Rumah IBS: Bina Rumah Idaman Dengan Kos Serendah RM80k

rumah ibs

Berapa harga rumah yang termurah anda pernah jumpa di pasaran? RM150K? RM200K? Rata-rata harga rumah pada masa kini terutamanya di Sabah MAHAL. Bagi mereka yang sedang mencari rumah pasti setuju.

Dan berita baiknya, (baiklah sangat) harga rumah ini akan terus meningkat!

Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk memiliki rumah sendiri? Minta bantuan kerajaan? Sampai bila? Pastikah bantuan akan diberikan?

Untuk pengetahuan bersama, terdapat alternatif lain yang kita boleh lakukan untuk memiliki rumah sendiri. Iaitu: Bina rumah IBS. Bina rumah dengan kos lebih rendah dengan teknologi IBS. Rumah pasang siap paling murah di Malaysia yang anda boleh bina atas tanah sendiri. Budget? Serendah RM80K untuk 800 kaki persegi.

Dalam post ini, kita sama-sama mengenali:

  1. Apa itu rumah IBS
  2. Berapa kos bina rumah IBS vs rumah yang dijual diluar sana
  3. Apa syarat untuk membuat rumah IBS
  4. Siapakah yang anda boleh hubungi untuk membuat rumah IBS

Apa itu RUMAH IBS?

panel ibs untuk rumah ibs

Pernah anda dengar rumah IBS? IBS ialah singkatan bagi “Industrialised Building System“. Nama IBS ini digunakan di Malaysia untuk teknik pembinaan rumah yang mana Komponen-komponen rumah tersebut seperti dinding sudah dibuat siap sedia dikilang.

Komponen tersebut kemudiannya dibawah ke tapak pembinaan dan disambung untuk membentuk sebuah rumah. Pada peringkat antarabangsa ia juga dikenali sebagai “pre-frabricated/pre-fab construction“, “modern method of constructionMMC dan juga “off-site construction“.

Secara ringkasnya, rumah IBS adalah rumah pasang siap, dengan kos lebih rendah dan masa pembinaan yang lebih singkat. Anda boleh membina rumah IBS diatas tanah sendiri, tanah keluarga atau tanah kampung.

Bagaimanah cara pembuatan rumah IBS?

merancang pembinaan rumah ibs

 

Bergantung kepada si pembuat (kontraktor) rumah yang anda pilih, prosedur standard pembinaan rumah IBS adalah seperti berikut:

  1. Anda menghubungi kontraktor pilihan anda.
  2. Perbincangan awal: Rekabentuk rumah dan kos.
  3. Lawatan tapak.
  4. Persetujuan tercapai.
  5. Pembinaan bermula dengan tapak dan struktur utama bangunan.
  6. Pemasangan panel IBS.
  7. Pemasang sistem perpaipan and juga pendawaian elektrik.
  8. Rumah siap, penyerahan kunci.

Anda boleh merekabentuk sendiri rumah anda dengan nasihat kontraktor anda. Lukisan akhir (standard) akan disiapkan oleh kontraktor anda. Selain itu, si kontraktor juga sepatutnya mempunyai contoh-contoh reka bentuk rumah untuk anda pilih.

Berapa lamakah rumah IBS boleh disiapkan?

jangka masa rumah ibs siap

Rumah IBS boleh disiapkan dalam jangka masa 1 – 4 bulan bergantung pada jenis, luas, kerumitan dan juga cuaca. Sebagai rujukan, rumah IBS seluas 1200 kaki per segi boleh disiapkan dalam jangka masa kurang daripada 2 bulan.

Menurut para kontraktor, cabaran paling utama bagi mereka untuk menyiapkan rumah IBS adalah cuaca. Benar juga, kalau setiap hari hujan, pekerja pun tidak mahu kerja, bahaya.

