Cara Kawal Panas Baran : 12 Langkah Untuk Mengatasi Rasa Marah Anda

Perasaan marah jika tidak dikawal dengan baik akan mengakibatkan kesan buruk terhadap diri anda dan orang-orang sekeliling anda. Jika tidak dikawal dengan baik ia akan mengakibatkan pergaduhan, kecederaan fizikan dan juga mental.

cara mengawal perasaan marah anda

Foto kredit : maskulin.karangkraf.com

Berikut merupakan beberapa urutan langkah yang patut anda ketahui untuk menghadapi hari-hari marah anda.

Duduk Diam dan Bertenang

Asingkan diri anda dan jangan berbuat apa-apa

Foto kredit : anxietyslayer.com

1. Benarkan diri anda untuk merasa marah

Anda mungkin berfikir bahawa anda perlu menyembunyikan marah anda, menahan rasa marah anda. Jangan berbuat demikian. Buruk untuk kesihatan dan akan menjadi bom jangka. Sebagai manusia kita semua berhak untuk merasa marah. Benarkan diri anda merasa marah kerana ini adalah normal.

2. Jangan mengambil apa-apa tindakan atau keputusan

Ini adalah langkah yang paling penting dan anda harus ingat setiap masa. Jika anda mula merasa marah tunggu dan jangan buat apa-apa. Keputusan terbaik adalah lari dari tempat kejadian. Asingkan diri anda. Buat keputusan untuk tidak membuat apa-apa sehingga anda dapat rasakan perasaan marah tersebut kurang menguasai anda.

3. Rasakan kemarahan tersebut pada badan anda

Adakah dada anda terasa panas? Dahi anda berkerut? Mata anda bergetar? Kaki dan tangan anda bergetar? Jantung anda berdegup laju? Tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan bahagian-bahagian yang tersebut. Sehinggalah bahagian-bahagian tersebut balik kepada keadaan normal.

Jika bahagian badan anda sudah kembali normal anda kini bersedia untuk ke bahagian yang seterusnya. Jika tidak kembali ke langkah pertama.

Kaji Punca Kemarahan Anda

Kaji punca kemarahan anda

Foto Kredit : wikihow.com

4. Cuba ingati keadaan anda sebelum anda mula marah

Mungkin anda stress dengan kerja? Mungkin anda baru sahaja lepas daripada traffic jam yang sangat teruk? Mungkin anda lapar? Kejadian yang sebelumnya mungkin menjadi pemangkin terhadap kemarahan anda walaupun bukan sepenuhnya.

5. Tanya diri anda kenapa anda marah

Adakah anda marah disebabkan oleh anggapan anda terhadap si dia ataupun disebabkan oleh perlakuan si dia? Atau kedua-duanya sekali? Contohnya anda berasa marah terhadap pasangan anda kerana lambat untuk mengambil anda dari tempat kerja dan pada anggapan anda diri anda tidak penting dalam hidupnya. Pasangan anda tersebut mungkin mempunyai sebab munasabah atas kelewatannya.

6. Catatkan dalam kertas

Tuliskan perasaan anda dan apa yang anda fikirkan satu persatu. Apa yang orang tersebut lakukan sehingga anda berasa marah? Adakah perasan marah tersebut tercetus disebabkan oleh tanggapan negatif anda? Pernakah kejadian ini berlaku sebelumnya? Apakah perasaan lain yang anda rasakan selain daripada perasaan marah? kecewa? Keliru? Luahkan semuanya.

7. Tulis surat

Sekarang anda sudah tahu dengan jelas apakah peranan si dia dan apakah peranan anda yang menjadi punca tercetusnya kemarahan dalam diri anda. Tulis surat. Terpulang kepada anda untuk menghantar surat tersebut atau tidak. Surat tersebut mungkin anda akan bakar jika anda memilih untuk berdepan dengannya. Jelaskan sepenuhnya apa yang anda mahu orang tersebut tahu, faham, atau ubah.

Selesaikan Punca Kemarahan Anda Setelah Perasan Marah Hilang

Bincang dengan si dia untuk mencari jalan penyelesaian terbaik

Foto kredit : mindly.org

8. Mulakan perbualan untuk menyelesaikan punca kemarahan anda

Anda boleh memilih untuk menghantar surat yang anda tulis sebelumnya. Kebaikan berdepan adalah anda boleh menerangkan dengan lebih mendalam apa-apa yang tidak difahami oleh si dia.

9. Gunakan bahasa dan intonasi yang sesuai

Elakkan menggunakan bahasa yang boleh mencetuskan kemarahan. Sebagai contoh ” Saya berasa sedih bila kamu lupa benda-benda yang penting bagi saya” adalah lebih baik daripada “Kamu sentiasa lupa benda-benda yang penting bagi saya. Ini bermakna saya ini tidak penting dalam hidup kamu”.

10. Fokus kepada isu semasa

Jangan kaitkan hal lain dalam perbincangan anda. Fokus kepada isu yang perlu diselesaikan pada masa tersebut. Tahan diri anda daripada melibatkan hal-hal lain yang mungkin terpendam dalam hati anda. Simpan perkara tersebut untuk perbincangan seterusnya pada masa yang lain.

11. Bersikap terbuka dan terima pendapat si dia

Ini sangat penting. Tersilap langkah akan memulakan episod kemarahan baru. Ingatkan diri anda untuk bersifat terbuka untuk menerima pandangan daripada si dia. Mungkin anda betul, mungkin si dia betul. Mungkin tidak ada yang salah atau yang betul cuma anda berdua melihat suatu benda dengan cara yang berlainan.

12. Fokus untuk mencari penyelesaian

Jika tujuan anda adalah untuk si dia mengaku kesilapannya, perbincangan anda tidak akan berjaya. Fokus untuk masa hadapan. Apa yang anda mahu dan apa yang terbaik untuk anda bersama.

Hidup kita singkat dan kita harus menikmati keindahannya. Jika perasaan marah ingin menguasai anda pada masa akan datang ingatlah langkah-langkah ini.. Petikan ini di terjemaah dan diubahsuai daripada hasil penulisan Lori Deschene.

Kongsikan artikel melalui butang share ini jika ianya bermanfaat pada anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *