Merancang untuk melawat Kota Belud ? 20+ Tempat yang menarik untuk dilawati di sekitar Kota Belud khas untuk anda.
Anda merancang untuk bercuti di Kota Belud ? Tercari-cari tempat menarik di Kota Belud?Berikut merupakan tempat pelancongan menarik di Kota Belud untuk panduan anda.
Lengkap dengan perincian aktiviti dan kemudahan yang disediakan !
Baca juga:
Sondot View Camp
Lokasi: Sondot View Camp
Tempat menarik ini terletak di Kampung Kebayau Kota Belud. Merupakan tempat rekreasi yang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga, atau rakan-rakan.
Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah barbeku, bermandi-manda, bermain bola tampar, dan berkhemah.
Lengkap dengan pondok berbumbung sesuai untuk 3 hingga 6 orang pengunjung untuk bermalam dengan kadar sewa serendah RM 30 sehari.
Juga lengkap dengan kedai runcit, dimana anda boleh membeli barang keperluan asas jika bercadang untuk bermalam di tempat ini. Informasi lengkap adalah seperti berikut:
Dibuka bermula: (9am-6pm).
PAKEJ Kemasukan (Tidak Bermalam):
- RM3 (Dewasa 13thn keats)
- RM2 (Kanak2 7thn-12thn)
- OC (warga Emas,OKU n Kanak2 bwh 6thn)
PAKEJ Kemasukan (Bermalam/Camping) (24hours):
- RM6 (Dewasa 13thn keats)
- RM4 (Kanak2 7thn-12thn)
- FOC (warga Emas,OKU n Kanak2 bwh 6thn)
PAKEJ Sulap Tradisional (Sewa untuk Bermalam):
- RM45/Big = Pondok/SulapTradisional ( Kalabatu/Langkawit ) termasuk kelambu, 4 bantal,2 tikar, bbq set, 1 meja, 4 kerusi, lampu dan soket.
- RM30/Medium = Pondok/Sulap Tradisional ( Kuruak) termasuk kelambu, 4 bantal,2 tikar, bbq set, 1 meja, 4 kerusi, lampu dan soket.
- RM20/Small = Pondok/Sulap Tradisional (pungit) termasuk bantal, tikar beserta lampu.
- RM30/Big = Pondok/Sulap Tradisional (kudingking) Sesuai untuk santai-santai atau kupi-kupi (Sewa Sulap untuk Walk in sahaja boleh rujuk dengan kaunter pendaftaran)
PAKEJ Kemudahan Lain:
- RM20/malam =Camp muatan 3-4org +1 tikar + 2 bantal
- RM15/malam = Camp muatan 2 org + 1tikar dan 2 bantal
- RM20 =Mini Kanopi + 4 kerusi +1 meja
- RM5 =Set BBQ (Terhad)
- RM5 =Meja Lipat (terhad)
- RM2 =Caj HP sampai penuh
- RM1 tambahan 1 kerusi
PAKEJ Kemudahan Aktiviti:
- RM5(Besar),RM3(sederhana), RM5(Baring) =Pelampung Tiub
- RM10/6org (1team) or RM20/12org (2Team) = Bermain Bola Tampar/Volleyball
AKTIVITI LAIN:
- Games/aktiviti riadah/dll
- Round2 Kolam ternakan dan sawah padi/Mau beli ikan pun boleh (per kg)
- SPA ikan Jinak (Talapia Merah) pun ada (kolam) sambil bagi makan ikan (Makanan ikan RM2)
- Santai2 or kupi2 di meja buluh
- Mandi sungai sambil main pelampung
- Menikmati Mee sup
KEMUDAHAN LAIN:
- Tandas L dan P
- Persalinan + Kamar mandi L dan P
- Bekalan Elektrik (Lampu sportlight dikawasan Camping dan tandas)
- Line celcom/maxis/U mobile available
- Kawasan Parking yang luas
- kawasan camping yang luas
- Mini Shop SVC
Untuk maklumat lanjut, Whatsapp:
- Pn. Alistah Akau www.wasap.my/60128247260
- Saibon Tumpangon www.wasap.my/60143540322
- Eysta Ashella Saibon www.wasap.my/601131426742
- Jemie Likinsim www.wasap.my/60198315520
- Pausi Sepikit www.wasap.my/601125275302
- En. Leslie www.wasap.my/601135208186
Polumpung Melangkap View Camp Site
Lokasi: Polumpung Melangkap View Camp Site
Hubungi nombor berikut untuk keterangan lanjut. Deposit diperlukan untuk tempahan.
