Rumah IBS: Bina Rumah Idaman Dengan Kos Serendah RM80k

rumah ibs rumah mampu milik

Rumah pasang siap paling murah di Malaysia. Bina atas tanah sendiri. Jimat RM76,000 untuk sebuah rumah!

Berapa harga rumah yang termurah anda pernah jumpa di pasaran? RM150K? RM200K? Rata-rata harga rumah pada masa kini agak MAHAL. Bagi mereka yang sedang mencari rumah pasti setuju.

Dan harga rumah ini akan terus meningkat!

Apa yang kita boleh lakukan untuk memiliki rumah sendiri?

Untuk pengetahuan bersama, terdapat alternatif lain yang kita boleh lakukan untuk memiliki rumah sendiri. Iaitu: Bina rumah IBS. Bina rumah dengan kos lebih rendah dengan teknologi IBS.

Dalam post ini, kita sama-sama mengenali:

  1. Apa itu rumah IBS
  2. Berapa kos bina rumah IBS vs rumah yang dijual diluar sana
  3. Apa syarat untuk membuat rumah IBS
  4. Siapakah yang anda boleh hubungi untuk membuat rumah IBS
Pautan cepat: Lihat Senarai Syarikat Pembinaan Rumah IBS Malaysia

Apa itu RUMAH IBS?

dinding rumah ibs

Pernah anda dengar rumah IBS?

IBS ialah singkatan bagi “Industrialised Building System“. Nama IBS ini digunakan di Malaysia untuk teknik pembinaan rumah yang mana Komponen-komponen rumah tersebut seperti dinding sudah dibuat siap sedia dikilang.

Komponen tersebut kemudiannya dibawah ke tapak pembinaan dan disambung untuk membentuk sebuah rumah.

Pada peringkat antarabangsa ia juga dikenali sebagai “pre-frabricated/pre-fab construction“, “modern method of constructionMMC dan juga “off-site construction“.

Secara ringkasnya, rumah IBS adalah rumah pasang siap, dengan kos lebih rendah dan masa pembinaan yang lebih singkat.

Anda boleh membina rumah IBS diatas tanah sendiri, tanah keluarga atau tanah kampung.

Variasi sistem IBS

Terdapat 5 kumpulan IBS utama yang dikenalpasti digunakan secara meluas di Malaysia:

  1. Sistem kerangka, Panel dan kekotak konkrit pratuang
  2. Sistem Blok
  3. Sistem Kerangka Keluli
  4. Sistem Acuan
  5. Sistem Kerangka Kayu

Antara kelima-lima jenis tersebut yang paling popular adalah Sistem Konkrit pratuang dan juga Sistem blok.

Sistem Konkrit Pratuang adalah yang paling diminati dalam industri pembinaan negara. Ia melibatkan penghasilan komponen rumah seperti tiang, dinding dan papak di kilang dan kemudiannya dibawah ke tapak pembinaan untuk disambungkan menjadi rumah lengkap.

Sistem blok juga dikenali sebagai interlocking bricks atau bata lego. Asasnya ia sama seperti sistem konkrit pratuang tetapi dengan saiz yang lebih kecil. Block yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri seperti badan berongga, berkait dan juga berbusa.

Untuk infomasi lebih lanjut berkenaan sistem blok @ Bata Lego boleh rujuk: Rumah Bata Lego: Interlocking Bricks.

Bagaimanah cara pembuatan rumah IBS?

bagaimana cara buat rumah ibs

Bergantung kepada si pembuat (kontraktor) rumah yang anda pilih, prosedur standard pembinaan rumah IBS adalah seperti berikut:

  1. Anda menghubungi kontraktor pilihan anda.
  2. Perbincangan awal: Lawatan tapak, rekabentuk rumah dan kos.
  3. Persetujuan tercapai.
  4. Pembinaan bermula dengan tapak dan struktur utama bangunan.
  5. Pemasangan panel IBS.
  6. Pemasang sistem perpaipan and juga pendawaian elektrik.
  7. Rumah siap, penyerahan kunci.

