Tentang Saya

Achilles Leo Joseph, berbangsa Dusun, berumur 32 tahun merupakan pemilik blog ini. Beliau merupakan Warganegara Malaysia dan berasal dari Negeri Dibawah Bayu iaitu Negeri Sabah. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1983 di daerah kecil Sook, Keningau. Beliau mulai bersekolah (darjah 1 hingga 6) di SK Rancangan Penempatan Belia Tiulon pada tahun 1990. Pada tahun 1996-1998, beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah iaitu SMK Gunsanad, Keningau. Atas minat beliau dalam bidang teknikal, beliau kemudiannya berpindah ke SM Teknik keningau pada tahun 1999-2000.

Dengan keputusan SPM yang memberangsangkan, beliau berjaya melanjutkan pembelajaran (Matrikulasi) di Kolej Ibukota Kinabalu yang bertempat di Jalan Sepanggar, Telipok Sabah selama setahun. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda dalam bidang Kimia Industri di Universiti Malaysia Sabah selama tiga tahun.

Selepas memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kimia Industri) beliau mengikuti kursus lepasan ijazah dalam bidang Perladangan Sawit selama 6 bulan bermula Oktober 2005 hingga Mac 2006. Seterusnya beliau ditawarkan bekerja sebagai penyelia ladang di Yun Fook Plantation Sdn. Bhd. dan bekerja di ladang tersebut selama 4 bulan. Disebabkan gaji bulanan yang kurang memberangsangkan, beliau berusaha memohon kerja di ladang lain seperti Kertam Holdings dan Sawit Kinabalu Sdn Bhd.

Akhirnya beliau mendapat tawaran di kedua-dua ladang yang dipohon sebagai Pelatih Penolong Pengurus (Kretam Holdings) dan juga Pelatih Pengurusan (Sawit Kinabalu Sdn. Bhd.). Beliau akhirnya memutuskan untuk bekerja di Sawit Kinabalu Sdn. Bhd.

Banyak cabaran dan pengalaman pahit manis elama bekerja di Syarikat tersebut. Beliau berkhidmat di syarikat tersebut bermula dari Januari 2007 hingga Januari 2010. Jawatan terakhir yang disandang beliau ialah Eksekutif Pengeluaran dan Makmal.

Beliau terpaksa meninggalkan syarikat tersebut kerana mendapat tawaran sebagai guru yang mana merupakan kerjaya awam yang sangat diminati oleh beliau. Pada umur 27 tahun, beliau mengambil kursus perguruan yang dikenali sebagai Kursus Perguruan Lepasan Ijazah bertempat di Institut Pendidikan Guru, Pulau Pinang selama setahun.

Pada Januari 2011 beliau ditempatkan di sekolah terpencil iaitu SK Layon, Nabawan dimana daerah ini dekat dengan daerah kelahiran beliau, Sook. Kini beliau masih bertugas di sekolah tersebut dan belum merancang untuk berpindah.

Beliau amat meminati dunia blog dan mula mempelajari cara dan asas membuat blog bermula tahun 2012. antara blog yang dibangunkan oleh beliau ialah estechweb.com, sklayonsabah.blogspot.com, sklayon.blogspot.com dan blog ini, infosantai.com.

Blog infosantai merupakan blog versi Bahasa Malaysia dan berkongsi maklumat tentang perkara menarik yang berlaku di dalam dan luar negara. Beliau amat meminati dunia blog. Semua fakta dan informasi yang dikongsi di blog ini adalah hasil pembacaan beliau di blog-blog tempatan, luar negara dan juga daripada bahan bacaan seperti majalan dan akhbar.

Beliau telah berkahwin pada bulan Julai 2011 dan mempunyai 2 orang anak perempuan.

Leave a Reply