Call/Whatsapp:
- 016 824 6529
- 014 650 4122
Polumpung Melangkap merupakan pusat rekreasi yang terkenal untuk aktiviti perkhemahan dan mandi manda.
Juga mempunyai pemandangan latar yang menarik iaitu Gunung Kinabalu!
Udara juga agak sejuk dan nyaman terutamanya menjelang petang.
Polumpung Melangkap View Camp Site menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang sesuai untuk keluarga dan berkumpulan.
Informasi lengkap adalah seperti berikut:
Pakej:
- Yuran Kemasukan – *Tidak Bermalam * DAYTRIP/PICNIC (Warganegara Malaysia)
- RM3 (Dewasa 13 tahun ke atas)
- RM2 (Kanak-kanak 12 tahun hingga 7 tahun)
- Percuma [Kanak-kanak 6 tahun ke bawah, warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU]
Yuran Kemasukan (Warganegara Malaysia):
- Bermalam
- RM6 (Dewasa 13 tahun ke atas)
- RM4 (Kanak-kanak 12 tahun hingga 7 tahun)
- Percuma [Kanak-kanak 6 tahun ke bawah, warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU]
Yuran Bermalam (Bukan Warganegara Malaysia):
- RM12/seorang/malam (Dewasa)
- RM8/seorang/malam (Kanak-kanak)
Kemudahan:
- Khemah
- Kem muat 2 orang – RM10/malam
- Kem muat 4 orang – RM20/malam
- Kem muat 6 orang – RM30/night
- Kem muat 8 orang – RM40/night
Pelampung tiub:
- RM3 ke atas/sebuah (bergantung kpd size)/3 jam (First come first serve)
- Life Jacket RM3/3 jam (First come first serve)
Kemudahan Sewaan Lain:
- Bantal – RM3/sebiji/malam
- Sleeping bag – RM5/sehelai/malam
- Tikar plastik – RM3/sehelai/malam
- Tilam kekabu – RM4/sehelai/malam
- Kerusi – RM1
- Meja – RM5
- BBQ pit – RM10 (arang dan bbq utensil tidak disediakan)
- Canopy – RM15
- Pondok Khemah RM30-RM40
- Portable Gas RM15
- Dewan Terbuka RM10/jam
- Portable speaker – RM10/jam
- LDC – RM10/jam
- Kipas – RM5/jam
- Bekalan elektrik di sediakan (tertakluk kepada caj)
- Pondok Dapur – RM30
- Unggun Api – RM20
- Pengangkutan – Van dengan muatan 13 orang penumpang RM350 pergi balik KK-PMVSC-KK (pemandu disediakan)
Aktiviti:
- Mandi sungai (Sungai Panataran airnya sejuk dan jernih daripada kaki Gunung Kinabalu).
- River tubing Sungai Panataran
- BBQ (upon request)
- Unggun Api (upon request)
- Perkhemahan
Aktiviti Riadah Lain/Exercise/Games/Treasure Hunt/dll. (Peralatan dan aktiviti disediakan/dijalankan sendiri oleh guest).
Kemudahan seperti bilik sembahyang, bilik persalinan, tandas turut disediakan.
Mempunyai liputan rangkaian telefon iaitu Celcom dan Maxis.
Keadaan jalan berturap untuk sampai di lokasi ini.
