Top 7 Smartphone Kamera Terbaik di Malaysia [Siri 2024]

Senarai smartphone dengan kamera yang paling hebat!

Senarai smartphone kamera terbaik ini adalah hasil kajian kami terhadap semua smartphone setakat tahun ini.

Jika anda mahu membeli smartphone yang mempunyai kamera terbaik, senarai ini untuk anda.

Berikut merupakan senarai ringkasnya:

Jika anda berminat mengetahui apakah yang menjadikan smartphone dikategorikan sebagai smartphone dengan kamera terbaik, boleh baca dibawah.

Jika tidak, boleh klik pada bahagian senarai pada isi kandungan diatas untuk skip.

Apakah ciri-ciri smartphone kamera terbaik?

Kebiasaannya kita selalu lihat pada megapixel (MP) sesuatu kamera. Tanggapan kita bila MP besar, maka baiklah kamera tersebut.

Sebenarnya, MP besar tidak semestinya bermaksud kamera phone itu ‘terbaik’. MP memberikan kelebihan, tetapi terdapat banyak faktor lain.

Untuk smartphone dikategorikan sebagai smartphone kamera yang hebat, berikut beberapa faktor yang perlu diambil kira:

1. Jenis kamera: mempunyai kombinasi beberapa jenis kamera seperti kamera utama, ultra-wide, telephoto, periscope zoom dan mungkin tambahan lain seperti macro atau depth sensor.

2. Size Sensor: Sensor adalah bahagian yang paling penting dalam proses pengambilan gambar. Ia berfungsi menukarkan cahaya yang masuk ke dalam kamera melalui lensa kepada gambar digital. Semakin besar sensor semakin baik. Saiz ideal sensor untuk kamera smartphone terbaik adalah 1/1.7-inch dan ke atas.

3. Saiz pixel: Saiz pixel disini adalah merujuk kepada saiz individu pixel pada sensor kamera yang mana disukat dalam unit micometers. Makin besar saiz pixel ini, makin baik kualiti gambar, terutamanya dalam keadaan kurang cahaya. Saiz ideal adalah 1.4 micrometer dan ke atas.

4. Aperture: Aperture yang luas membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Saiz ideal untuk smartphone kamera terbaik adalah f/1.8 atau lebih rendah (lebih rendah bermaksud lebih luas).

5. Software: Progam yang digunakan untuk memproses image. Teknologi yang digunakan mempengaruhi kualiti gambar. Software yang advance menggunakan teknologi seperti potrait mode, night mode, HDR, Ai scene detection, pro mode dan seterusnya.

6. Glass/lenses: Reka bentuk yang baik, kadar ketembusan, kualiti dan teknologi yang digunakan mempengaruhi gambar.

7. Image stabilization: Mempunyai sistem seperti Optical Image Stabilization (OIS) dan Electronic Image stabliziation (EIS).

8. Autofocus: Teknologi autofocus yang pantas dan tepat seperti Phase Detection Autofocus (PDAF) atau Laser Autofocus.

9. Resolution: Ini yang selalu diperlihatkan dalam spesifikasi umum smartphone- 12MP, 48MP, 50MP… Meskipun bukan faktor utama, ia juga membantu. lagi besar lagi baik.

10. Kebolehan video: Kebolehan untuk mengambil video seperti 4K, 8K dan juga mempunyai fungsi seperti slow-motion dan time lapse.

11. Extra: Selain daripada faktor yang dinyatakan diatas, mungkin mempunyai fungsi dan kebolehan lain yang disertakan seperti self-cleaning lens, kalis air dan habuk dan juga thermal management untuk mengelakkan over heat semasa penggunaan.

Senarai Smartphone Kamera Terbaik

Berikut senarai smartphone dengan kamera paling hebat setakat ini.

0 Samsung Galaxy S24

samsung galaxy s24
Gambar info bocor untuk Samsung Galaxy S24 2024.