Rumah IBS vs Rumah Batu Bata

Keterangan Rumah IBS Rumah batu bata Nota
Keringanan Binaan 0.7 1 1kg batu-bata = 0.7kg IBS
Pemindahan haba 0.9 1.7 suhu dalam rumah IBS tidak mudah dipengaruhi suhu luar
Pemindahan Bunyi 28 35 Rumah IBS lebih kalis bunyi
Kekuatan 900KN/M 700KN/M Rumah IBS adalah 1.2 lagi kuat daripada batu bata
Daya Tahan Api 9 2 Kalis api, sukar untuk terbakar
Daya tahan gegaran 9 skala richter 2 skala richter IBS mampu bertahan dan tidak mudah retak
Daya tahan kebocoran air Tinggi Rendah Kalis air, tidak mudah ditembusi air

Sila lihat video ini daya ketahanan rumah IBS vs rumah batu bata:

Cantik tak rumah IBS ini?

Cantik atau tidak itu bergantung kepada reka bentuk yang anda minta atau pilih. Rumah IBS juga seperti rumah biasa (batu bata). Boleh dibuat mengikut reka bentuk pilihan anda.

Berikut merupakan contoh beberapa rumah IBS yang diambil dari seluruh Malaysia:

contoh rumah IBS contoh rumah IBS contoh rumah IBS

 

Kos rumah IBS vs rumah batu-bata

Berapa harga rumah yang ada dipasaran sekarang? Mari kita lihat contoh beberpa harga rumah yang ada dijual di Sabah.

  1. Rumah teres setingkat, Keningau (924 kaki per segi): RM245,605 – RM265/kps
  2. Rumah teres setingkat, Sipitang (946 kaki per segi): RM288,200 – RM305/kps
  3. Rumah teres setingkat, Keningau (820 kaki per segi): RM218,750 – RM266/kps
  4. Rumah teres 2 tingkat, Tenom (450 kaki persegi): RM277,875 – RM617/kps
  5. Rumah teres 2 tingkat, Sandakan (504 kaki persegi): RM248,000 – RM492/kps
  6. Rumah teres 2 tingkat, Kota Kinabalu (700 kaki persegi): RM653,000 – RM932/kps
  7. Rumah apartment, Kota Kinabalu (1007 kaki per segi): RM285,000 – RM283/kps
  8. Rumah apartment, Tuaran (880 kaki per segi): RM222,000 – RM252/kps
  9. Rumah apartment, Kota Kinabalu (1000 kaki per segi): RM450,000 – RM450/kps

sumber: rumahsabah.com

Secara ringkasnya rata-rata harga rumah adalah seperti berikut:

  1. Rumah teres setingkat: RM265 – RM305 untuk setiap kaki per segi
  2. Rumah terest 2 tingkat: RM492 – RM932 untuk setiap kaki per segi
  3. Rumah apartment: RM252 – RM450 untuk kaki persegi

RM300 untuk setiap 1 kaki persegi?

Dan harga ini akan terus…dan terus meningkat. (Usah dikenang zaman dahulu kala ketika harga rumah boleh didapati dengan RM50k).

Berbalik kepada topik rumah IBS kita.

Berapa jimatkah yang anda boleh jimatkan dengan rumah IBS?

Hasil daripada temuramah pihak infosantai dengan beberapa  kontraktor IBS yang bergiat maju dalam pembinaan bangunan/rumah IBS, anggaran kos untuk rumah IBS adalah:

  • Kos rumah IBS: RM100 – RM135 untuk setiap kaki per segi

Ini bermaksud, dengan duit yang anda guna untuk membeli sebiji rumah di luar sana, anda boleh buat 2 biji Rumah IBS.

Sila lihat perbandingan harga berikut;

Jenis Rumah IBS Rumah batu bata
Luas (kps) 820 820
Harga RM80K RM200K

Kita buat kira-kira sikit: RM200K – RM80K = RM120K. Tahniah! Anda baru jimatkan RM120K dengan membina sebuah rumah IBS.

