Cara Dapatkan Duit Dengan Aplikasi Handphone

info santai buat duit dari aplikasi handphone
Foto Kredit : entrepreneur.com

Sebagai pengguna smartphone atau handphone, adakah anda tahu akan kewujudan aplikasi yang boleh menghasilkan duit? Aplikasi pencari uang atau wang ini boleh anda perolehi daripada playstore bagi pengguna android dan iTunes untuk iOS.

Anda cuma perlu tahu mana satu aplikasi buat duit yang benar-benar berfungsi. Dipendekkan cerita, di sini saya telah menyenaraikan cara dapatkan duit dengan aplikasi handphone berserta dengan pautan aplikasinya.

Anda pilihlah mana satu yang berkenaan dihati.

Cara Dapatkan Duit Dengan Aplikasi Handphone : Aplikasi Gambar atau Foto

Foap

buat duit guna foap
Foto kredit : thenextweb.com

Berita baik kepada kita yang gemar mengambil gambar menggunakan handphone. Foap adalah medium atau ‘orang tengah’ untuk kita menjual foto. Menurut sumber yang diperolehi daripada foam.com sendiri, mereka menyatakan bahawa foap menjadi sumber utama pembekal foto kepada syarikat-syarikat terkenal seperti Volvo group, Mastercard, Hyat dan banyak lagi. Bagaimanakah kita boleh menjana duit tambahan melalui foap? Senang sahaja install aplikasi foap di handphone anda, lengkapkan profile anda, dan upload gambar-gambar menarik yang anda ambil. Berkongsi gambar anda dan jana duit sampingan melaui foap.

Kebaikan

  • Setiap gambar atau foto anda yang berjaya dijual anda akan mendapat usd 5 (RM~20)
  • Gambar yang sama boleh dijual lebih dari sekali – tanpa batasan

Cabaran

  • Keupayaan anda untuk mengambil foto yang mampu menarik pembeli. Tips: Rujuk trend terkini dalam google search trend dan ambil gambar berdasarkan trend semasa
  • Bayaran melalui paypal. Anda memerlukan akaun paypal yang disahkan.

Dapatkan aplikasi foap sekarang!    Android atau    iOS

Clashot 

Buat duit melalui aplikasi telefon clashot
Foto kredit : thedesignwork.com

Moto mereka adalah “Shoot, publish and sell your photos instantly“. Clashot juga merupakan aplikasi yang membolehkan anda menjual gambar-gambar menarik yang anda ambil menggunakan handphone anda. Khabar gembira bagi kita yang gemar mengambil gambar alam semulajadi, gambar bandar atau tempat, gambar situasi menarik dan banyak lagi. Jikalau anda gemar mengambil gambar makanan untuk wall facebook anda upload sekali untuk Clashot.

Jika pembeli tertarik anda akan dibayar dengan dengan harga daripada $0.50 – $80 sekali. Oh ya, pernah dengar tentang Depositphotos? Ia adalah bank foto yang terbesar di dunia dan Clashot akan memaparkan gambar-gambar anda disana. Berita baiknya? berjuta pembeli menggunakan Depositphotos sebagai sumber mereka untuk mendapatkan gambar atau foto!

Kebaikan

  • Setiap gambar yang dijual berharga antara $0.50 – $80 (kira-kira RM2-RM320)
  • Gambar anda akan dipaparkan di Depositphotos – foto bank terbesar di dunia dengan jutaan pembeli.

Cabaran

  • Baki akaun Clashot anda mesti melebihi $50 (kira-kira RM200) barulah anda boleh membuat pengeluaran melalui Paypal atau Skrill.
  • Tips: Untuk pemahaman lebih lanjut sila luangkan masa untuk membaca panduan Clashot

Jika anda tertarik dapatkan aplikasi ini untuk    Android atau untuk    iOS.