Samsung Galaxy S24 berada secara rasminya dipasaran pada 30 Januari 2024. Ia tampil dengan kamera yang lebih up daripada siri sebelumnya.

(sila ambil perhatian, spesifikasi ini dirujuk daripada info bocor. maklumat rasmi belum lagi dikeluarkan)

Spesifikasi kameranya adalah seperti berikut:

  • Jenis kamera:200MP kamera utama, 12MP kamera ultrawide, 10MP 3x optical zoom telephoto kamera, 50MP 5x optical zoom telephoto kamera
  • Saiz sensor: kamera utama 1/1.3 inch, ultrawide kamera 1/2.55 inch
  • Saiz pixel: kamera utama 0.6µm, ultrawide kamera 1.4µm
  • Aperture: Belum diketahui
  • Software: Dikatakan menggunakan teknologi AI untuk pemprosesan dan pengeditan imej.
  • Glass/Lenses: Belum diketahui
  • Image Stabilization: OIS
  • Resolution: Kamera utama 200MOP, telephoto kamera 50MP
  • Autofocus: Belum diketahui

Kamera handphone ini dikatakan menggunakan secara penuh teknologi AI dalam pemprosesan dan juga pengeditan imej. Ia juga dikatakan boleh mengendalikan pemgambilan video 4k untuk 120 fps.

1 Samsung Galaxy S23 Ultra


Samsung Galaxy S23 Ultra

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Samsung Galaxy S23 Ultra dikeluarkan pada 17 Febuari 2023. Ia dibanggakan dengan setup kameranya yang dikatakan sangat menarik dan menakjubkan, dengan kebolehan kamera utama mengambil gambar sehingga 200MP.

Ia dipuji dengan kehebatan kameranya terutamanya untuk telephoto dan juga pengambilan gambar dalam keadaan kurang cahaya seperti pada waktu malam.

Spesifikasi kameranya adalah seperti berikut:

  • Jenis kamera:200MP wide-angle, 12MP ultrawide, 10MP 3x telephoto, 10MP 5x optical zoom telephoto
  • Saiz sensor: 200MP ISOCELL HP2SX sensor dengan Optical size 1/1.3 inch
  • Saiz pixel: 0.6µm
  • Aperture: Kamera depan F2.2
  • Software: Fungsi AI, compatible dengan Google Camera App yang digunakan untuk Pixel 8 Pro untuk fungsi seperti Astrophotography dan Night Sight
  • Glass/Lenses: Corning® Gorilla® Glass Victus® 2
  • Image Stabilization: OIS, dan double OIS untuk video
  • Resolution: Default resolution adalah 12MP, mampu menghasilkan sehingga 200MP
  • Autofocus: Autofocus untuk kamera ultrawide dan selfie

Smartphone ini mempunyai fungsi tambahan seperti Nightography untuk keadaan kurang cahaya, double optical image stabilizer untuk video, Astrophoto dan astro hyperlapse, Samsung Expert RAW app.

2 Google Pixel 8 Pro


Google Pixel 8 Pro smartphone kamera terbaik

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Google Pixel 8 Pro secara rasminya dikeluarkan pada 4 oktober 2023. Berdasarkan review daripada pakar, ia merupakan smartphone kamera yang hebat dengan keupayaanya mengambil gambar dengan cepat tetapi tetap mengekalkan kualitinya. Ia juga mempunyai zoom yang hebat.

Smartphone kamera ini menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam pengambilan gambar dan video dalam keadaan cukup pencahayaan.

