapat mengatasi masalah kulit berminyak dan diyakini oleh kebanyakan pengguna di Malaysia!
Mari kita lihat hasil carian terbaik kami:
1Cetaphil Oily Skin Cleanser
Cetaphil sememangnya jenama yang terkenal di drugstore tempatan. Keberkesanan pencuci muka ini memang tidak dapat dinafikan lagi.
Dicipta khas untuk mengatasi masalah kulit berminyak!
Terbukti secara klinikal dalam menjadikan kulit yang sihat dan cantik serta tidak menyebabkan iritasi.
Cetaphil secara signifikan mengurangkan kadar sebum dalam masa 2 minggu pengunaan secara berkala.
Muka bebas minyak, hasilnya jerawat akan berkurangan!
Beli/Lihat Cetaphil Online:
2HADA LABO AHA Plus BHA
Pembersih muka HADA LABO dirumus khas untuk mengatasi masalah kulit berjerawat dan berminyak.
Merupakan produk yang sangat diyakini dan mendapat maklumbalas positif dari rata-rata pengguna di Asia.
Terdiri daripada 2 agen utama iaitu, Ekstrak Pansy Liar yang bertujuan untuk mengatasi masalah jerawat dan Bentonite Clay untuk menyerap minyak dan menyingkirkan kotoran serta debu halus pada kulit.
Yang pastinya, pencuci muka ini tidak mengandungi pewangi, pewarna, minyak mineral dan alkohol.
Kulit muka bukan sahaja bebas minyak, malah menjadi lembut dan lebih gebu!
Beli/Lihat Hada Labo Online:
3Cosrx Good Morning
Pencuci muka yang agak laris di shopee (lebih daripada 16,000 unit terjual setakat ini).
Khas untuk semua jenis kulit.
Corsx merupakan pencuci muka yang mempunyai nilai pH antara 5.0 hingga 6.0 yang sangat sesuai untuk kulit Asia.
Mengandungi minyak tea tree bertujuan untuk mengawal minyak pada kulit serta mengecutkan saiz liang roma.
Mengandungi BHA, memperbaiki tekstur kulit.
Pencuci muka jenis gel yang akan membersihkan muka tanpa menyebabkan radang pada kulit.
Beli/Lihat Cosrx Low PH Online:
430 Days Miracle SOME BY MI
Pencuci muka dan badan yang mendapat anugerah Grand Prize dalam aspek kepuasan pengguna, produk no 1 dalam pilihan pengguna!
Mencatat pembelian lebih daripada 4k pengguna di shopee dengan rating 5 bintang!
Sememangnya sangat popular di Malaysia dalam mengatasi masalah muka berminyak dan jerawat.
Anda tidak perlu ragu lagi kerana produk ini telah mendapat pengiktirafan di Korea!
Beli/Lihat Cosrx Low PH Online:
5HADA LABO Deep Clean
Merupakan pencuci muka jenis krim yang sememangnya sesuai untuk kulit yang berminyak.
Dirumus khas untuk membersih jauh ke dalam liang kulit, dimana Bentonite Clay yang merupakan mineral clay terbukti merupakan bahan yang sangat efektif sebagai pembersih yang menyerap kotoran dan minyak.
Juga mengandungi Asid Hyaluronic yang mencegah kulit kering dan menjadikan kulit sentiasa lembut!
Beli/Lihat Deep Clean HADA Online:
6Cosrx Salicylic Acid
Disebabkan maklumbalas yang sangat positif terhadap pembersih muka ini, maka ianya disenaraikan antara yang terbaik.
Daripada hasil carian kami, dapat dirumuskan bahawa produk ini memang terbaik untuk mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat.
Pembersih wajah ini bertindak membersihkan secara mendalam jauh ke dalam liang ruma, membersihkan sebum yang menyebabkan jerawat dan menjadikan kulit sentiasa lembut dan rasa selesa.
Beli/Lihat Cosrx Salicylic Acid Online:
7Annona VCS Vitamin C Gentle Cleanser
Sangat sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat!
Berikut merupaka kebaikan vitamin c untuk kulit muka:
- Vitamin C terbukti membantu mencerahkan kulit anda melalui mekanisme pengurangan penghasilan melanin.
- Meningkatkan penghasilan kolagen yang seterusnya akan menegangkan kulit anda.
- Bertindak sebagai antioksida yang melawan radikal bebas yang merosakkan kulit anda.
- Sebagai mild exfoliant yang menanggalkan sel-sel mati dari kulit yang seterusnya akan melembutkan kulit anda.
- Mengurangkan masalah pori tersumbat yang menjadi punca utama kepada penghasilan jerawat.
