Turutan koleksi Teknik dan Trik tersembunyi WhatsApp, saya telah menerima banyak pertanyaan berkenaan dengan bagaimana hendak menulis mesej di WhatsApp tanpa perlu menaip. Adakah perkara ini boleh dilakukan? Berita baik untuk semua, YA, kita boleh menulis mesej di WhatsApp tanpa perlu menaip. Dalam kata lain, kita hanya perlu bersuara dan suara kita akan ditukarkan kepada tulisan. Bagaimana hendak melakukannya? Teruskan membaca.
Pesanan: Menggunakan telefon bimbit semasa memandu adalah salah disisi undang-undang. Jangan gunakan teknik ini untuk menggunakan WhatsApp sambil memandu.
Syarat Menggunakan Fungsi Menaip dengan Suara
Anda harus mempunyai Internet Connection. Telefon bimbit anda mestilah mempunyai sambungan internet. Ini adalah syarat utama kerana anda akan menggunakan Google voice typing. Terdapat caranya jika anda mahu menggunakan fungsi menaip dengan suara tanpa memerlukan sambungan internet, tetapi cara ini tidak digalakkan atau diterangkan disini kerana ia melibatkan aktiviti ‘rooting’ yang mungkin akan merosakkan handphone anda.
Telefon bimbit anda dalam keadaan yang baik. Maksud dalam keadaan yang baik sini adalah merujuk kepada fungsi mikrofon telefon anda. Sepatutnya setiap telefon harus mempunyai mikrofon yang baik..barulah lengkap sebagai telefon..
Berikut adalah caranya:
Cara-cara Untuk Menaip Mesej Menggunakan Suara
Langkah 1: Periksa kewujudan ‘Google voice typing’ dalam setting anda. Untuk android ia terletak di: Setting>System>Language & Input>Keyboard & Input methods. Sepatutnya setiap telefon bimbit pada masa kini mempunyai fungsi ‘Google voice typing’ ini. Jika ada teruskan.
Langkah 2: Buka aplikasi WhatsApp, masuk ke ruangan chat, tekan ruangan tulisan seperti biasa dan keyboard anda akan muncul.
Langkah 3: Tekan butang ‘Space’ atau jarak pada keyboard handphone anda dan tahan sehingga pilihan untuk menukar keyboard muncul seperti dibawah:
Langkah 4: Pilih ‘Google voice typing’. Lambang mikrofon dan Google akan muncul. Anda boleh cuba untuk bersuara dan lihat tulisan akan muncul. Jika anda menggunakan keyboard seperti Touchpal, Google voice typing akan terus muncul tanpa anda perlu membuat pilihan.
Langkah 5: Untuk mengaktifkan Bahasa Malaysia, tekan setting (simbol gear) pada bahagian kiri simbol mikrofon. Tekan pilihan ‘Languages’ yang terletak pada bahagian paling atas, tik Bahasa Melayu dan save. ‘Google Voice typing‘ kini dapat mengenalpasti Bahasa Melayu.
Tips tambahan: Fungsi Google Voice typing ini tidak terbatas kepada WhatsApp sahaja. Anda boleh mencuba di platform mesej yang lain.
Selamat berWhatsApp tanpa perlu menaip! Jangan lupa kongsikan jika artikel ini membantu anda.
Sekarang sudah ada cara mudah untuk buat link whatsapp, tanpa perlu prospek save nombor telefon pun.
bagaimana caranya tuan ?