Anda boleh merekabentuk sendiri rumah anda dengan nasihat kontraktor anda. Lukisan akhir (standard) akan disiapkan oleh kontraktor anda.

Selain itu, kontraktor juga selalunya mempunyai contoh-contoh reka bentuk rumah standard untuk anda pilih.

Berapa lamakah rumah IBS boleh disiapkan?

berapa lama rumah ibs siap

Rumah IBS boleh disiapkan dalam jangka masa 1 – 4 bulan bergantung pada jenis, luas, kerumitan dan juga cuaca.

Sebagai rujukan, rumah IBS seluas 1200 kaki per segi boleh disiapkan dalam jangka masa kurang daripada 2 bulan.

Rumah IBS vs Rumah Batu Bata

ibs vs batu bata

Berikut merupakan perbandingan antara IBS dengan baru bata jenis konvensional.

  • IBS Lebih ringan. Dengan besar yang sama berat IBS kurang 30% daripada batu-bata konvensional.
  • IBS Kalis Haba. Suhu dalam rumah tidak mudah dipengaruhi oleh suhu luar.
  • IBS Kalis Bunyi. Kurang bunyi bising. Bunyi bising dari dalam juga tidak kedengaran diluar.
  • IBS Lebih kuat. Walaupun ringan tapi IBS 1.2 kali lebih kuat daripada bata konvensional.
  • IBS Tahan Gegar. Tidak mudah retak. IBS boleh bertahan hingga 9 skala ritcher! (bata: 2 skala ritcher).
  • IBS Kalis air. Air tidak mudah tembus @ meresap. Tidak perlu risau jika air bertakung dekat luar ke paras dinding.

Video berikut adalah demontrasi daya ketahanan rumah IBS vs rumah batu bata:

Cantik tak rumah IBS ini?

Cantik atau tidak itu bergantung kepada reka bentuk yang anda minta atau pilih. Rumah IBS juga seperti rumah biasa (batu bata). Boleh dibuat mengikut reka bentuk pilihan anda.

Berikut merupakan contoh beberapa rumah IBS yang diambil dari seluruh Malaysia:

contoh rumah ibs

contoh rumah IBS contoh rumah IBS contoh rumah IBS contoh rumah IBS

Kos rumah IBS vs rumah batu-bata

Berapa harga rumah yang ada dipasaran sekarang?

Mari kita lihat beberapa contoh harga rumah terkini yang berada di pasaran di seluruh Malaysia:

Harga rumah di Semenanjung Malaysia.

  • Rumah Teres Setingkat, Perak (900kps): RM168,000 – RM186/kps
  • Rumah Teres 2 Tingkat, Selangor (1170kps): RM290,000 – RM247/kps
  • Rumah Teres Setingkat, N.Sembilan (1064kps): RM243,000 – RM216/kps
  • Rumah Teres Setingkat, Terengganu (1020kps): RM180,000 – RM176/kps
  • Rumah Teres Setingkat, Kelantan (822kps): RM191,000 – RM232/kps
  • Rumah Teres Setingkat, P.Pinang (1281kps): RM242,835 – RM189/kps

Harga rumah di Sabah.

  • Rumah teres setingkat, Keningau (924kps): RM245,605 – RM265/kps
  • Rumah teres setingkat, Sipitang (946kps): RM288,200 – RM305/kps
  • Rumah teres 2 tingkat, Sandakan (504kps): RM248,000 – RM492/kps
  • Rumah apartment, Kota Kinabalu (1007kps): RM285,000 – RM283/kps

Harga rumah di Sarawak.

  • Apartment, Kuching (825.7kps): RM168,000 – RM203/kps
  • Rumah Teres Setingkat, Kuching (851kps): RM295,000 – RM346/kps
  • Rumah Teres 2 Tingkat, Samarahan (990kps): RM485,000 – RM569/kps
  • Rumah Teres Setingkat, Samarahan (800kps): RM288,000 – RM360/kps

Sumber: hartabumi.com, rumahsabah.com, rumahsarawak.com

Secara ringkasnya rata-rata harga rumah adalah seperti berikut:

  1. Harga rumah di Semenjung Malaysia: RM176 – RM247 untuk setiap kaki per segi
  2. Harga rumah di Sabah: RM265 – RM492 untuk setiap kaki per segi
  3. Harga rumah di Sarawak: RM203 – RM485 untuk kaki persegi

Paling murah anda boleh dapat dalam sekitar RM176 untuk setiap 1 kaki persegi. Belum tentu lagi ada dikawasan anda.

tiada tempat tinggal

Harga ini akan terus…dan terus meningkat.

Berapa jimatkah yang anda boleh jimatkan dengan rumah IBS?

Hasil daripada temuramah pihak infosantai dengan beberapa  kontraktor IBS yang bergiat maju dalam pembinaan bangunan/rumah IBS, anggaran kos untuk rumah IBS adalah:

Kos rumah IBS: RM100 – RM160 untuk setiap kaki per segi

Jika dibandingkan harga minimum kedua-dua jenis rumah ini:

  • Rumah IBS: RM100 untuk setiap kaki per segi
  • Rumah dijual: RM176 untuk setiap kaki per segi

Anda boleh jimat RM76 bagi setiap kaki keluasan rumah.

Ini bermaksud, jika anda membuat rumah IBS dengan keluasan 800 kaki persegi anda boleh jimat sebanyak:

RM76 x 800 = RM76,000!

Banyak anda boleh lakukan dengan RM76,000 tersebut. Malah boleh buat sebiji lagi rumah IBS!

Nota: Kos yang kami nyatakan berdasarkan purata harga daripada kontraktor yang kami kenali. Kos sebenar bergantung kepada kontraktor yang anda pilih, lokasi dan juga jenis rumah yang anda minta. Tetapi tidaklah semahal rumah yang dijual diluar sana.

Ingin tips untuk mengatasi masalah kewangan? Ikuti post ini: Tips untuk Mengatasi Masalah Kewangan.

Apa yang disertakan dalam rumah IBS?

Kebanyakan kontraktor rumah IBS menyiapkan rumah IBS lengkap dengan wiring elektrik dan segala perpaipan.

Terdapat juga di kalangan kontraktor yang kami temu-ramah menyatakan bahawa mereka memberikan hadiah berbentuk barangan elektrik kepada pelanggan mereka seperti peti sejuk, TV LED atau air-conditioning.

Syarat untuk membuat rumah IBS

Untuk rujukan anda, berikut antara syarat-syarat yang mungkin diperlukan untuk anda membuat rumah IBS.

Secara ringkasnya, anda hanya perlu:

  1. Tempat/tanah untuk rumah dibuat
  2. Budget untuk buat rumah
  3. Deposit

Penerangan lanjut untuk adalah seperti berikut.

Tempat/tanah untuk rumah dibuat

Perlu ada tapak atau tanah untuk tempat rumah IBS. Tanah boleh jadi tanah sendiri, tanah kampung, atau tanah keluarga.

Anda boleh juga membuat rumah di atas tanah saudara atau kawan-kawan dengan syarat ada persetujuan/surat perjanjian untuk mengelakkan ketidak sefahaman pada masa akan datang.

Jika anda memerlukan khidmat peguam (selalunya untuk kes sewa tanah atau buat rumah atas geran orang lain) anda boleh meminta bantuan daripada kontraktor rumah IBS. Mereka selalunya (sepatutnya) menyertakan khidmat ini dalam servis mereka.

Budget untuk buat rumah

Sudah tentu perlukan wang. Namun tidaklah semahal seperti membeli rumah standard. Dalam RM80K ke RM100k sudah cukup untuk rumah yang selesa.

Nota: Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan simpanan KWSP anda untuk membuat rumah? Untuk bacaan lanjut anda boleh ikuti pautan ini: KWSP – Pengeluaran membina rumah.

Deposit

Seperti biasa, deposit diperlukan untuk booking fee. Anda boleh anggap deposit ini sebagai talian kepercayaan anda kepada kontraktor dan kontraktor kepada anda.

Biasanya deposit yang diminta dalam lingkungan RM500 ke RM1500.

Siapa yang anda boleh hubungi untuk buat rumah IBS?

Anda berminat dengan rumah IBS? Jika anda inginkan maklumat lebih lanjut tinggalkan pesanan dan sedikit maklumat menggunakan borang dibawah.

Paling tidak pun anda boleh bertanya lebih lanjut berkenaan rumah IBS ini. Kami akan menghubungkan anda dengan kontraktor terbaik di kawasan anda.

Senarai Syarikat Pembinaan Rumah IBS

Berikut merupakan senarai Syarikat Pembinaan Rumah IBS terbaik untuk rujukan anda:

Anda boleh klik terus pada ikon untuk call atau ikon untuk menghantar msg WhatsApp.

Semenanjung Malaysia

#Haraf maaf, maklumat sedang dikemaskini…sila kunjungi dalam masa terdekat

Sabah & Sarawak

1

IBSConstruct Ent

Kawasan: Sabah (Pantai Barat & Pendalaman)

IBSconstruct Ent

Bina rumah IBS, pasti mampu milik! Kos mengikut bajet anda.

: Rincent Severinus

: Sipitang & Kota Kinabalu, Sabah.

:

: @MySabahIBS

013-8680755

013-8680755

Nota: Adakah anda kontraktor IBS? Mungkin anda berminat dengan tawaran ini.

PENTING! Adalah penting untuk anda mengetahui bahawa setiap kontraktor rumah IBS mendapat sokongan daripada ABM (Akademi Binaan Malaysia) dan CIDB. Hanya syarikat atau individu yang berdaftar dengan CIDB dan telah mengikuti latihan kompetensi ABM boleh melakukan kerja-kerja rumah/bangunan IBS.

Oleh itu sebelum memutuskan untuk memilih sesebuah kontraktor untuk rumah IBS, minta dulu apa-apa dokumen yang membuktikan mereka adalah sah dan disokong oleh ABM & CIDB.

Kongsikan post ini kepada rakan anda yang ingin membina atau membeli rumah dalam masa terdekat!

24 thoughts on “Rumah IBS: Bina Rumah Idaman Dengan Kos Serendah RM80k”

  1. Tanah SDH ada UTK tapak rumah.Bayaran tunai akan dibayar pd kontraktor.Lokasi tanah adalah di kg.Sugud,Penampang,Sabah.Harao kontraktor hubungi saya dengan segera.
    Bajet kos rm100k..Banglo setingkat 3bilik tidur dan 2 bilik mandi.
    UTK hubungi saya 01111475833

  2. Saya ingin buat ubah suai rumah di kg utk saya tinggal masa pencen nanti. Apakah sistem IBS sesuai utk kerja2 ubah suai rumah. Klu sesuai, boleh cdgkan kontaktor yg berlesen utk tujuan tersebut di johor. Tk.

    1. Boleh…bawak bincang dengan kontraktor..tapi mungkin ada bahagian yang akan digantikan materialnya..contohnya partition dalam rumah mungkin kita ganti ke jenis kayu..

  3. Ramai di dalam industri pembinaan tahu bahawa masa binaan, keperluan tukang & pembaziran bahan binaan adalah antara faktor utama kenaikan (tidak teratur) sesuatu projek itu. Harap informasi ini dapat dinamfaatkan bakal-bakal pemilik rumah ketika membna rumah atas tanah sendiri menggunakan kaedah IBS.

    Terima kasih diatas perkongsian.

    1. Boleh. Sepatutnya tak menjadi masalah, tapi kena runding dahulu dengan kontraktor pilihan saudari, sebab ada beberapa perkara yang perlu dipatuhi contoh dari segi keselamatan dan juga kelulusan…

Leave a Reply