- Memudarkan jeragat dan tompok gelap dengan penggunaan konsisten.
Beli/Lihat Vit-C Annona Online:
8Cerave
Antara pencuci muka untuk kulit berminyak dan normal yang sangat popular di Malaysia
Formulasi unik dengan Three Essential Ceramides (1,3,6-II) yang membersih dan membuang minyak tanpa merosakkan lapisan kulit.
Diformulasi dengan asid hyaluronic bagi mengekalkan kelembapan semulajadi kulit.
Manakala niacinamide pula membantu menenangkan kulit.
Tanpa pewangi, tidak menyebabkan kulit kering dan radang.
Beli/Lihat Cerave Online:
9NeoStrata Clarifying
Jika anda melakukan carian terhadap pencuci muka “neostrata facial cleanser review” anda pasti tertarik untuk cuba mengggunakannya.
Rata-rata pecuci muka neostrata mendapat tempat di hati pengguna.
Walaupun harganya yang sedikit mahal, namun ianya masih menjadi pilihan disebabkan keberkesananya.
Produk ini sememangnya dirumus khas untuk kulit berminyak.
Mengandungi triclosan yang menyerap jauh ke liang roma dan berfungsi untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.
Sila lawati pautan berikut untuk maklumat lengkap mengenai pencuci muka terbaik ini!
Beli/Lihat Neostrata Online:
1030 Days MIRACLE ACNE CLEAR FOAM
Lebihan minyak pada muka menyebabkan liang pori tersumbat, seterusnya akan menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan jerawat.
Pencuci muka dari Korea ini dicipta untuk mengatasi masalah jerawat.
Ianya membersihkan secara mendalam liang pori yang tersumbat dengan AHA BHA dan PHA dengan asid salicylic.
Akhirnya, menjadikan kulit yang sihat dan bebas jerawat serta bebas minyak!
Jangan lupa SOME BY MY menjanjikan 30 hari bebas jerawat!
Beli/Lihat MIRACLE ACNE CLEAR Online:
11b.liv
Sangat sesuai untuk muka yang berminyak. Pencuci muka yang mendapat maklumbalas terbaik disebabkan keberkesanannya.
Dirumus khas untuk membersihkan liang pori dengan membersihkan pori yang tersumbat.
Beli/Lihat b.liv Online:
12Aknicare
Aknicare menjanjikan 100% penyelesaian terbaik untuk masalah jerawat.
Bertindak meminimakan penghasilan minyak oleh sebum.
Juga merupakan pencuci muka anti-bakteria. Bermaksud, bakteria yang menyebabkan jerawat akan dsingkirkan.
Menjadikan kulit anda rasa selesa, segar dan lembut!
Beli/Lihat Aknicare Online:
13Sebamed
Merupakan pencuci muka gred farmasi sangat sesuai untuk kulit berminyak.
Sangat disarankan oleh ahli farmasi untuk mengatasi masalah kulit berminyak.
Bebas sabun alkali dengan pH 5.5 yang sangat sesuai dengan kulit muka.
Efektif dalam membersihkan liang roma agar sentiasa bersih dan tidak tersumbat oleh kotora dan minyak.
Beli/Lihat Sebamed Online:
14La Roche Posay
Kulit muka berminyak, tujuan utama pencuci muka ini dihasilkan.
Walaupun sedikit mahal, namun disebabkan keberkesanannya menjadikan pencuci muka ini laris di shopee!
Dengan ph 5.5, pastinya sangat sesuai dengan kulit anda tanpa kesan sampingan!
Membersih sebum dan kotoran dan menjadikan kulit wajah anda segar, bersih dan paling penting masalah muka berminyak anda dapat diselesaikan.
Kemudian, ucapkan selamat tinggal kepada jerawat degil anda!
Beli/Lihat La Roche Posay Online:
15Dermalene
Dermalene Skincare Acne and Oily Skin, dirumus secara klinikal oleh Dr.Alina Hasni, Primary Care Dermatologist.
- Membantu mengurangkan minyak berlebihan di muka
- Mengawal pengeluaran sebum
- Mengecutkan jerawat dengan cepat
- Mengecilkan pori
- Mencerahkan kulit
- Diuji dan terbukti secara klinikal
- Tiada paraben dan bahan terlarang, sesuai utk ibu mengandung dan breastfeeding mom.
- Mendapat kelulusan KKM (NOT170600137K,NOT170600136K)
Walaupun sedikit “pricey” namun, produk ini sangat laris dan mendapat maklumbalas yang sangat baik!
Anda tidak tahu kesannya jika tidak mencubanya terlebih dahulu!
Adakah anda berkira untuk penampilan anda?
Beli/Lihat Dermalene Online: