Santai Keluarga: 10 Tempat Mandi Di Johor 2019

Tercari-cari tempat mandi di Johor ? Kami ingin berkongsi 10 tempat mandi di Johor yang menarik dan sesuai untuk bajet tinggi dan rendah. Bagaimana jika anda mengambil masa beberapa minit untuk mendapatkan info mengenai tempat mandi menarik ini ?

Berikut merupakan beberapa tempat mandi yang menarik terdapat di Negeri Johor.

Legoland Malaysia Water Park

Lokasi: Legoland Waterpark Malaysia

Telegram: m.me/LEGOLAND.my

Hubungi: 07-597 8888

LEGOLAND Waterpark Malaysia Resort adalah LEGOLAND Resort pertama di Asia! Terletak di Medini, Nusajaya, Johor, Malaysia. Tempat ini menyediakan taman tema air yang besar dan sememangnya diimpikan oleh setiap kanak-kanak untuk berada di sini.

Pihak infosantai menyarankan agar pengunjung membeli tiket secara dalam talian bagi mendapatkan harga diskaun, disamping mendapatkan tiket lebih awal disebabkan tempat yang terhad.

Tiket boleh ditempah melalui laman web rasmi Legoland Malaysia. Harga tiket adalah untuk tempahan 7 sebelum ialah seperti berikut:

  • Dewasa (12-29 tahun) = RM 98
  • Kanak-kanak (3-11 tahun & warga emas 60 tahun keatas) =RM82

Tiram Indoor Water Park

Merupakan tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti bermandi-manda ibu bapa bersama dengan anak-anak.

Waktu operasi bermula seawal 10:30am – 10:00pm dan dibuka setiap hari. Harga Tiket yang dikenakan ialah RM18.90 bagi kanak-kanak dan RM13.90 bagi dewasa. Harga tidak termasuk GST 6%.

Pihak pengurusan akan memberikan harga istimewa bagi tempahan berkumpulan minima 30 orang.

TS Wonderland Indoor Water Theme Park

Lokasi: TS Wonderland Indoor Water Theme Park

Juga merupakan tempat bermandi manda yang sesuai untuk semua golongan masyarakat.

Austin Heights Water & Theme Park

Lokasi: Austin Heights Water & Theme Park

Telegram: m.me/austinheightsthemepark

Hubungi: 07-216 2440

Beralamat di no.121 & 123 Level 1, Jalan Austin Heights 3, Taman Mount Austin
Johor Bahru, merupakan tempat rekreasi taman tema air yang tidak asing lagi di Johor.

Pelbagai tarikan dan kemudahan yang disediakan di tempat ini seperti, Multi-Surf, Racer Space Boat Ride, Black Hole, Flying Boats Slide, Wave Pool, Wading Pool, Tree-house Splash Pool, Rapid River with Tunnel Attractions, Cool Pool c/w Pavilions and Cabanas, Open Picnic Hub, Food Outlets and Dining Restaurant, Games Arcades dan Souvenir Stores.

Desaru Coast Adventure Waterpark

Lokasi: Desaru Coast Adventure Waterpark

Telegram: m.me/DCAWP

Hubungi: 03-2203 9696

Terletak di tengah-tengah perkampungan nelayan tradisional Malaysia, Desaru Coast Adventure Waterpark merupakan tempat pilihan untuk bermandi manda di Malaysia selain Legoland Malaysia Waterpark.

Dibuka seawal pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang. Harga tiket adalah seperti berikut:

  • Dewasa (Umur 12-59) = MYR 105.00
  • Kanak-kanak (Umur 3-11) = MYR 78.00
  • Warga Emas (Umur 60+) = MYR 78.00
  • Kanak-kanak (3 Tahun kebawah) = Percuma

Untuk tempahan secara dalam talian, sila pergi ke pautan ini.

La Stella Water Theme Park at Starhill Golf and Country Club

Lokasi: Starhill Golf & Country Club

Telegram: m.me/616452045104405

Hubungi: 07-558 8111

Merupakan satu lagi taman air yang sesuai untuk bermandi manda di Johor. Tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet rendah.

Harga tiket adalah seperti berikut:

  • Selasa hingga Jumaat (Dewasa berumur 12-59 Tahun), harga tiket ialah RM10.60 manakala kanak-kanak (Umur 5-11 Tahun), harga tiket ialah RM8.50
  • Sabtu,Ahad dan Musim Cuti Sekolah, (Dewasa berumur 12-59 Tahun), harga tiket ialah RM20.00 manakala kanak-kanak (Umur 5-11 Tahun), harga tiket ialah RM11.
  • Waktu Cuti Umum, (Dewasa berumur 12-59 Tahun), harga tiket ialah RM25.00 manakala kanak-kanak (Umur 5-11 Tahun), harga tiket ialah RM12.

Waktu operasi tempat ini adalah seperti berikut:

  • Selasa & Khamis, Operasi bermula seawal 11am-5:30pm.
  • Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad, operasi bermula seawal 9am-5:30pm.
  • Taman tema air ini ditutup pada hari Isnin.

Water Park Gunung Lambak Kluang Johor

Lokasi: Gunung Lambak Water Park, Kluang

Taman Air Gunung Lambak terletak di Kluang, Johor. Merupakan taman tema air yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Sangat sesuai bagi anda yang mempunyai bajet rendah dimana tiket masuk adalah serendah RM3.00 bagi kanak-kanak, RM5 bagi dewasa dan percuma bagi warga emas serta OKU.

Tempat mandi menarik ini beroperasi seawal pukul 9.00 pagi hingga 7.00 petang.

Lata Sri Pulai

Lokasi: Lata Sri Pulai

Satu lagi tempat mandi beralamat di No 4, Jalan Rizab 1, Kampung Melayu Raya, Pontian, Johor. Selain tempat untuk bermandi-manda, tempat ini juga sesuai untuk family gathering dan sebagainya.

Jika anda mempunyai bajet sederhana, maka inilah tempat mandi-manda yang sesuai. Harga tiket untuk dewasa adalah RM10 dan RM 5 untuk kanak-kanak.

Rawa Island Resort

Lokasi: Rawa Island Mersing

Hubungi: 07-799 1204

Telegram: m.me/rawaislandresort

Pulau Rawa adalah sebuah pulau karang di Daerah Mersing, Johor, Malaysia. Pulau Rawa adalah salah satu tempat paling indah di Malaysia. Ia adalah pulau yang belum tercemar, meliputi pantai berpasir putih yang bersih dan air jernih.

Pulau Rawa benar-benar destinasi yang menenangkan yang ingin menenangkan hati mereka, sangat sesuai untuk bersantai, bermandi-manda, berenang dan melihat mentari senja.

Pantai Desaru

Lokasi: Pantai Desaru, Kota Tinggi

Pantai Desaru merupakan pantai terbaik di Johor. Pantai yang indah ini dibarisi dengan pepohon ru sepanjang 25 kilometer mencantikkan lagi sekeliling pantai tersebut.

Di sini, pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti bermandi manda, memancing, berperahu, kembara denai dan aktiviti luar lain yang menyeronokkan.

Masih ada lagi taman air atau tempat mandi di sekitar Johor yang tidak disenaraikan? Kongsikan tempat tersebut di ruangan komen, pihak infosantai akan mengemaskini artikel ini secepat mungkin.

 

Leave a Reply