46 Tempat Menarik di Kundasang & Ranau [Kemaskini 2020]

Mengumpulkan senarai lokasi menarik di sekitar Kundasang dan Ranau sebagai panduan sepanjang percutian anda!

Selain Gunung Kinabalu, Kinabalu Park atau Desa Cattle Dairy Farm, Ada banyak lagi tempat menarik di Kundasang (Daerah Ranau).

Untuk menjadikan percutian anda lebih bermakna, sini kami senaraikan tempat-tempat menarik berserta maklumat yang mungkin anda perlukan jika berminat dengan tempat tersebut.

Moga post ini dapat membuatkan percutian anda di Kundasang / Ranau lebih bermakna!

Baca juga:

1. Kipungit Waterfall

Sedikit cabaran jungle tracking dari pusat peranginan Poring Hot Spring untuk sampai ke Kipungit Waterfall. Berjalan kaki meredah hutan sejauh lebih kurang 400 meter, pasti berbayar kepuasan bila sampai ke destinasi menarik ini.

Info penting:


2. Langganan Waterfall

Luangkan sedikit masa anda untuk anda menerokai tempat menarik di Kundasang ini.

Air terjun Langganan adalah salah satu daripada ari terjun tertinggi di Sabah yang terletak di Poring, Ranau.

Sepanjang laluan 4 km ke air terjun ini, anda akan dikelilingi oleh hutan hujan yang memukau (jika anda sukakan alam semulajadi), melempasi air terjun Kipungit dan juga gua Kekelawar.

Info penting:


3. Kokob Rafflesia Conservation Garden

Ingin melihat bunga terbesar di dunia? Dikenali sebagai Bunga Rafflesia, merupakan tumbuhan parasit yang hanya boleh dilihat pada masa tertentu di Asia Tenggara khasnya di Malaysia dan Indonesia.

Bunga ini boleh dilihat di Kg Kokob, Ranau. Walaubagaimanapun, ianya hanya muncul pada masa-masa tertentu sahaja. Anda perlu menghubungi pihak pegurusan Kokob Rafflesia Conservation terlebih dahulu.

Info penting:


4. Sabah Tea

Sabah Tea merupakan pusat peranginan terletak di Ranau yang menyediakan pakej penginapan, restoran, kedai teh tempatan, canopy walk dan banyak lagi.

Ambil sedikit masa anda untuk singgah di tempat ini, bersiar-siar di ladang teh, mengambil gambar kenangan, canopy walk atau mungkin menjamu selera di sini.

Info penting:


5. Canopy Walk Sabah Tea

Tempat menarik yang terletak di Sabah Tea Garden, merupakan salah satu daya tarikan yang baharu.

Ibu bapa atau penjaga dinasihatkan untuk bersama-sama anak anda jika melalui canopy tersebut untuk tujuan keselamatan.

Info penting:


6. Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti

Lokasi : Terletak di Kg. Luanti Ranau
Bayaran Masuk : Dewasa & Pakej Rendam Kaki –
RM 5.00 (30 minit)

Kanak-kanak & Pakej Rendam
Kaki – RM 2.00 (30 minit)

Pakej Mandi bersama Ikan –
RM 10.00
Waktu Operasi : Setiap Hari (08:30 AM – 05:00 PM)
Info : “Tagal Sungai Moroli Fish Spa” atau ikan terapi yang terdapat di sini terdiri dari pelbagai jenis dan berbeza saiz namun tidak membahayakan pengunjung.

Info penting:

7. Hounon Ridge Farm

Pusat Penginapan yang menarik, terletak di Kg. Himbaan, Bundu Tuhan, Kundasang Ranau. Tempat yang popular dan terbaik untuk menikmati matahari terbenam.

Bayangkan anda sedang duduk sambil menghirup kopi panas dengan suasana senja yang cantik.

Ditambah lagi dengan udara yang segar dan nyaman!

Tempat menarik di kundasang yang agak popular! Dalam bentuk penginapan terbaik!

Info penting:

8. D Anna Villa Kundasang

Tempat yang sangat sesuai untuk “family gathering“. Persekitaran yang sangat cantik dan damai. Udaranya juga segar dan sejuk.

Info penting:

9. Himbaan Gardenstay Kundasang

Penginapan menarik dengan harga mampu milik. Persekitaran yang sangat menarik.

Info penting:

10. Sosodikon (Pyramid) Hill, Kundasang

Bagi mereka yang meminati aktiviti lasak seperti mendaki, maka Sosodikon Hill atau Bukit Sosodikon merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk anda.

Sosodikon Hill terletak lebih kurang 5 km dari Pekan Kundasang. Untuk sampai ke bukit ini, anda perlu menggunakan jalan yang sama ke Desa Cattle Dairy Farm dan Mount Kinabalu Golf Club.

Bukit Sosodikon terletak di sebelah kanan simpang ke Desa Cattle Dairy Farm. Anda perlu meletakkan kereta di tepi jalan dan berjalan kaki dalam lebih kurang 1.5km untuk sampai ke pintu masuk Bukit Sosodikon. Kemudian, pendakian sebenar adalah lebih kurang 20 minit dengan berjalan kaki.

Yuran masuk hanyalah RM 3.00 sahaja. Apa yang menanti anda di puncak adalah bukit yang seolah-olah berbentuk piramid. Anda pasti terhibur sepanjang perjalanan kerana kiri dan kanan anda ditumbuhi dengan tumbuh-tumbuhan menghijau dan memukau penglihatan.

Info penting:

11. Jic  Seng Nursery

J.S Nursery merupakan pusat penanaman tumbuhan seperti bunga-bungaan yang mana terletak di pertengahan jalan menuju ke Desa Cattle Dairy Farm, juga tersenarai dalam kategori tempat menarik di Kundasang kerana di sini anda pasti akan terpersona melihat pelbagai jenis bunga-bunga yang cantik.

Bagi anda yang meminati tumbuh-tumbuhan seperti bunga, maka tempat ini sangat sesuai untuk anda.

Anda boleh membeli seberapa banyak bunga hidup yang anda perlukan bergantung kepada bajet anda.

Info penting:

12. Dream World Resort Kundasang

Dream World Resort dikenali ramai disebabkan persekitarannya yang begitu memmpersonakan terutamanya pada waktu petang. Berlatarkan Gunung Kinabalu, suasana sekeliling yang ditumbuhi oleh tumbuh-tumbuhan menghijau, terletak di lereng bukit serta udaranya yang sejuk dan nyaman melengkapkan lagi daya tarikan di tempat ini.

Jika anda pernah pergi ke tempat ini, mungkin pada percutian akan datang, tempat ini akan jadi pilihan penginapan utaman anda. Jika anda menginap di tempat ini, jangan sia-siakan waktu senja anda. Nikmatilah waktu tersebut kerana suasana diwaktu petang dan senja mungkin jauh berbeza dengan apa yang anda pernah alami sebelum ini.

Namun begitu, anda perlu membuat tempahan dengan lebih awal disebabkan penginapan di Dream World Resort adalah terhad terutamanya pada musim cuti sekolah.

Info penting: 

13. Gerai Sayur Tepi Jalan Kundasang

Gerai sayur yang terletak di tepi jalan Pekan Kundasang sememangnya terkenal dengan sayur-sayuran yang cukup segar. Juga terdapat buah-buahan seperti strawberi dan buah markisah serta keropok yang dijual di sini. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Bagi mereka yang menginap di homestay di sekitar Kundasang, bagaimana kalau anda mendapatkan sayur-sayuran ini dan memasaknya sendiri di homestay ?

Pasti perbelanjaan anda akan dapat dijimatkan berbanding dengan makan di restoran berhampiran. Atau anda boleh juga membeli sayur di hari terakhir anda berada di tempat menarik ini dan membawanya sebagai buah tangan untuk rakan atau ahli keluarga anda.

Info penting:

14. Kinabalu National Park, Kundasang

Kinabalu National Park dilengkapi dengan penginapan, trekking untuk aktiviti sukan atau bersiar-siar, pintu utama ke puncak Gunung Kinabalu, restoran, pusat maklumat dan sebagainya.

