Wallpaper Komputer Yang Wujud Dalam Dunia Sebenar

wallpaper komputer infosantai

Penulis mempunyai kegemaran untuk menukar wallpaper komputer hampir setiap masa. Penulis mempunyai koleksi wallpaper yang cukup banyak daripada yang wallpaper bertemakan alam semulajadi hinggalah ke wallpaper jenis abstrak.  Kecantikan wallpaper tersebut mengerakkan hati penulis untuk cuba-cuba membuat kajian – Adakah wallpaper secantik itu wujud dalam dunia sebenar? hasilnya:

[dropshadowbox align=”none” effect=”lifted-both” width=”350px” height=”” background_color=”#ffffff” border_width=”1″ border_color=”#dddddd” ]Pantai Merah – China[/dropshadowbox]

Pantai Merah China
Foto kredit : chinatouradvisors.com

Warna merah pada foto diatas kelihatan seperti efek grafik. Hakikatnya foto diatas adalah foto yang asal tanpa apa-apa efek grafik. Foto ini diambil di Pantai Merah atau lebih dikenali sebagai Red Beach terletak di bandar Panjin, Liaoning China. Sebenarnya warna merah dikawasan pantai tersebut adalah disebabkan oleh sejenis rumput laut yang dikenali sebagai Suaeda. Keadaan seperti dalam gambar diatas hanya boleh disaksikan semasa musim luruh.

[dropshadowbox align=”none” effect=”lifted-both” width=”450px” height=”” background_color=”#ffffff” border_width=”1″ border_color=”#dddddd” ]Pergunungan Tianzi – China[/dropshadowbox]

Kredit foto : boomsbeat.com
Foto kredit : boomsbeat.com

Jikalau anda gemar melihat lukisan imaginasi daripada negara China, foto diatas seumpama salah satu daripadanya. Foto ini diambil di Pergunungan Tianzi terletak di bahagian utara Wulingyuan, bandar Zhangjiajie, China. Pergunungan ini meliputi keluasan sebanyak 67 km persegi, dengan pemandangan yang mengagumkan dimana puncak-puncak gunung berdiri secara berasingan. Puncak tertinggi direkodkan setinggi 1,262 meter, kira-kira 1/4 daripada ketinggian Gunung Kinabalu.

[dropshadowbox align=”none” effect=”lifted-both” width=”500px” height=”” background_color=”#ffffff” border_width=”1″ border_color=”#dddddd” ]Canola Flower Field – China[/dropshadowbox]

Canola Flower Fields China
Foto kredit : popsugar.com

Pernah menggunakan foto seperti ini sebagai wallpaper komputer anda?Foto ini diambil di Canola Flower Field yang terletak di Luoping bahagian Timur Yunnan, China. Kawasan ini memberikan pemandangan yang mempersonakan pada musim bunga dimana ketika itu Canola Flower sedang berkembang penuh menjadikan kawasan tersebut berwarna kuning keemasan.

[dropshadowbox align=”none” effect=”lifted-both” width=”500px” height=”” background_color=”#ffffff” border_width=”1″ border_color=”#dddddd” ]Zhangye Danxia -china[/dropshadowbox]

zhangye danxia China
Foto kredit : dilshaddeyani.info

Foto diatas merupakan salah satu daripada wallpaper komputer yang diminati oleh ramai. Foto ini diambil di Zhangye Danxia, China. Dengan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan pelbagai warna, sekilas pandang foto yang diambil di kawasan Zhangye Danxia ini umpama lukisan minyak. Pemandangan di kawasan Zhangye Danzia ini terbentuk secara semula jadi hasil daripada hakisan angin, air, salji memperlihatkan lapisan batu dan tanah.

[dropshadowbox align=”none” effect=”lifted-both” width=”600px” height=”” background_color=”#ffffff” border_width=”1″ border_color=”#dddddd” ]Wisteria Flower Tunnel – Jepun[/dropshadowbox]

Wisteria Flower Tunnel - Japan
Foto kredit : udivitelno.com

Salah satu daripada foto yang seakan-akan hasil daripada efek grafik namun sebenarnya foto ini adalah foto yang sebenar diambil di Wisteria Flower Tunnel yang terletak  di Ashikaga Flower Park, Bandar Ashikaga, Tochigi Jepun. Pemandangan indah ini dapat disaksikan sepenuhnya pada bulan Mei, dimana ketika itu semua bunga ditaman itu sedang berkembang penuh.

[dropshadowbox align=”none” effect=”lifted-both” width=”600px” height=”” background_color=”#ffffff” border_width=”1″ border_color=”#dddddd” ]Tunnel of Love – Ukraine[/dropshadowbox]

Foto kredit : wallconvert.com

Pernahkah anda menggunakan gambar seperti ini sebagai wallpaper anda? Sebenarnya foto ini diambil daripada tempat yang dipanggil Tunnel of Love yang terletak di Klevan, Ukraine. Jalan keretapi yang sepanjang 3 kilometer ini di kelilingi oleh tumbuhan hijau menjadikan suasana yang harmoni di tempat itu. Ramai yang percaya bahawa impian pasangan yang sedang bercinta akan terkabul jika mereka datang ke Tunnel of Love ini.

[dropshadowbox align=”none” effect=”lifted-both” width=”600px” height=”” background_color=”#ffffff” border_width=”1″ border_color=”#dddddd” ]Salar de Uyuni Bolivia[/dropshadowbox]

Salar de Uyuni Bolivia
Foto kredit : thousandwonders.net

Salar de Uyuni yang bermaksud “Permukaan rata bergaram Uyuni” terletak di kawasan Barat Daya Negara Bolivia berdekatan dengan Sempadan Chile. Kawasan yang seluas 10,000 kilometer persegi ini menjadi daya tarikan utama pelancong ke negara Bolivia kerana keindahan permandanganya. Sekilas pandang foto ini tampak seperti hasil daripada kerja grafik komputer. Namun itulah sebenarnya kelebihan tempat ini. Karakteristik garam di tempat ini membuatkannya kelihatan seperti sebuah cermin gergasi memantulkan imej awan.

[dropshadowbox align=”none” effect=”lifted-both” width=”500px” height=”” background_color=”#ffffff” border_width=”1″ border_color=”#dddddd” ]Naica Mine – Mexico[/dropshadowbox]

Naica Mine - Mexico
Foto kredit: www.naica.com.mx

Penulis juga tidak menyangka foto ini benar-benar wujud. Foto ini diambil di Lombong Naica, Mexico. Tempat ini dijumpai semasa operasi perlombongan secara tidak sengaja. Kristal yang dijumpai tersebut rata-rata besaiz besar malah ada yang bersaiz sehingga 1.2 meter diameter dan sepanjang 15 meter. Kristal tersebut mengandungi Selenite. Malangnya tempat ini di tutup kepada orang awam. Sememangya patut ditutup kerana tempat ini berbahaya. Beberapa orang pelombong telah mati  ketika cuba mencuri Selenite tersebut.
Adakah anda menyukai artikel ini? Jika ya kongsikanlah kepada rakan anda dengan menekan butang share pada bahagian akhir dan tepi artikel ini.

 

1 thought on “Wallpaper Komputer Yang Wujud Dalam Dunia Sebenar”

Leave a Reply