Spesifikasi kameranya adalah seperti berikut:

  • Jenis kamera:50MP wide-angle 25mm, 48MP ultrawide, 48MP 110mm 5x optical zoom telephoto,
  • Saiz sensor: kamera utama 1/1.31″, telephoto 1/2.55″
  • Saiz pixel: utama 1.2µm, telephoto 0.7µm, Ultrawide 0.8µm
  • Aperture: utama f/1.7, telephoto f/2.8, ultrawide f/2.0
  • Software: Magic Editor, Best Take, Magic Eraser, Photo Unblur, Motion auto-focus, Dual exposure controls, Live HDR+3. Meyokong penggunaan Adobe Lightroom dan Photoshop untuk fail RAW
  • Glass/Lenses: Corning® Gorilla® Glass Victus® 2, perlindungan lensa.
  • Image Stabilization: OIS
  • Resolution: Utama 50MP, telephoto dan ultrawide 48MP
  • Autofocus: Dual pixel PDAF dan multi-zone Laser AF

Smartphone ini mempunyai fungsi tambahan seperti Pro controls, Real Tone, Night Sight, Astrophotography, Super Res Zoom, Video Boost dan kebolehan untuk menukar muka melalui Magic Editor.

3 Apple iPhone 15 Pro Max

Apple iPhone 15 Pro Max kamera 7 focal point

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Apple iPhone 15 Pro Max dikeluarkan secara rasminya pada 22 September 2023. Dengan 3 set kamera yang hebat dan pilihan 7 focal point, ia membawa dirinya ke barisan hadapan dalam senarai kamera smartphone terbaik.

Review para pakar menyatakan bahawa kamera ini memberikan prestasi yang konsisten dalam pengambilan gambar dan video dalam pelbagai keadaan.

Spesifikasi kameranya adalah seperti berikut:

  • Jenis kamera:Kamera utama, ultrawide, periscope dan selfie
  • Saiz sensor: kamera utama 1/1.28″
  • Saiz pixel: utama 1.22µm, telephoto 1.12µm
  • Aperture: utama f/1.78, telephoto f/2.8, ultrawide f/2.2
  • Software: Menggunakan software Apple, support iOS 17
  • Glass/Lenses: –
  • Image Stabilization: Menggunakan sistem camera stabilization terbaru apple dengan kombinasi OIS dan outofocus 3D sensor-shirt.
  • Resolution: Utama 48MP
  • Autofocus: Dual pixel AF untuk semua kamera

Smartphone ini mengaplikasikan teknologi terta-prism periscope zoom Apple, mempunyai butang khas untuk kamera, boleh mengubah focal point selepas gambar diambil, boleh ubah depth of field gambar.

4 Samsung Galaxy S22 Ultra

Samsung Galaxy S22 Ultra

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Samsung Galaxy S22 Ultra dikeluarkan secara rasminya pada 25 Febuari 2022. Masih lagi pilihan terbaik dalam senarai smartphone dengan kamera terbaik. Sebelum kemunculan S23 kamera ini adalah pemenang dalam arena zoom. Selain ini prestasi kamera smartphone ini dalam keadaan yang cukup pencahayaan memang tidak dapat dinafikan.

Review para pakar menyatakan bahawa selain daripada keupayaannya yang hebat dalam zoom, kamera ini juga mampu untuk menangkap gambar dengan warna dan detail yang cukup baik.

Spesifikasi kameranya adalah seperti berikut:

  • Jenis kamera:Kamera utama 108MP, ultrawide, 2 telephoto dengan 10x optical zoom
  • Saiz sensor: kamera utama IMX754 1/3.52″, ultrawide 1/2.55″
  • Saiz pixel: utama 0.8µm, ultrawide 1.4µm
  • Aperture: utama f/1.8, ultrawide f/2.2
  • Software: Samsung Camera App
  • Glass/Lenses: –
  • Image Stabilization: Menggunakan sistem camera stabilization terbaru apple dengan kombinasi OIS dan outofocus 3D sensor-shirt.
  • Resolution: Utama 108MP
  • Autofocus: OIS dan laser autofocus

Smartphone ini mengaplikasikan teknologi super steady mode dan mempunyai fungsi Advance Quick Take.

5 Google Pixel 7 Pro

Goolge Pixel 7 Pro

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Google Pixel 7 Pro dikeluarkan secara rasminya pada 13 October 2022. Dengan sistem kameranya yang baik, ia mampu untuk mengambil gambar dan video yang cemerlang. Ia juga dilengkapi dengan kebolehan zoom dan apps smart imaging yang mana adalah teknologi terkini dalam pengeditan gambar.