Eco Pelancongan Tagal Kampung Talungan
Lokasi: Tagal village ecotourism Talungan
Terletak di kampung Tolungan, Kota Belud. Pusat rekreasi menarik ini sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan juga secara berkumpulan.
Anda boleh berkhemah, bermandi-manda, berakit, flying fox, melihat dan memberi makan ikan-ikan bermain di gigi air, dan juga bermalam di tempat ini.
Kemudahan yang disediakan termasuk tandas, bilik mandi, tempat penginapan dan kemudahan barbeku, tiub tayar untuk dijadikan pelampung, kedai runcit dan juga dapur.
Yuran masuk adalah RM3.00 (dewasa) dan RM 2.00 (kanak-kanak).
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi nombor berikut:
- Florance – 0178114508
- Florinah- 0128191678
- Harlina – 0128497801 (whatapps sahaja)
- Rostinah – 0178607613
- Wendy -01114183732
Eco Pelancongan Kampung Terintidon
Lokasi: Eco Pelancongan Kg. Terintidon
Keterangan Lanjut/ Tempahan: 016-8340421
Terletak di Kampung Terintidon, Kota Belud.
Apa yang menarik di sini ialah anda boleh belajar menebarkan jala (Rambot), jungle trekking dan berekreasi bersama keluarga.
Aktiviti jungle trekking termasuklah mendaki Bukit Garas (2.45km), Bukit Kilabi (4km), berkhemah di Base Camp Nolobuh sejauh 7km perjalanan secara jungle trekking.
Untuk aktiviti jungle trekking ke Nolobuh Base Camp, anda boleh memilih pakej 2 hari 1 malam atau secara perjalanan pergi balik yang mengambil masa 1 hari.
Antara aktiviti di sini ialah perjalanan meneroka gua yang sangat mencabar (anda terpaksa berenang, merangkak dan memanjat) dan akhirnya melihat suasana air terjun di dalam gua.
Kemudahan yang disediakan termasuklah pondok di tepi sungai lengkap dengan peralatan barbeku. Terdapat beberapa pondok (sulap) yang disediakan khas untuk pengunjung yang ingin bermalam dengan kemudahan yang minimal iaitu pelita sebagai lampu malam.
Tandas dan bilik mandi juga disediakan untuk pengunjung.
Borneo Bayau Flying Fox
Lokasi: Borneo Bayau Flying Fox, Jalan Kota Belud-Ranau
Contact: 013-3351857
Telegram: m.me/Borneobayauflyingfoxx
Dengan jarak 340 meter dan pada ketinggian kira-kira 50 meter, pada cuaca yang cerah anda akan terbang dengan Gunung Kinabalu berada di sebelah kanan anda.
Rakamkan saat ini dengan kamera anda dan simpan memori yang sukar untuk diperoleh saat-saat anda terbang bersama kami.
Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi nombor diatas.
Melangkap Nabalu Rafflesia
Lokasi: Melangkap Nabalu Rafflesia
Telegram: m.me/MNRecotourism
Hubungi: 014-6501940
Anda inginkan ketenangan suasana kampung di tepi sungai dengan udara yang nyaman dan sejuk dikala senja ? Bagaimana jika anda cuba menginap dan bersantai di Melangkap Nabalu Rafflesia?
Aktiviti biasa di sini ialah berkhemah, hiking ke Bukit Melangkap, menyusur Sungai Panataran dan bermandi manda.
Tempat ini juga menyediakan pondok tradisional, homestay, bilik persalinan serta tandas.
Sememangnya pengalaman yang agak menarik bersama keluarga!
Nahandang Melangkap Homestay & Campsite
Lokasi: Nahandang Melangkap Homestay & Campsite
Telegram: m.me/nahandanghomestay
Hubungi: 014-868 9269
Masih lagi tercari-cari tapak perkhemahan dan homestay? bagaimana dengan tempat ini?
Nahandang juga merupakan tempat yang agak menarik untuk mengisi aktiviti cuti anda.
Aktiviti utama ialah barbeku, berkhemah dan bermandi manda.