Kinabalu National Park dikategorikan sebagai tempat yang menarik disebabkan banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini.

Antaranya ialah bersantai di pondok-pondok yang telah disediakan, berjalan kaki ke kawasan air terjun, jungle trekking, melihat atau mengunjungi pusat maklumat taman kinabalu dan sebagainya.

Tempat ini merupakan tempat yang menjadi tumpuan ramai pelancong terutamanya pada musim cuti.

Tidak hairanlah jika tempat ini sentiasa sesak dan dikunjungi oleh orang ramai dari dalam dan luar negara.

Anda wajib mengunjungi tempat ini jika berada di Kundasang kerana ianya merupakan salah satu pusat tarikan utama di Daerah Ranau khasnya.

Info penting:

15. Strawberry Dan Rose Garden Kundasang

Jika anda berada di di Pekan Kundasang, selain dari War Memorial Park, Strawberry dan Rose Garden juga merupakan taman yang menarik untuk dilawati.

Kawasan ini betul-betul berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, Ranau.

Kawasan kebun strawberi dan bunga di sini agak luas. Anda boleh melihat bagaimana kaedah penanaman strawberi dan melihat buah strawberi yang sedang masak ranum.

Pelbagai jenis bunga ros juga ditanam di sini. Terdapat juga bunga-bunga lain seperti bunga matahari, kaktus,lily dan sebagainya.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi tempat ini dan bawalah kamera anda bersama-sama. Disini, anda juga boleh mendapatkan buah strawberi yang segar, anak pokok bunga dengan harga yang sangat berpatutan.

Info penting:

16. Kinabalu Pine Resort,kundasang

Kinabalu Pine Resort dinamakan sempena dengan pokok pine yang tumbuh di sekeliling atau di sekitar kawasan penginapan ini.

Tempat ini semakin popular dan menjadi pilihan ramai pengunjung disebabkan balkoninya yang betul-betul berhadapan dengan pemandangan Gunung Kinabalu.

Suasana di tempat ini juga dijaga dengan rapi, dimana bunga-bungaan yang sesuai ditanam dan suda pasti udaranya juga sejuk dan nyaman.

Anda tidak perlu risau dengan rasa sejuk untuk mandi kerana alat pemanas telah disediakan.

Bagaimana pula dengan makanan ?

Kinabalu Pine Resort juga tersedia dengan restoran, jika anda keletihan untuk memandu ke restoran di sekitar Pekan Kundasang.

Bagaimana jika anda berjalan kaki untuk mencuba menu di restoran Kinabalu Pine Resort pula ?

Info penting:

17. Kundasang Mount Valley Recreation

Mount Valley Recreation merupakan tempat ataupun pusat rekreasi menarik yang masih baru lagi dan belum dikenali ramai.

Jika anda berada di Pekan Kundasang menuju ke Taman Kinabalu atau Kinabalu National Park, tempat menarik ini adalah lebih kurang 500 meter sebelum sampai ke simpang masuk ke Kinabalu National Park.

Amat mudah untuk mengenali tempat ini, anda hanya berpandukan tayar berwarna-warni di lereng bukit yang boleh dilihat dari jalan utama.

Aktiviti utama adalah sukan “flying fox”. Pasti aktiviti ini amat diminati terutamanya bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak.

Nikmatilah pemandangan sekeliling semasa anda sedang beraksi dengan “flying fox”.

Buat masa ini, bayaran yang dikenakan adalah RM 25 seorang.

Walaubagaimanapun, aktiviti ini tidak akan dijalankan jika dalam keadaan cuaca yang kurang baik seperti hujan, guruh dan berangin bagi mengutamakan keselamatan pelawat.

Info penting:

18. Kiram’s Village, Jalan Mesilau Golf Club, Kundasang

Kiram Village terletak di Kampung Mesilou iaitu menggunakan jalan yang sama ke Mesilou Nature Resort.

Tempat ini merupakan salah satu pusat menginapan yang menyediakan penginapan berbentuk bilik dan chalet.

Walaupun tempat ini agak jauh dari Pekan Kundasang, tempat ini sangat menarik dimana ditumbuhi dengan pelbagai jenis bunga, jambatan kecil serta udara yang nyaman dan segar.

Restoran juga disediakan di tempat ini.

Tempat ini amat strategik kerana anda boleh mengunjungi tempat menarik yang berdekatan iaitu, Mesilou Nature Resort dan Desa Cattle Dairy Farm.

Info penting:

19. Midori Homestay, Kundasang Sabah

Midori Homestay merupakan salah satu tempat penginapan katogeri homestay yang juga menarik dan sesuai bagi pengunjung yang berkeluarga.

Midori homestay terletak di Kampung Mesilou.

Tempat ini disenaraikan dalam katogeri tempat menarik disebabkan suasana persekitaran homestay yang luas, cantik, landskap yang menarik dan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

Bagi mereka yang inginkan suasana kampung, udara segar dan nyaman, ahli keluarga yang ramai serta ingin berjimat, maka Midori Homestay sesuai untuk anda.

Halaman rumah yang luas, berpagar, ditumbuhi dengan rumput menghijau, kerusi dan meja untuk bersantai serta dara yang sejuk dan nyaman adalah salah satu kelebihan tempat penginapan ini.

Anak-anak anda boleh bermain, berlari dan bergembira di halaman rumah yang luas.

Info penting:

20. Arnab Village Kundasang

Arnab Village juga merupakan salah satu tempat yang menarik bagi pencinta haiwan. Taman arnab ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari Pekan Kundasang iaitu terletak di perantaraan jalan Kundasang-Ranau.

Simpang masuk ke taman arnab ataupun arnab village adalah di Jalan Kibaas Mohimboyon. Di tempat ini, anda boleh menyentuh, mengusap dan mendukung arnab tanpa masa yang ditetapkan.

Anda juga boleh memberikan makanan kepada arnab dengan syarat membeli makanan khas yang dijual di kaunter pendaftaran.

Anda juga boleh menginap di kawasan ini kerana Arnab Village Kundasang juga menyediakan tempat penginapan berbentuk homestay dengan kadar harga yang sangat berpatutan.

Info penting:

21. Crystal Hill

Crystal Hill merupakan salah satu tempat penginapan yang mempunyai suasana persekitaran memukau dengan udaranya yang segar, nyaman dan sejuk.

Tempat yang strategik iaitu di atas bukit menjadikan Crystal Inn menjadi salah satu tempat penginapan pilihan bagi kebanyakan pelawat. Disebabkan lokasinya di puncak bukit, maka suda pasti pemandangan sekeliling juga amat menarik dimana anda boleh melihat Gunung Kinabalu tanpa apa-apa halangan.

Nikmati waktu senja anda dengan menginap di sini.

Info penting:

22. Kundasang War Memorial

Tempat ini memang tidak asing lagi terutamanya bagi penduduk setempat di Kundasang.

Tempat ini merupakan tempat bersejarah yang menarik di Kundasang bertujuan memperingati jasa pahlawan yang terkorban semasa peperangan di suatu ketika dahulu.

Kundasang War Memorial terletak di puncak bukit berdekatan dan sangat hampir dengan Pekan Kundasang.

Anda hanya perlu berjalan kaki untuk mengunjungi tempat ini jika anda berada di sekitar Pekan Kundasang.

Tempat ini sememangnya cantik, dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan, tanda peringatan serta udara yang nyaman dan sejuk.

Info penting:

23. Mesilou Nature Resort

Tempat ini sememangnya sentiasa sejuk berkabus serta mempunyai udara yang nyaman kerana terletak berhampiran puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu.

Di sini juga letaknya ‘starting point” atau pintu gerbang jalan kedua untuk mendaki Gunung Kinabalu.

Mesilou Nature Resort terletak berhampiran dengan Kampung Mesilou, Kundasang. Ianya mengambil masa lebih kurang 25 minit atau 10km perjalanan memandu dari Pekan Kundasang.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini termasuklah meneroka alam sekitar flora dan fauna, jungle trekking dan sebagainya.

