Taman Pertanian Tenom: Pesta Bunga Lagud Seberang Julai 2017

  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

Hari ini dan esok iaitu 29hb hingga 30hb Julai 2017, Taman Pertanian Tenom telah menganjurkan Pesta Bunga yang sudah pasti mendapat sambutan terutama bagi mereka yang meminati tumbuhan hiasan. Pihak infosantai telah berkesempatan untuk berkunjung ke tempat ini dan ingin berkongsi dengan pembaca mengenai aktiviti yang dijalankan sepanjang pesta ini berlangsung.

Pameran Pelbagai Jenis Bunga

Pesta Bunga sudah tentunya sinonim dengan pelbagai jenis bunga. Pelbagai jenis bunga dipamerkan sepanjang pesta ini dijalankan. 

Binaan Pondok Taman Yang Unik

Pihak infosantai juga berkesempatan untuk melihat beberapa pondok khas yang mempunyai binaan yang menarik serta menempatkan pelbagai jenis tumbuhan hiasan. Pengunjung bebas untuk mengambil gambar di mana-mana pondok ini.

Yuran Masuk Ke Taman Pertanian Lagud Seberang

Yuran yang dikenakan kepada orang dewasa ialah RM 10 seorang, bagi kanak kanak berumur 7 hingga 13 tahun, yuran RM 7 dikenakan, manakala bagi kanak-kanak dibawah 6 tahun, yuran masuk adalah percuma. Yuran bagi pelawat bukan warganegara agak mahal iaitu RM 25 seorang.

Kenderaan Didalam Taman

Kawasan taman yang agak luas menyebabkan pihak pengurusan Taman Pertanian Lagud Seberang Tenom menyediakan kenderaan khas untuk pengunjung berbentuk Keretapi Mini yang amat unik. Keretapi ini akan membawa para pengunjung untuk bersiar-siar di sekitar kasawan taman ini. Pengunjung dinasihatkan untuk memerhatikan anak-anak mereka semasa berada di dalam kenderaan ini. Disebabkan anjuran Pesta Bunga, keadaan sedikit sesak pada hari ini, dimana pengunjung berpusu-pusu untuk mengambil peluang menaiki keretapi mini ini.

Pertandingan Lukisan Mural

Pihak pengurusan juga menganjurkan pertandingan lukisan mural. Pihak infosantai juga mengambil peluang untuk melihat lukisan yang sedang dihasilkan oleh para peserta pertandingan.

Suasana Di Pesta Bunga Taman Pertanian Lagud Seberang

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat dirakam oleh pihak infosantai semasa berkunjung ke tempat ini.

Baazar Di Luar Taman Pertanian

Juga terdapat baazar diluar pintu masuk Taman Pertanian ini. Di sini, anda berpeluang untuk membeli tumbuhan hiasan seperti bunga-bungaan, makanan dan minuman dan sebagainya.

Jika anda merupakan peminat tegar tumbuhan hiasan, anda masih berpeluang untuk pergi ke tempat ini kerana hari esok iaitu 30hb Julai 2017 merupakan hari terakhir pesta bunga ini diadakan. Berilah sedikit masa untuk anda dan keluarga dengan berjalan-jalan sambil menikmati pelbagai jenis bunga di tempat ini.


  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

Leave a Reply