Spesifikasi kameranya adalah seperti berikut:

  • Jenis kamera:Kamera utama 50MP, ultrawide 12MP, telephoto dengan 48MP
  • Saiz sensor: kamera utama ISOCELL GN1 1.31″
  • Saiz pixel: utama 1.2µm, ultrawide 1.25µm, telephoto 1.4µm
  • Aperture: utama f/1.85, ultrawide f/2.2
  • Software: Pixel 7 Pro camera dengan fungi real tone, guided frame, photo Unblur, Night Sight, Macro Focus
  • Glass/Lenses: Liquid plastic seal
  • Image Stabilization: OIS dan EIS, Zoom stabilization activate selepas 15x
  • Resolution: Utama 108MP, ultrawide 12MP, telephoto 48MP
  • Autofocus: autofocus, dual-pixel autofocus dan PDAF

Mempunyai fungsi tambahan seperti Magic Eraser, Photo Unblur, Night Sight, Macro Focus, dan Super Res Zoom. Macro focus mod menukarkan kamera ultra wide kepada macro kamera.

6 Oppo Find X6 Pro

Oppo Find X6 Pro smartphone kamera terbaik dengan harga murah

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Oppo Find X6 Pro dikeluarkan secara rasminya pada 24 March 2023. Smartphone ini secara rasminya menyertai barisan smartphone dengan kamera terbaik apabila siri ini menawarkan saiz sensor melebihi 1″.

Spesifikasi kameranya adalah seperti berikut:

  • Jenis kamera:Kamera utama 50MP, ultrawide 50MP, telephoto dengan 50MP, selfie 32MP
  • Saiz sensor: utama sony IMX989 1″, wide dan ultra Sony IMX890 1/1.56″
  • Saiz pixel:Utama 1.6µm, ultrawide dan telephoto 1.0µm
  • Aperture: utama f/1.8, ultrawide f/2.2, telephoto f/2.6
  • Software: ColorOS 13.1
  • Glass/Lenses: Utama 23mm lens, ultrawide 15mm, telephoto 65mm
  • Image Stabilization: OIS
  • Resolution: 50MP
  • Autofocus: Octa-PD autofocus, all-pixel omnidirectional autofocus

Menggunakan teknologi Photon Matrix, kamera utama dibantu oleh sistem laser dan dilengkapi oleh color spectral sensor.

7 OnePlus 12

OnePlus 12 smartphone kamera terbaik terkini

Semak harga dalam pilihan dibawah:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

OnePlus 12 dikeluarkan secara rasminya pada 5 December 2023. Tampil bangganya dengan triple setup untuk kamera. Review terawal mengatakan bahawa kamera smartphone ini berfungsi dengan baik sekali dalam keadaan kurang cahaya. Selain itu ia juga mempunyai kamera telephoto yang hebat.

Spesifikasi kameranya adalah seperti berikut:

  • Jenis kamera:Kamera utama 50MP, ultrawide 48MP, telephoto dengan 64MP
  • Saiz sensor: utama sony LYT-808 1/1.4″, telephoto 1/2″
  • Saiz pixel:Utama 1.12µm
  • Aperture: utama f/1.6, ultrawide f/2.2, telephoto f/2.6
  • Software: Oxygen OS 14 berdasarkan Android 14
  • Glass/Lenses: Gorilla Glass
  • Image Stabilization: OIS
  • Resolution: 50MP utama, 48MP ultrawide, 64 telephoto
  • Autofocus: Dual pixel PDAF

Menyokong penggunaan Dolby Vision HDR dan membolehkan pengguna mengambil gambar, edit dan melihat paparan menggunakan Dolby Vision HDR. Smartphone ini juga menggunakan fungsi Hasselblad Color Calibration.

Semoga senarai smartphone kamera terbaik ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan.

Kongsikan jika post ini bermanfaat!

Leave a Reply