Panduan Cara Masak Spaghetti Carbonara 2019-Pasti Sangat Sedap!

Kami sediakan panduan yang lengkap cara masak spaghetti carbonara yang pasti sedap!

Inginkan panduan dan tips cara masak spaghetti carbonara? Pencarian anda berbaloi di sini!

Jika anda peminat pasta, sudah pasti spaghetti carbonara merupakan salah satu makan kegemaran anda.

Bagaimana pula dengan cara menyediakannya? lagi bagus jika anda boleh membuatnya sendiri di rumah, bukan?

Makanan ini juga menjadi kegemaran kanak-kanak disebabkan rasanya yang enak, tidak pedas ditambah lagi dengan “cheese”.

Makan di kedai, memerlukan kos yang tinggi, bagaimana jika anak anda atau ahli keluarga anda teringin memakannya 2 hingga 3 kali semiggu? mungkin setiap hari?

Jalan terbaik adalah dengan membuatnya sendiri di rumah. Jangan risau, kami akan sediakan panduan lengkap akan kaedah memasak pasta carbonara yang lengkap khas untuk anda.

Anda boleh perasakan sendiri menurut citarasa anda!

Kita kenali bahan-bahannya terlebih dahulu, mudah didapati di mana-mana kedai!

Bahan-Bahan

  • 2 ulas bawang putih (dipotong halus)
  • 1 biji bawang besar  (potong dadu)
  • Serbuk lada hitam
  • Mixed herb

Ada banyak contoh mix herb, boleh gunakan mana-mana jenama yang sesuai.

  • 500 gram daging/ayam kisar (daging atau ayam dipotong halus tanpa tulang)

  • 1-2 keping cheese

Hanya gunakan sekeping cheese sahaja. Jika ingin rasa cheese yang kuat, boleh guna 2 keping cheese.

  • 1 Tin Pregio Carbonara

  • lebih kurang 100-200ml Susu segar@fresh milk

 

Apa-apa jenama susu segar pun boleh!

  • Setengah ketul Butter Cup (1/2 ketul)

Gunakan hanya separuh sahaja dari buttercup!

  • Serbuk lada hitam
  • Minyak Olive

Cara-cara menyediakan pasta carbonara:

Kaedah penyediaannya dibahagikan kepada 2, iaitu teknik rebus spaghetti dan kaedah menyediakan kuah pasta.

1Teknik Memasak Pasta

  • Gunakan bekas yang dalam (boleh menenggelamkan pasta sepenuhnya)
  • Masukkan air sehingga penuh
  • Masukkan garam bagi memberikan sedikit rasa masin pada pasta
  • Didihkan air bersama garam terlebih dahulu
  • Semasa air telah mendidih, masukkan pasta
  • Sentiasa rasa kekenyalan pasta semasa merebusnya. Pasta yang baik tidak terlalu lembut dan masih ada sedikit kenyal jika anda merasainya.
  • Apabila pasta telah masak, pindahkan ke bekas lain, gaulkan dengan sedikit olive oil supaya pasta tidak melekat.

2Penyediaan Kuah Carbonara

  • Panaskan kuali
  • Masukkan separuh ketul buttercup
  • Masukkan dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan
  • Masukkan daging cincang
  • Tumis sehingga daging bersama bawang tadi dalam 1-2 minit (sehingga daging masak). Jangan ambil masa yang lama kerana daging mungkin menjadi liat!
  • Pindahkan ke bekas lain.
  • Dengan menggunakan kuali yang sama (tidak perlu basuh), masukkan 1 tin mushroom pregio carbonara. Gunakan api kecil
  • Tuangkan 100-200 ml susu segar, masukkan 2 keping cheese, sedikit mix herb, sedikit lada hitam.
  • Masukkan garam dan gula (separuh sudu teh garam dan 1 sudu teh gula). Perasakan mengikut citarasa anda.
  • Masukkan kembali daging+bawang tadi.
  • gaul sehingga mendidih
  • Siap!

Cara penyediaan:

  • Masukkan pasta yang telah direbus ke dalam piring.
  • Tuang kuah carbonara di atas pasta tadi secukupnya
  • Gaul sebati
  • Kini, anda boleh merasainya!

Jom kongsikan resepi ini kepada rakan-rakan anda!

 

 

Leave a Reply