Jangan lupa membawa kamera anda bagi mengabadikan kenangan semasa berada di tempat ini.

Info penting:

24. Nulu Tinorindak Kampung Lembah Pantai Kundasang

Bagi mereka yang meminati aktiviti lasak, sememangnya Nulu Tinorindak yang terletak di Kampung Lembah Permai, Kundasang sangat sesuai untuk anda.

Lokasi tempat ini adalah di Kampung Lembah Permai, Kundasang. Untuk sampai ke tempat ini, anda perlu melalui jalan Kundasang Kauluan, iaitu jalan utama ke Desa Cattle Farm.

Ianya mengambil masa lebih kurang 10 minit pemanduan jika bermula dari Pekan Kundasang.

Tempat ini cukup mencabar untuk didaki disebabkan keadaan trek yang curam. Cuaca sejuk juga menjadi halangan utama.

Namun satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila anda sampai di puncak Bukit Tinorindak.

Walaubagaimanapun jika cuaca baik, keletihan tidak begitu dirasai disebabkan anda juga terleka dengan keindahan alam semulajadi dan suasana pemandangan memukau semasa dalam pendakian.

Info penting:

25. Hounon Ridge Farmstay & Camping

Tempat menarik ini sangat terkenal dengan suasana dan persekitarannya yang seakan-akan pengunjungnya berasa seperti berada di luar negara.

Hounon Ridge Farmstay & Camping, Kundasang sememangnya sinonim dengan udaranya yang sejuk, panorama indah, rumput menghijau dan pemandangan yang indah terutama pada waktu petang memang sukar untuk dilupakan.

Berkemah ? ya, Hounon Ridge Farmstay juga menyediakan tapak perkemahan serta kemudahan asas yang lengkap untuk aktiviti camping anda.

Kemudahan asas seperti peralatan berbeku, pondok khas untuk membasuh pinggan dan sebagainya serta meja juga disediakan.

Anda dinasihatkan membuat tempahan dengan lebih awal disebabkan tempat ini biasanya penuh terutamanya pada musim cuti persekolahan atau cuti umum.

Info penting:

26. Konunukan Garden & Camping

Ingin berkhemas dengan si nopal ? Konunukan Garden & Camping menyediakan tapak perkhemahan yang sangat strategik dengan kemudahan asas seperti air, tandas dan pondok berbumbung.

Bagaimana jika anda mencuba berkhemah di tempat ini, sambil menikmati bunga-bunga yang ditanam dan dijaga rapi.

Info penting: 

Mongolian Yurt Wind Paradise merupakan tempat atau pusat penginapan menarik yang terletak di puncak dan lereng bukit di Kundasang.

Untuk sampai ke tempat ini anda perlu melalui Jalan Kundasang Kauluan dengan mengambil masa lebih kurang 10 minit perjalanan dengan memandu kereta. Lokasi Mongolian Yurt adalah lebih kurang 3.6 kilometer dari Pekan Kundasang.

Bagi mendapatkan lokasi dengan terperinci sila klik ke pautan berikut: Mongolian Yurt Wind, Kundasang. Tempat ini merupakan pusat penginapan yang unik kerana bentuk penginapan adalah seperti Mongolian Yurt.

Kawasan penginapan yang strategik iaitu di puncak dan lereng bukit menjadikan tempat ini cukup menarik, sesuai serta sering ditiupi angin yang nyaman dan sejuk.

Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang inginkan suasana pergunungan dan kelainan dari aspek penginapan.

Anda tidak perlu memandu ke pekan berdekatan disebabkan tempat ini juga menyediakan pelbagai bentuk menu makanan dengan harga yang berpatutan.

28. Kinabalu Private Lodges

Bagi anda yang gemarkan suasana di hutan, bunyi cengkerik dan serangga hutan serta cuaca yang sejuk dan nyaman, maka Kinabalu Private Lodges sangat sesuai untuk anda.

Pusat penginapan menarik ini terletak lebih kurang 8.6 kilometer daripada Pekan Kundasang menuju ke Kota Kinabalu.

Antaranya ialah jungle trekking dan juga berbeku bersama rakan ataupun keluarga. Kinabalu Private Lodges terletak berhampiran Kampung Bundu Tuhan, Kundasang.

Tempat yang cukup indah, berkabus serta dihiasi dengan bunga-bungaan dan pokok menghijau menambahkan lagi keindahan kawasan pusat penginapan ini.

Pasti anda akan merindui suasana malam di tempat ini kelak setelah meninggalkannya kelak.

29. Timpohon Gate, National Park

Pemandangan dari atas pondok timpohon

Bagi anda yang ingin mengunjungi Taman Kinabalu atau Kinabalu National Park, Kundasang, ambil sedikit masa anda untuk mengunjungi Timpohon Gate, di sini lah bermulanya titik permulaan perjalanan untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

Walaupun anda tidak berniat untuk mendaki, anda boleh pergi ke tempat ini untuk mengambil gambar kenangan.

Luangkan sedikit masa anda untuk meninjau laluan trek untuk sampai ke puncak Kinabalu kerana mungkin pada suatu hari nanti anda berpeluang untuk mendaki gunung yang tertinggi di Malaysia ini.

Timpohon Gate

30. Mesilou Highland Strawberry Farm

suasana ladang strawberi di kg mesilou

Terletak di Kampung Mesilou, Kundasang, Mesilou Highland Strawberry juga merupakan salah satu daya tarikan di Kundasang Ranau.

Di sini, anda boleh memetik sendiri strawbery yang telah masak dan merasai kenikmatannya.

Ladang strawberi ini biasanya dibuka bermula pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Walaubagaimanapun kadangkala ladang ini akan ditutup untuk memberi peluang kepada kerja-kerja penanaman serta penambahbaikan.

Bagi maklumat lanjut anda boleh mengikuti perkembangan berkaitan dengan ladang strawberi di laman facebook mereka :

Mesilou Highland Strawberry.

31. Little Hut Kampung Mesilou

Little Hut yang terletak di Kampung Mesilou, Kundasang juga disenaraikan sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dilawati di Daerah Kundasang.

Kawasan ini merupakan tempat penginapan yang dihiasi dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna warni dan cantik. Untuk sampai ke tempat ini, anda perlu melalui Jalan Kundasang Kaulan.

Jarak dari Pekan Kundasang ke Little Hut Kampung Mesilou adalah lebih kurang 6 km, iaitu lebih kurang 16 minit memandu. Anda bole menggunakan Google Map jika tidak pasti akan lokasi homestay ini.

32. Desa Cattle Dairy Farm

Sememangnya Desa Cattle Dairy Farm merupakan pusat pelancongan utama di  Kundasang Ranau, Sabah. Lokasi tempat ini adalah lebih kurang 6 km dari Pekan Kundasang dengan melalui Jalan Cinta Mata Mesilou.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuklah melihat bagaimana pemprosesan susu lembu, memberi makanan kepada anak lembu dan kambing, melihat proses pemerahan susu lembu dan sebagainya.

Anda juga boleh membeli susu lembu segar dan makan makanan atau produk berasaskan susu lembu di tempat ini.

Selain itu, kawasan persekitaran yang mempersona dengan udara yang segar, nyaman dan sejuk menjadikan kawasan ini menjadi daya tarikan utama di Kundasang.

Yuran masuk diperlukan bagi pelawat di pintu masuk utama. Biasanya, tempat ini amat sesak terutamanya pada waktu cuti sekolah.

33. Marakau Cabin Lodge

Anda masih tercari-cari tempat penginapan yang sesuai ? inginkan penginapan yang unik ? Maruku Cabin Lodge mungkin sesuai untuk anda. Kos penginapan yang ditawarkan adalah serendah RM 120 untuk 2 orang.

Terdapat juga cabin yang boleh memuatkan 8 orang pengunjung dengan kadar yang berpatutan.

Apa yang menarik di kawasan ini ?

Selain daripada rekabentuk penginapan yang unik udaranya juga sejuk dan nyaman. Anda boleh menikmati pemandangan penuh Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara.

Jarak dari pekan Kundasang ke Maruku Cabin Ldge ialah lebih kurang 19 km. Untuk sampai ke sini anda boleh menggunakan Google Map sebagai panduan atau kunjungi sahaja pautan ini. Infosantai telah sediakan panduan untuk anda.

34. Mesilau Cat’s Village

Foto kredit :@mem_umie

Terletak di Kampung Mesilou Kundasang, Mesilau Cat Village merupakan tempat menarik yang baharu dibuka untuk dikunjungi orang ramai.

Bagi peminat kucing, tempat ini amat sesuai untuk anda. Anda berkesempatan untuk membelai, memeluk pelbagai baka kucing di tempat ini.

Waktu operasi tempat menarik ini bermula dari seawal jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Bagi memudahkan perjalanan anda, sila gunakan pautan ini untuk lokasi taman kucing Mesilou.

35. Hamster World Ranau

Terletak bersebelahan dengan taman arnab ranau. Tempat ini merupakan salah satu tempat menarik, Kundasang yang baru dibuka pada tahun 2017.

Untuk ke lokasi Hamster World Ranau, anda perlu memasuki simpang Jalan Kibaas Mohimboyon Kundasang. Simpang masuk Jalan Kibass Mohimboyon adalah terletak lebih kurang 5 kilometer dari pekan Ranau.

Anda bebas membelai, memegang dan mengambil gambar pelbagai spesis hamster di sini.

Yuran masuk juga dikenakan iaitu sebanyak RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak 6 tahun hingga 12 tahun.

36. Restoran Bas Terapung

Rasai pengalaman baru menjamu selera di Restoran Bas Terapung @ Restoran Bas Terbang. Pelbagai jenis menu disediakan dengan harga berpatutan.

Lokasi: Kampung Pinausok, Kundasang

37. Maragang Hill

Para pendaki tegar, bagaimana jika anda mencuba mendaki Bukit Maragang ? Berketinggian 2232 Meter dari paras laut, sudah pasti tempat ini menjanjikan suatu pendakian yang menarik tetapi mencabar.

Terletak di Kampung Mesilou, Kundasang dan dikendalikan oleh Mevoc (Mesilou Volanteer Club).

Untuk keterangan lanjut mengenai pakej pendakian, boleh hubungi: Maragang Hill.

38. B.E Wonderland at Kundasang Mount Valley Recreation

Tempat baharu yang agak menarik, terletak di di Kundasang Mount Valley Recreation and Resort.

Tempat ini menjanjikan 11 bahagian yang berlainan iaitu:

1.Winter Section
2.Spring Section
3.Magic Mirror
4.Sabah Kampung House
5.Sabah Custom
6.Item Collector
7.3D Picture
8.Recycle Item
9.Gallery
10.Alat Music Sabah
11.Autumn Section

Yuran masuk adalah RM 25 untuk dewasa dan RM 15 bagi kanak-kanak dibawah 12 tahun. Walaupun agak mahal, namun kunjungan anda pasti berbaloi.

Untuk informasi lanjut anda boleh mengunjungi laman facebook page rasmi mereka iaitu di Kundasang Mount Valley Recreation And Resort.

Panduan lokasi: Kundasang Mount Valley Recreation And Resort

39. Rumah Hobbit, Ranau

Dikenali sebagai Kinomulok Garden, terletak di Kampung Lohan Ulu, Ranau. Yuran masuk adalah RM 5.00 untuk dewasa dan RM 3.00 untuk kanak-kanak.

Tempat yang sangat sesuai untuk bersantai, bergambar, me ancing, barbeku, mandi kolam renang, menunggang ATV dan sebagainya.

Untuk informasi lebih lanjut anda boleh hubungi pihak pengurusan Kinomulok Garden di talian 019-2920241.

40. Ranau Rabbit Farm

Anda gemarkan binatang comel ini ? bagaimana jika anda mengambil sedikit masa untuk berkunjung di sini ?

Terletak di Kampung Kigiok, Ranau. Merupakan tempat menarik yang strategik berlatarkan Gunung KInabalu.

Dibuka seawal jam 9.00 pagi sehingga pukul 6.00 petang.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak pengurusan Ranau Rabbit Farm di talian 019-8329868 atau lawati facebook page rasmi mereka di sini: Ranau Rabbit Farm.

41. Homestay Mesilou Cliffs

Inginkan penginapan yang selesa, menarik dan santai ? bayangkan anda sedang berehat di beranda homestay ini dengan secawan kopi panas sambil menikmati udara yang nyaman.

Penginapan berbentuk homestay ini menawarkan harga serendah RM 120 untuk sebilik (standard room).

Kemudahan seperti wifi dan astro njoi juga disediakan. Bagi panduan lokasi anda klik sahaja pautan ini.

42. Sungai Biru Lohan, Ranau

Merupakan pusat peranginan menarik di Ranau yang menyediakan  penginapan homestay, rekreasi kolam dan sungai,perkelahan dan aktiviti santai berlatarkan relexi alunan bunyi sungai yang damai dan menenangkan.

SUNGAI BIRU terletak bersebelahan dengan jalan utama menuju ke kolam air panas poring.Perjalanan ke sungai biru mengambil masa selama lebih kurang 15 -20 minit menaiki kenderaan daripada pekan ranau

43. Mountain Valley Resort

Mountain Valley Resort, satu lagi tempat penginapan dengan berlatarkan Gunung Kinabalu!

Udara nyaman, persekitaran menarik dan sejuk, kemudahan restoran… sudah pasti mencukupi untuk anda.

44. Kundasang Selfie Garden

Kundasang Selfies Garden, satu lagi tempat menarik di Kundasang, Ranau.

Pastinya anda ingin megambil gambar kenangan terbaik, maka di sinilah tempat yang paling sesuai.

Yuran yang dikenakan agak murah:

  • Dewasa: RM3
  • Kanak-kanak: RM2

Lokasinya tempat menarik ini agak mudah dicari, iaitu di Pekan Kundasang sahaja!

Lokasi: Kundasang Selfie Garden Google Map

45. Umea Glam Kundasang

Umea Glaming, penginapan unik berbentuk kubah yang agak menakjubkan!

Rasai suasana penginapan di mana anda boleh melihat bintang berkelipan pada waktu malam hanya di Umea Glam Kundasang!

Sebuah Dome boleh memuatkan sehingga 4 orang pengunjung.

46. Tambiau Forest House

Anda meminati aktiviti yang sedikit lasak?

Gemarkan aktiviti seperti hiking, berkhemah, rindukan suasana hutan dan tinggal di rumah pokok?

Bagaimana jika anda meninjau di Tambiau Forest House?

Tempat yang pasti menjanjikan suasana yang agak menarik terutama pada waktu senja, suasana sejuk dan cara hidup “back to basic“!

Pasti tempat ini merupakan suatu pengalaman yang baru dan sukar dilupakan dalam hidup anda!

Untuk maklumat lebih anda boleh mengunjungi/hubungi pautan/talian berikut:

Untuk panduan lokasi sila kunjungi pautan berikut:

Tips: Harga tempat tinggal di Kundasang, Ranau mahal? Dapatkan harga terbaik daripada laman seperti Trivago.com, Booking.com, Expedia.com.my atau Agoda.com. Lebih MURAH daripada harga asal!

Mungkin terdapat tempat menarik khasnya yang berhampiran dengan Pekan Kundasang yang disenaraikan diatas tidak begitu lengkap ataupun terdapat kesilapan mengenai informasi yang disampaikan.

Atau mungkin juga anda ingin berkongsi tempat menarik yang lain atau apa-apa tambahan info mengenai tempat menarik di Kundasang Ranau khasnya.

Anda boleh nyatakan pendapat anda di bahagian komen dibawah dan pihak infosantai akan sedaya upaya untuk membuat penambahbaikan.

Sila klik butang kongsi jika anda menyukai artikel ini.

9 thoughts on “46 Tempat Menarik di Kundasang & Ranau [Kemaskini 2020]”

  1. sebenarnya banyak tempat2 menarik kat kundasang,hari tu sampai.. tak banyak tempat yg pergi..
    akan datang nak pergi lagi..

Leave a Reply