Nota: Kos yang kami nyatakan sini tidak tetap, ia bergantung kepada kontraktor anda. Mungkin lebih murah atau mahal sikit..tetapi tidaklah semahal rumah batu bata yang ada di pasaran.

Ingin tips untuk mengatasi masalah kewangan? Ikuti post ini: Tips untuk Mengatasi Masalah Kewangan.

Apa yang disertakan dalam rumah IBS?

Kebanyakan kontraktor rumah IBS menyiapkan rumah IBS lengkap dengan wiring elektrik dan segala perpaipan. Terdapat juga di kalangan kontraktor yang kami temu-ramah menyatakan bahawa mereka memberikan hadiah berbentuk barangan elektrik kepada pelanggan mereka seperti peti sejuk, TV LED atau air-conditioning.

Syarat untuk membuat rumah IBS

Berikut antara syarat-syarat yang mungkin diperlukan untuk anda membuat rumah IBS. Bukan syarat muktamad ya..kerana ini bergantung kepada  kontrator rumah IBS anda. Buat sebagai rujukan sahaja.

Secara ringkasnya, anda hanya perlu:

  1. Tempat/tanah untuk rumah dibuat
  2. Budget untuk buat rumah
  3. Deposit

Penerangan lanjut untuk adalah seperti berikut.

Tempat/tanah untuk rumah dibuat

Perlu ada tapak atau tanah untuk tempat rumah IBS. Tanah boleh jadi tanah sendiri, tanah kampung, atau tanah keluarga. Anda boleh juga membuat rumah di atas tanah saudara atau kawan-kawan dengan syarat ada persetujuan/surat perjanjian untuk mengelakkan ketidak sefahaman pada masa akan datang.

Jika anda memerlukan khidmat peguam (selalunya untuk kes sewa tanah atau buat rumah atas geran orang lain) anda boleh meminta bantuan daripada kontraktor rumah IBS. Mereka selalunya (sepatutnya) menyertakan khidmat ini dalam servis mereka.

Budget untuk buat rumah

Sudah tentu perlukan wang. Namun tidaklah semahal seperti membeli rumah standard (batu bata). Dalam RM80K ke RM100k sudah cukup untuk rumah yang selesa.

Nota: Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan simpanan KWSP anda untuk membuat rumah? Untuk bacaan lanjut anda boleh ikuti pautan ini: KWSP – Pengeluaran membina rumah.

Deposit

Seperti biasa, deposit diperlukan untuk booking fee. Anda boleh anggap deposit ini sebagai talian kepercayaan anda kepada kontraktor dan kontraktor kepada anda.

Biasanya deposit yang diminta dalam lingkungan RM500 ke RM1500.

Siapa yang anda boleh hubungi untuk buat rumah IBS?

Anda berminat dengan rumah IBS? Jika anda inginkan maklumat lebih lanjut tinggalkan pesanan dan sedikit maklumat menggunakan borang dibawah.

Paling tidak pun anda boleh bertanya lebih lanjut berkenaan rumah IBS ini. Kami akan menghubungkan anda dengan kontraktor terbaik di kawasan anda.

Tinggalkan maklumat untuk maklum balas lanjut

Bahagian bertanda * perlu di isi.

PENTING! Adalah penting untuk anda mengetahui bahawa setiap kontraktor rumah IBS mendapat sokongan daripada ABM (Akademi Binaan Malaysia) dan CIDB. Hanya syarikat atau individu yang berdaftar dengan CIDB dan telah mengikuti latihan kompetensi ABM boleh melakukan kerja-kerja rumah/bangunan IBS.

Oleh itu sebelum memutuskan untuk memilih sesebuah kontraktor untuk rumah IBS, minta dulu apa-apa dokumen yang membuktikan mereka adalah sah dan disokong oleh ABM & CIDB.

Kongsikan post ini kepada rakan anda yang ingin membina atau membeli rumah dalam masa terdekat!

Leave a Reply