Kemudahan yang disediakan ialah seperti kelengkapan barbeku, kerusi dan meja kayu untuk bersantai, tandas, bilik persalinan, sewa khemah dan homestay.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi pengurus tempat ini melalui nombor dan pautan telegram diatas.
Eco Pelancongan Ikan Jinak Sungai Paramat, Melangkap Tiong
Lokasi: Eko Pelancongan Melangkap Tiong
Telegram: m.me/bombonparamat
Hubungi: 016-835 0787
Merupakan salah satu tempat dimana anda boleh melihat, memberi makan,membelai dan memegang ikan. Jangan risau, ikan ini tidak akan mencederakan anda. Lagipun ikan ini tidak bergigi.
Bagaimana jika anda bermandi manda bersama ikan-ikan jinak ini?
Kemudahan disediakan termasuk tandas dan bilik mandi dan bilik persalinan.
Pak Tuah Coral Beach Homestay
Lokasi: Pak Tuah Coral Beach Homestay
Telegram: Pak Tuah Coral Beach Homestay
Hubungi: 017-801 3017
Terdiri daripada 5 buah homestay ringkas yang berhadapan dengan pantai. Terdapat jeti kecil yang sesuai untuk anda bersantai dan mungkin boleh mencuba nasib untuk memancing di sini.
Biasanya tempat ini sesak terutamanya pada hujung minggu. Sangat sesuai untuk anda yang ingin menginap di tempat ini secara berkumpulan atau dalam jumlah keluarga yang besar
Sesuai untuk bermandi-manda, bermain pasir bersama anak-anak, dan menikmati suasana pemandangan menarik dan memukau dikala senja menjelang.
Pantai Rangbulan
Lokasi: Pantai Rangbulan
Telegram: m.me/Pantairangbulan
Whatapps/Hubungi: 013-8986380
Pantai Rangbulan menyediakan perkhidmatan penginapan (chalet) dan site camping, memancing, banana boat, kawasan mandi manda, sukan pantai seperti berkayak dan banyak lagi.
Juga menyediakan tempat untuk aktiviti seperti hari keluarga, sambutan hari jadi, pakej perkahwinan dan sebagainya.
Taburan Eco Resort
Lokasi: Kampung Toburan
Hubungi: Mr Abai Gumpai (0128391045)
Merupakan kawasan pantai yang mempunyai pemandangan yang menarik. Sesuai untuk berekreasi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Terdapat rumah tradisi Dusun Tobilung. Anda boleh berkemah atau bermalam di tempat ini sambil menikmati suasana malam yang tenang, melihat bintang juga menikmati suasana matahari terbit dan terbenam.
Cabana Retreat
Lokasi: Cabana Retreat
Telegram: m.me/cabanaretreat
Hubungi: 013-885 0903
Terletak di Kampung Rampayan, Kota Belud. Yuran Masuk adalah RM 5.00 seorang.
Mencari kelainan dalam berkhemah ? Cabana Retreat mungkin tempat yang sesuai untuk anda.
Tempat ini juga sesuai untuk bermandi-manda, menikmati waktu senja dan bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan.
Juga menyediakan pelbagai pakej seperti perkahwinan, sambutan hari jadi dan sebagainya. Anda juga boleh membawa khemah anda dan berkhemah di tempat ini dengan yuran masuk yang berpatutan.
Dedsaan Beach Village
Lokasi: Ded’Saan Beach Village
Telegram: m.me/dedsaanbeachvillagekotabelud
Terletak di Kampung Rampaian Laut, Kota Belud. Jika anda bercadang untuk beriadah bersama keluarga, mungkin ini merupakan tempat yang sesuai, anda boleh bermandi manda, bersiar-siar di pesisiran pantai dan menikmati pemandangan mentari senja.
Yuran masuk adalah serendah RM 2.00 seorang sahaja.
Dragon Pearl Beach Resort Sdn. Bhd.
Lokasi: Dragon Pearl Beach Resort Sdn. Bhd. Kota Belud
Waktu Urusniaga: 8.30 am hingga 6.30 pm
Terletak di Kampung Mangkabar, Jalan Pituru Laut. Merupakan pusat peranginan yang terkenal untuk aktiviti Snorkeling, berkayak, berkemah, memancing dan jungle trekking dengan harga yang berpatutan untuk setiap aktiviti.
Juga menyediakan tempat penginapan serendah RM 60 untuk penginapan berbentuk pondok dan RM 30 (khemah).
Yuran masuk yang dikenakan adalah RM 5.00 bagi dewasa dan RM 2.00 untuk kanak-kanak (5-12 tahun).
Untuk informasi lanjut berkaitan dengan perincian harga serta aktiviti, sila ke pautan berikut: Dragon Pearl Beach Resort: Lokasi Snorkeling Menarik di Kota Belud.
Bukit Bendera Trail
Berita baik untuk peminat hiking. Bagaimana jika anda mencuba trek hiking baru ini.
Starting trail terletak di quarters hospital Kota Belud.
Pemandangan seluruh pekan Kota Belud boleh dilihat di atas puncak bukit ini!
Panduan lengkap:
- Lokasi: Bukit Bendera Trail
- Hubungi: 088-976 333
Mount Nungkok
Sudah pasti anda akan mengalami pendakian yang mencabar di sini.
Alami keindahan flora dan fauna sepanjang trek pendakian. Walaubagaimanapun anda perlu menghubungi nombor tertera untuk tempahan dan informasi lengkap!
Panduan lengkap:
- Lokasi: Kg. Tambatuon, Kota Belud
- Hubungi: 011-25217718
Karanahan View
Tempat menarik terbari di Kota Belud!
KARANAHAN VIEW telah mulai beroperasi pada 31 Ogos 2019.
Menyediakan sukan paddle boat, watter roller, water ball, floating boat dan permainan layang-layang.
Anda boleh bersantai sambil memberi makan kepada ikan di kolam hiasan dan bermanja dengan arnab yang comel.
KARANAHAN VIEW milik penuh Tempasuk Homestay yang terletak di Kampung Tempasuk Satu, Jalan Sangkir, Kota Belud, Sabah.
Panduan lengkap:
- Lokasi: Tempasuk Homestay
- Hubungi: 013-8048485
Aura Montoria, Kg Sayap
Menjanjikan trek yang menakjubkan, dengan flora fauna yang memukau!
Bermandi manda, jungle trekking mana satu pilihan anda?
Biar gambar berbicara!
Panduan lengkap:
- Lokasi: Aura Montoria Kg. Sayap
- Hubungi: 014 3650408
Pulau Mantanani
Sememangnya pulau yang sangat cantik dan terkenal!
Panduan lengkap:
- Panduan ke Pulau Mantanani 2020
- Lokasi: Pulau Mantanani
- Hubungi: 012-607 3382
Taman Arnab
Taman arnab baharu sahaja dibuka sejak Jun 2019
Masa Operasi:
- Isnin – Jumaat: jam 08:00 – 18:00
Sabtu – Ahad: jam 07:30 – 20:00
Harga Tiket Masuk:
- Warganegara: RM4
- Pelancong: RM12
- kanak kanak Bawah 2 tahun , Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas Atas 60 Tahun
- adalah PERCUMA!!!.
Panduan lengkap:
- Lokasi: Kampung Taun Gusi
- Hubungi: 019-803 4007
Sebenarnya masih banyak lagi tempat menarik di sekitar Daerah Kota Belud. Walaubagaimanapun, pihak info santai masih belum mempunyai info bagi tempat-tempat menarik tersebut.
Jika anda merupakan pengurus pusat pelancongan terutamanya di Kota Belud, sila berhubung dengan admin melalui email atau terus sahaja nyatakan tempat menarik tersebut di ruangan komen dibawah.
Nice place to visit….good info! Thank you so much Admin!!
Same-same 👍