Aplikasi cuba permainan, tonton video dan survey

WHAFF

buat duit guna aplikasi whaff
Foto kredit : onhax.net

WHAFF menawarkan hadiah (dalam bentuk duit/wang) untuk 3 perkara: Install, main dan simpan. Ringkas dan menarik. Apa yang kita perlu lakukan adalah mencuba setiap aplikasi yang ditawarkan oleh mereka. WHAFF telah beroperasi lebih daripada 4 tahun dan telah mencatatkan lebih daripada 5juta muat-turun.

Kelebihan

  • Berhibur dengan aplikasi-aplikasi yang ditawarkan dan terima bayaran
  • Login setiap hari untuk mendapatkan bonus ‘kehadiran’
  • Kenalkan pada rakan anda – anda dan rakan anda akan mendapat bonus sebanyak $0.30 (kira-kira RM1.20)

Cabaran

  • Penulis cadangkan para pembaca untuk menggunakan aplikasi ini hanya jika anda sedang online menggunakan WIFI kerana operasi aplikasi ini melibatkan aktiviti muat-turun dan mencuba aplikasi baru yang mana akan memakan quota mobile internet anda.
  • Storage Handphone anda ‘penuh’. Tips : Penulis cadangkan para pengguna untuk uninstall selepas mendapat ganjaran ataupun alihkan aplikasi ke memory card anda.

   invitation code CS19921

Note : Penulis amat berbesar hati jika pembaca mengunakan WHAFF invitation code CS19921 sewaktu installation kali pertama. Kedua-dua pihak akan mendapat bonus sebanyak $0.30 (kira-kira RM1.20)

Berminat dengan aplikasi ini? dapatkan aplikasi ini untuk    Android sekarang!

MintCoins

guna aplikasi mintcoins untuk buat duit
Foto kredit : youtube.com

MintCoins membayar anda untuk beberapa perkara. Antaranya adalah muat turun aplikasi dan cuba, melihat video iklan, dan juga mengikuti survey. Bayaran adalah berbeza-beza mengikut kemampuan syarikat yang membuat pengiklanan tersebut.

Bagaimanakah MintCoins mampu membayar anda? Sebenarnya MintCoins hanyala ‘orang tengah’ atau syarikat pengiklanan yang berkongsi bayaran yang mereka terima dengan anda. ‘Win-win Situation‘? Konsepnya adalah daripada banyak-banyak pengguna yang mencuba apa-apa aplikasi yang dimuat turun, ada kebarangkaliannya diantara pengguna tersebut akan ‘jatuh hati terhadap’ aplikasi tersebut dan akan menggunakan perkhidmatan premium yang ditawarkan.

Kelebihan

  • Baki minima yang boleh dikeluarkan adalah usd 1! (kira-kira RM4.50). Boleh dikeluarkan terus masuk ke dalam akaun paypal anda. Bayaran masuk dalam tempoh 24 jam selepas pengeluaran.
  • 100 coin bersamaan dengan usd 1 (kira-kira RM4.50)
  • Banyak pilihan aktiviti yang boleh dilakukan, bergantung pada anda.
  • Tawaran yang menarik – mencuba dan dibayar. Kebanyakkan aplikasi yang ditawarkan adalah menarik dan berguna yang mungkin tidak terlintas difikiran anda sebelum ini.

Cabaran

  • Cabaran utama yang penulis ingin nyatakan sini adalah kos untuk muat turun aplikasi. Jikalau anda online menggunakan ‘handphone‘ jumlah upah untuk muat turun adalah tidak berbaloi. Tips: Guna wifi untuk aktiviti yang melibatkan muat turun aplikasi
  • Muat turun dan install akan membuatkan handphone anda sesak (penuh). Tips: selepas cuba dan mendapat bayaran buang aplikasi tersebut, kecuali anda menyukai aplikasi tersebut.

Jika anda tidak dapat membuat apa-apa aktiviti anda masih mempunyai pilihan terakhir, ajak rakan anda untuk mencuba Mintcoins mengunakan invitation code anda dan kedua-dua pihak akan mendapat bonus. Menarik bukan? MintCoins sanggup membayar kita dengan kadar tersebut kerana bagi mereka makin ramai pengguna makin banyak pendapatan yang mereka perolehi.

Invitation code untuk MintCoins

Penulis amat berbesar hati jika anda menggunakan invitation code ini 5mTsgbEqR untuk installation kali pertama. Jangan bimbang kedua-dua pihak bonus.

Berminat? Dapatkan MintCoins disini    Android.

Earn money

buat duit guna aplikasi earnmoney
Foto kredit : androidpit.com

Earn Money juga merupakan aplikasi yang menawarkan bayaran untuk anda membuat beberapa aktiviti. Antaranya adalah: mendaftar di laman web, mencuba aplikasi baru, survey dan sebagainya. Terdapat juga aktiviti premium (memerlukan bayaran) dimana menjanjikan bayaran pulangan yang tinggi tetapi penulis cadangkan kita cuba dahulu yang percuma – tujuan kita adalah mendapatkan pendapatan sampingan dengan modal kosong.

Sistem bayaran Earn Money adalah seperti berikut: untuk setiap aktiviti yang berjaya diselesaikan kita akan mendapat point ( 15 point, 24 point…). 100 point bersamaan dengan 1 usd. Agak menarik sini adalah cara pembayaran mereka, setiap kali anda berjaya menyelesaikan aktiviti yang ditawarkan bayaran akan dibuat terus pada akaun paypal anda dalam tempoh 24 jam!

Kelebihan

  • Aktiviti santai dan menarik – mencuba aplikasi percuma, melawat laman web dan sebagainya. Baik untuk mereka yang gemar online.
  • Minima pengeluaran adalah usd 1 (kira-kira RM4.50)

Cabaran

  • Jika anda menggunakan internet handphone bayaran adalah tidak berbaloi dengan kadar penggunaan kuota internet anda. Tips: guna wifi untuk aktiviti yang melibatkan muat turun dan install aplikasi.
  • Berbanding dengan mintcoins, tawaran yang ada di Earnmoney agak sedikit.
  • Memerlukan akaun paypal yang disahkan.

Penting!: Abaikan tawaran yang meminta nombor telefon anda untuk mengelakkan anda membayar kos. Terdapat tawaran yang meminta anda untuk melanggan khidmat mereka.

Menarik!: Earn money juga membayar anda jika anda memperkenalkan aplikasi ini kepada rakan anda dengan menggunakan invitation code anda.

Invitation Code untuk Earn Money

Penulis amat berbesar jika para pembaca yang berminat menggunakan invitation code IfWj5xQL4 ketika installation kali pertama. Jangan bimbang kedua-dua pihak akan bonus.

Jika anda berminat dapatkan aplikasi ini disini    Android

TapCash

buat duit guna aplikasi tapcash
Foto kredit : digitalguide.com

Tap Cash merupakan aplikasi yang menawarkan bayaran untuk kita mencuba aplikasi yang ditawarkan oleh mereka. Konsep Tap Cash adalah muat turun, main/cuba dan dapatkan ganjaran. Antara aktiviti yang ditawarkan oleh Tap Cash adalah muat turun dan install games atau aplikasi baru, melihat video dan juga beberapa tugas yang senang. Anda akan dibayar dalam bentuk kredit yang mana boleh diguna untuk membeli barang-barang di Amazon, Google Play Gift atau pindahkan terus dalam akaun paypal anda.

Untuk mendapat bonus point pastikan anda link dengan account facebook atau google anda.

Kelebihan

  • Aktiviti senang dan menarik
  • Bonus diberikan setiap kali anda login

Cabaran

  • Seperti aplikasi jenis yang sama, cabaran utama Tap Cash adalah penggunaan internet handphone anda dan juga muatan handphone anda. Tips: gunakan wifi dan buang aplikasi yang ditawarkan setelah mendapat ganjaran.
  • Memerlukan akaun paypal

Menarik!: Tap Cash juga menawarkan bayaran jika anda memperkenalkan aplikasi ini kepada rakan-rakan anda dengan mengunakan referral code anda. Referal code boleh di rujuk dalam bahagian setting aplikasi.

