10 Tempat Menarik Di Kota Marudu Untuk Lokasi Percutian Anda

Selain Kudat, Daerah Kota Marudu juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Jika anda berhasrat untuk melancong ke Sabah, admin sarankan anda masukkan Kota Marudu sebagai salah satu destinasi kembara anda.

Terdapat banyak tempat menarik yang admin ingin kongsikan untuk anda. Teruskan membaca perenggan seterusnya.

1. Panorama Paradise Resort

Panorama Paradise Resort merupakan salah satu tempat penginapan yang terletak di Bukit Pinotudung sejauh lebih kurang 24 km dari Pekan Kota Marudu. Pusat penginapan ini berdekatan dengan Hutan Simpan Gunung Cochrane.

Tempat yang tinggi, sejuk dan berangin merupakan kelebihan pusat penginapan ini. Anda berpeluang untuk menikmati udara yang nyaman serta pemandangan alam sekililing yang indah jika menginap di tempat ini.

Penginapan Panorama Paradise adalah berasaskan budaya dan gaya hidup desa yang aman dikelilingi dengan flora dan fauna yang pastinya memberikan satu pengalaman baru apabila anda menginap di tempat ini.

Tempat penginapan berasaskan desa ini menggunakan konsep Longhouse Cottage moden. Dari Bukit Pinotodung, anda boleh menikmati pemandangan yang indah dari Marudu Bay Ocean, Lembah Marudu, The Majestic Mt Kinabalu & Croker Range View, ladang, menonton monyet dan beratus-ratus spesis burung eksotik.

Selain itu anda juga berpeluang menikmati pemandangan matahari terbenam dan barbeque bersama keluarga dan rakan-rakan. Tempat ini juga menyediakan masakan tempatan yang lazat dengan layanan tradisional. Untuk panduan lokasi penginapan Panorama Paradise Resort daripada Kota Marudu, sila anda boleh menggunakan Google Map atau mengunjungi pautan ini.

2. Air Terjun Hatob

Kawasan air terjun ini sering dikunjungi oleh penduduk setempat untuk bermandi manda. Lokasi Air Terjun Hatob adalah berhampiran dengan Kampung Lotong, Kota Marudu.

Kehijauan hutan rimba juga merupakan salah satu tarikan utama di tempat ini. Gabungan hutan rimba dan air terjun yang menarik menjadikan tempat ini merupakan tempat yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan terutamanya pada hujung minggu.

3. Gumagayo River Park

Gumagayo River Park merupakan salah satu tempat menarik di Kota Marudu yang terletak di Kg Tangkol kira-kira 20 km dari Pekan Kota Marudu. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya ialah bermandi manda, bergayut dan terjun ke sungai, melihat ikan jinak, berbeku dan berkhemah.

Jika anda bercadang untuk bermalam di tempat ini, tempat penginapan juga ada disediakan dengan harga yang berpatutan.

4. Teringai Beach Cafe & Lodge

Mempunyai pesisiran pantai yang panjang dan bersih serta pasir yang putih berkilauan.
Pemandangan yang terbaik adalah pada waktu senja.

Teringai Beach Cafe & Lodge menyediakan penginapan inap desa yang bercirikan rumah panjang tradisi Kaum Rungus, makanan (serve no pork), pakej khas untuk majlis hari keluarga dan majlis perkahwinan tepi pantai serta perkahwinan bercirikan tradisi rumah panjang.

Perjalanan daripada pekan Kota Marudu ke tempat menarik ini adalah kira-kira 37 km atau mengambil masa 1 jam dengan had kelajuan biasa. Bagi panduan lokasi anda, anda boleh terus ke pautan ini.

5. Malas-Kalas Trail Dan Long House Kinorout, Kg. Kirangawan Tengah

Bagi peminat sukan eksterim, maka destinasi ini mungkin sangat sesuai untuk anda. Aktiviti utama ialah pengembaraan mendaki ke puncak Bukit Malas Kalas. Long House Kinorout merupakan tempat penginapan sebelum mengembara ke Bukit Malas Kalas.

Disebabkan ianya merupakan aktiviti lasak, maka anda perlu mengutamakan keselamatan diri sepanjang masa. Untuk maklumat lanjut mengenai tempat ini anda boleh mengunjungi pusat rekreasi Malas-Kalas melalui pautan ini.

6. Walai Tobilung Minansad

Walai Tobilung merupakan salah satu tempat dimana anda boleh melihat rumah tradisi masyarakat Tobilung secara lebih terperinci. Di sini anda juga akan mengenali dan mengetahui peralatan muzik, pakaian tradisional dan juga sejarah mengenai suku kaum ini.

Anda juga berpeluang untuk bersiar-siar di taman herba yang ada di perkarangan Walai Tobilung.

Lokasi tempat menarik ini adalah terletak sejauh 50 km dari Pekan Kota Marudu dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit perjalanan. Sila ke pautan ini untuk memudahkan pencarian lokasi anda.

7. Taman Kinabalu Sorinsim

Merupakan pusat pelancongan yang terkenal khasnya di Daerah Kota Marudu. Aktiviti yang boleh dilakukan di tempat ini ialah berbeku, bermandi manda dan berkhemah. Anda boleh juga bermalam di Taman Kinabalu Sorinsim dengan menempah penginapan yang disediakan berdekatan dengan pusat pelancongan ini.

Untuk sampai ke tempat ini, anda hanya memerlukan perjalanan sejauh 35 km atau 40 minit pemanduan daripada pekan Kota Marudu. Papan tanda dalam gambarajah menunjukkan anda telah pun sampai ke taman ini.

Untuk panduan lokasi perjalanan, sila pergi ke pautan ini.

8. Air Terjun Misumpak

Air Terjun Misumpak merupakan salah satu tarikan yang terdapat di sekitar Taman Kinabalu Sum Sorinsim Kota Belud. Namun pengunjung perlu berjalan kaki sejauh kira-kira 6.5 km untuk sampai ke kawasan air terjun ini.

Walaupun perjalanan yang sedikit jauh, rasa penat pengunjung pasti terubat apabila menikmati pemandangan air terjun yang mempersonakan disamping merasai keindahan flora dan fauna sepanjang perjalanan.

9. Makam Lagenda Orang Tinggi Gambaliu

Makam Lagenda Orang Tinggi Juga terdapat di sekitar Taman Kinabalu Sub Serinsim Kota Marudu. Daripada Taman Kinabalu Serinsim, pengunjung perlu berjalan kaki sejauh lebih kurang 1.5km untuk sampai ke makam ini.

Menurut sumber tempatan, makam ini merupakan makam seorang lelaki yang bernama Gambaliu. lelaki itu dianggarkan berketinggian 24 kaki berdasarkan tinggi makam tersebut.

Selain itu, makam tersebut dianggarkan telah mencecah usia 2,000 hingga 3,000 tahun lamanya.

10. Gunung Nambuyukong


Gunung Nambuyukong merupakan tempat pendakian yang popular yang terletak di Daerah Kota Marudu. Tapak Permulaan untuk mendaki gunung ini ialah di Taman Kinabalu Sub Sorinsim yang terletak di Kampung Monggis.

Pendakian dari Taman Sub Sorinsim ke puncak Gunung Nambuyukong adalah kira-kira 16 km dengan perjalanan yang amat mencabar. Pengunjung disarankan untuk bermalam di chalet sekitar Taman Sub Sorinsim sebelum memulakan pendakian pada keesokan hari.

Untuk membuat tempahan bagi mendaki Gunung Nambuyukong, anda perlu menghubungi pihak taman sabah terlebih dahulu. Bagi urusan tempahan dan pertanyaan lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi Sabah Parks.

Apakah pendapat anda mengenai tempat-tempat menarik di Kota Marudu yang telah disenaraikan ? Jika ada tempat menarik di sekitar Kota Marudu yang belum disenaraikan sila respon di ruangan komen.

Pihak infosantai akan sedaya-upaya untuk membuat penambahbaikan.

 

Leave a Reply