Invitation code untuk Tap Cash

Penulis amat berbesar hati jika para pembaca yang berminat dengan aplikasi Tap Cash menggunakan invitation code 8364988.

Anda berminat dengan Tap Cash? Sila dapatkan aplikasi ini di sini    Android

AppTrailes

buat duit guna aplikasi apptrailers
Foto kredit : iphoneinformer.com

AppTrailers membayar anda untuk masa yang anda luangkan untuk melihat video. Video-video yang ditawarkan kan kebanyakkannya adalah video pengiklanan untuk aplikasi-aplikasi baru. Selain itu anda boleh mendapatkan ganjaran tambahan dengan cara mengongsikan video menarik anda dan mendapatkan likes!

Ganjaran dibayar dalam bentuk point. Point yang anda kumpul boleh digunakan terus untuk pembelian barang online daripada store online terkemuka seperti Amazon, Sephora, Footlocker dan iTunes! Atau tukarkan dalam bentuk wang dan masukkan dalam akaun paypal anda.

Kelebihan

  • Tugas anda hanya meluangkan masa beberapa ketika untuk menonton video.
  • Video-video yang ditawarkan menarik dan tidak membosankan.
  • Point yang di perolehi boleh tukarkan dalam bentuk wang/duit dimasukkan terus ke dalam akaun paypal anda ataupun ditukarkan dalam bentuk giftcard yang boleh digunakan di store online terkemuka seperti Amazon.

Cabaran

  • Cabaran utama adalah penggunaan kuota internet handphone anda. Penggunaan tidaklah sebesar penggunaan untuk muat turun aplikasi tetapi masih agak tinggi jika anda melihat banyak video dalam masa sehari. Tips: Guna Wifi.

Menarik!: Dapatkan bonus dengan cara memperkenalkan aplikasi ini kepada rakan anda. Gunakan referal username anda.

Rujukan untuk Apptrailes

Penulis amat berbesar hati jika para pembaca dapat menggunakan carnebus sebagai referral untuk installation kali pertama AppsTrailer.

Dapatkan AppTrailers untuk     Android atau untuk    iOS

Selamat mencuba!

Penulis akan sentiasa mengemaskini cara dapatkan duit dengan aplikasi handphone ini. Pastikan anda bookmark atau subscribe untuk mengikuti perkembangan. Untuk subsribe sila rujuk ke bahagian kanan artikel ini. Subscribe adalah percuma.

Jika anda sering ‘online‘ menggunakan komputer, penulis cadangkan untuk membaca artikel Cara menjana Duit Online di Malaysia.

Adakah artikel ini memberi infomasi bermanfaat pada anda? Jika ya penulis amat berbesar hati jika para pembaca dapat berkongsi artikel ini pada rakan-rakan dengan cara menekan ‘Share’ button yang terdapat pada akhir artikel ini atau pada bahagian tepi kiri artikel ini..

Posted in IT

11 thoughts on “Cara Dapatkan Duit Dengan Aplikasi Handphone

    1. Ya saudara Romiew, tidak rugi untuk mencuba. Cuma ingin ditekankan sini cabaran bagi aplikasi yang memerlukan muat turun dan install, sesuai ketika menggunakan wifi. Juga jangan mengambil tawaran yang meminta nombor telefon, kerana ianya mungkin akan menyebabkan anda di cas dengan bayaran tertentu.

          1. Sya baru sahaja selesai download dan guna whaff. Harap2 ia memberikan manafaat 🙂 earning= $0.24

    1. Saya bersetuju dengan pendapat tuan. Aplikasi foap dan clashot menguntungkan dalam jangka masa panjang. Cuma muatnaik gambar-gambar menarik dan tunggu. Kadar bayaran juga agak lumayan.

    1. I assume that you reach here and read using the google translate. Anyway thanks. I’ve visit your blog and that was equally fantastic!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *